Satu dugaan buat wanita jika sudah berumah tangga setelah mengetahui sikap sebenar suaminya, biasanya ‘tembelang’ pasangan akan pecah setelah melayari bahtera rumah tangga.
Kebiasaannya, bila terdedah perangai sebenar suami, kalau bukan jenis yang ‘angkat tangan’ mesti suami itu seorang biawak hidup dan sikap itulah dimiliki suami seorang wanita ini.
Artikel berkaitan : Pilu! Ibu Anak 3 Terlantar Sebab Kanser Tahap 4, Suami Pula Nak Ceraikan
Artikel berkaitan : “Ni satu dunia tahu” – Kisah Isteri Diceraikan Lepas Jaga Suami Lumpuh Tular Di Luar Negara
Kata wanita ini, semenjak suaminya sudah pulih daripada kecederaan akibat kemalangan, suaminya itu enggan mencari pekerjaan.
“Suami saya tidak bekerja disebabkan kemalangan yang dialaminya sebelum ini. Walaupun kini dia sudah pulih dan sihat, dia masih belum mencari pekerjaan.”
Jelas wanita yang menyulitkan identitinya lagi, bebanan hidup yang dia tanggung itu sangat berat. Salah seorang dariapda empat orang anaknya itu merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) dan sudah semestinya memerlukan perhatian dan penjagaan khusus.
Malah, masalah kewangan rumah tangga pasangan ini jadi semakin meruncing apabila suaminya menggunakan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk dirinya sahaja.
“Suami saya sering mengatakan yang duit JKM itu adalah duitnya, dan setiap kali dia memberi wang, dia akan minta balik.”
“Dia langsung tak ambil peduli tentang keperkuan makan dan minum kami. Kini dia dah pulang ke rumah ibunya dan sudah 3 hari dia berada di sana.”
“Duit bantuan yang diterima tidak diberikan untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak OKU kami, malah Sumbangan Tunai Rahmah (duit bantuan) juga dimasukkan ke dalam akaunnya tanpa diberikan kepada kami.”
Disebabkan itu, wanita ini sudah tidak lagi mampu bertahan dan ia mengundang simpati ramai netizen dan meminta agar wanita ini untuk memikirkan apa yang terbaik buat dirinya.
Sumber : mStar Online