in

“Abaikan guys” – Ditegur Dato’ Vida Kerana ‘Content’ Mengaibkan, Ini Respon Caprice

Syaz Ft 2024 09 25T131828.660

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, usahawan kosmetik, Dato’ Sri Vida (DSV) menegur tindakan aktivis serta rapper terkenal, Caprice yang dikatakan memuat naik terlalu banyak content sehingga ia menjadi sesuatu yang mengaibkan serta menjengkelkan.

Pemilik jenama Vida Beauty itu memetik contoh isu Abang Bas yang sering diketengahkan oleh Caprice di media sosial miliknya, namun menurut DSV ia sudah menjadi sesuatu yang annoying serta mengaibkan memandangkan Abang Bas itu sudah pun dikenakan tindakan.


Artikel berkaitan: “Dah jadi annoying dan mengaibkan” –  Dato’ Vida Tegur Caprice Sering Muat Naik Content Tentang Abang Bas

Artikel berkaitan: “Dark betul tu” – Ramai ‘Touching’Dengar Ucapan Selamat Hari Bapa Cik B Dekat Datuk Vida

Pun begitu, menerusi IG Story, Caprice hanya mengeluarkan kenyataan untuk mengabaikan kenyataan usahawan kosmetik itu.

Clipboard0 Horz

“Siapa yang mengikuti saya dari dulu, korang mesti tahu kan 99% berita atau kes yang saya cover sebab ramai yang minta ataupun mangsa sendiri yang minta tolong.

Cuma 1% konten sahaja yang cuba saya melawak,” tulisnya.

Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi bagaimana cara dia ‘bekerja’ bagi membantu menyuarakan kes-kes jenayah yang belum diketahui oleh umum.

Clipboard3 Horz

Caprice juga menggunakan contoh isu yang sedang kecoh sekarang iaitu isu Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) yang secara tidak langsung juga didedahkan olehnya dalam beberapa episod audio siar.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.