Walaupun baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sudahpun terpalit dengan beberapa khabar angin yang kurang menyenangkan.
Terbaru, terdapat beberapa pihak yang mengatakan DSAI merupakan seorang ejen Israel.
Menerusi laporan Berita Harian, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil berkata DSAI telahpun mengarahkan pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah tersebut.
“Beliau (Anwar) tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap kritikan berkenaan capal (ketika memasuki Jabatan Perdana Menteri), namun kita menitikberatkan soal elemen fitnah seperti ejen Israel dan beliau meminta polis mengambil tindakan.
Namun, saya tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai laporan polis itu.” kata Fahmi Fadzil.
Difahamkan, DSAI yang juga presiden PKR itu mula terkait dengan fitnah tersebut apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang merupakan timbalan presiden parti BERSATU, mempersoalkan pendirian Perdana Menteri ke-10 itu berhubung penahanan beberapa individu, termasuk rakyat tempatan yang disyaki terbabit dengan ejen perisikan Israel, Mossad.
Baca: Dipecat dari UMNO & Pernah Dipenjarakan, Ini Perjuangan DS Anwar Sebelum Jadi PM ke-10