Kepada pengguna tegar Twitter, mesti ramai yang ambil tahu tentang beberapa perubahan yang sedang berlaku kepada media sosial tersebut.
Twitter telah mengumukan beberapa perubahan dasar sejak syarikat tersebut diambil alih oleh pemilik baharu, Elon Musk yang kini tidak lagi membenarkan penggunanya untuk mempromosikan akaun media sosial lain termasuk Facebook dan Instagram.
Malah, pautan ke laman agregat media sosial seperti linktr.ee dan lnk.bio turut tidak dibenarkan.
Oleh itu, pengguna juga akan dilarang daripada berkongsi ciapan seperti “Ikuti saya @username di Instagram”.
Twitter menegaskan, pengguna yang melanggar peraturan itu buat pertama kali akan diminta untuk memadam ciapan berkenaan dan akaun pengguna juga boleh dikunci jika pautan tersebut diletakkan pada bio peribadi.
“Jika kesalahan itu berulang beberapa kali, akaun akan di gantung selama-lamanya,” tegas Twitter.
Perubahan atas arahan Elon Musk
Langkah terbaru itu adalah susulan beberapa langkah kontroversi dilaksanakan jutawan Musk dalam tempoh yang singkat sejak membeli syarikat itu pada hujung Oktober lalu, termasuklah memberhentikan kakitangan dan mengembalikan semula beberapa akaun.
Terdahulu, Elon Musk telah menggantung akaun beberapa wartawan selepas menrungut mengenai beberapa pihak yang mendedahkan perincian pengerakan jet peribadinya yang berisiko membahayakan keluarganya.
Tidak lama selepas mengambil alih platform media sosial itu, Musk mengumumkan Twitter akan mengenakan bayaran USD8 (RM35) sebulan untuk mengesahkan identiti pemegang akaun namun, terpaksa membatalkan selepas kewujudan sejumlah akaun palsu akibat langkah berkenaan.
4 November lalu, Twitter telah menamatkan separuh daripada 7,500 kakitangan selepas Musk memaklumkan syarikat itu kerugian USD4 juta (RM17.7 juta sehari).
Sumber : Sinar Harian, Berita Harian, New Straits Times.
Baca : Selepas Dikecam, Elon Musk Tukar Caj Pengguna Twitter ‘Verified’ Dari RM 95 Ke RM 37