• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Gaya Hidup

9 Benda Paling Annoying Yang Orang Malaysia Buat Dekat Instagram

by Syaida Ismail March 28, 2018, 7:49 pm

ShareTweet
sue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang takde Instagram? Boleh dikatakan pelik jugaklah kalau orang zaman sekarang ni tak ada account Instagram ataupun tak pernah langsung dengar pasal app yang paling femes atas muka bumi ni. Usually Instagram ni kita guna untuk share gambar kita dengan kawan, family dan aktiviti yang kita buat selalu.

Tapi tak semua orang yang guna app ni buat benda yang kita selalu buat. Kadang-kadang benda yang dorang buat pelik sangat sampai potong mood kita nak layan Instagram. Ini kami senaraikan sembilan benda annoying yang orang Malaysia buat dekat Instagram yang korang paling tak tahan. 


 

1. Post gambar baru setiap lima minit

Cuba bayangkan. Korang tengah sedap-sedap scroll Instagram, tetiba korang nampak berderet gambar instagrammer ni sampai lima enam keping buat posing yang lebih kurang sama. Bila korang buka profile dia, tengok-tengok dia post satu gambar setiap lima minit! Seriously? Banyak betul masa dia! Itu belum lagi yang jenis letak banyak gambar selfie yang vain dalam satu post. Padahal semua pose sama.

original

 

2. Guna hashtag panjang yang merapu

Ni yang paling admin takleh terima. Orang yang macam ni selalu post gambar bajet model tapi gambar tu jadi ‘mehhh’ bila tiba-tiba dia letak caption dengan hashtag #akuyangpostkauyangpanas atau sejenis letak hashtag banyak-banyak macam #love #instafood #makan # jalanjalancarimakan #mamaktepijalan #humble. Yang paling bestnya, dorang ni ingat pulak setiap satu hashtag tu. Tak tertinggal satu pun! Copy paste ke apa? Rajin bebenor!

WhatsApp Image 2018 03 28 at 5.47.01 PM
Sumber: Instagram

 

3. Selalu share conversation acah-acah sweet dengan pasangan

Alololo cairnya baca conversation orang tengah bercinta ni! Kalau sekali dua benda ni lalu kat Instagram atau instastory takpelah kan. Tapi ni setiap hari beb kau share kat Instagram! Naik muak pulak orang lain dok membaca conversation acah-acah sweet korang dengan boyfriend atau husband tu. Simpan je lah bahagia korang tu kat diri sendiri. Orang lain pun ada boyfriend or suami lah!

sweet
Sumber: Instagram

 

4. Guna hashtag artis atau anak artis untuk lariskan bisnes

Baru-baru ni Dato’ Seri Siti Nurhaliza baru je lahirkan anak. Jadi dia pun dengan senang hati letaklah hashtag #BabyCTDK untuk korang senang cari gambar anak dia. Takyah nak scroll satu-satu gambar atau stalk macam-macam orang untuk nak tengok gambar baby dia kan. Tapi yang buat ramai fans Siti sedih, bila type hashtag tu benda lain pulak yang keluar. Gambar jual baju lah, make up lah, kasut lah… macam-macam! Hish! 

WhatsApp Image 2018 03 28 at 5.58.39 PM
Sumber: Instagram

 

5. Spam ‘visit my IG’

Ini selalunya artis kat Malaysia banyak yang kena. Kesian jugak dekat golongan artis ni. Kadang-kadang dorang post gambar gembira dengan family ataupun gambar pemberitahuan family members meninggal dunia ke, tetiba peniaga yang jenis batak nak sale ni pegi post comment visit my IG. Waduhh! Agak-agak lah sikit kan. Sudahlah korang post comment macam ni tiap-tiap hari kat IG dorang. Naik bosan tau fans nak buka bahagian comment gambar artis ni sebab berderet penuh dengan iklan.

visit ig
Sumber: Instagram

 

6. Haters yang suka tinggalkan komen bitter kat Instagram artis

Kalau dah namanya public figure, mereka ni takkan boleh larilah daripada terima komen makcik dan pakcik bawang. Artis yang pakai baju seksi tu memang sah-sahlah kena komen negatif. Ini yang tayang gambar anak, gambar isteri pastu tunjuk pergi bercuti pun dapat komen bitter. Adoi payahnya jadi artis ni kan? Kalau tak letak gambar nanti orang kondem hidup terlalu berahsia. Kalau share macam-macam gambar orang kata menunjuk pulak. Pening! 

WhatsApp Image 2018 03 28 at 6.16.35 PM
Sumber: Instagram

 

7. Buat fake account

Satu benda yang buat admin tertanya-tanya dengan orang macam ni ialah banyak betul masa dia kan? Kita yang nak handle satu Instagram pun terkial-kial, dia ni siap ada dua tiga fake account. Pastu dia update semua account ni macam real! Gilalah! Yang jadi mangsa fake account ni siapa lagi? Artislah! Ingat tak kes Izreen Azminda yang ada orang create fake account atas nama dia lepas tu share fitnah sesuka hati? Walaupun ramai orang benci dia, tapi benda yang orang buat ni sah-sah salah. Sia-sia masa je dok create fake account macam ni.

WhatsApp Image 2018 03 28 at 6.21.26 PM
Sumber: Instagram

 

8. Cerita dalam kelambu pun nak share kat Instagram

Admin nak seru orang-orang macam ni supaya cepat-cepatlah bertaubat. Kalau sekadar nak share gambar-gambar manja dengan hubby dan boyfriend tu takpelah. Ini sampai siap letak caption, “Malam ni kita aumm!” atau “Siap kau malam ni aku kerjakan!”. Ada tauuu orang buat macam ni. Amboi sukanya menjaja hal dalam kelambu kat semua orang. Share dengan orang tersayang sudah lah ye akak abang. Haish! 

giphy 24

 

9. Lelaki suka komen ‘gatal’ di Instagram perempuan

Wanita-wanita di luar sana kena alert dengan jenis lelaki yang macam ni. Kalau korang buat Instagram public lepas tu post gambar korang yang cantik dan menawan kat Instagram, tetiba ada satu instagrammer drop comment pelik macam, “Merecik!”, “Bestnya kalau dapat **** awak” dan komen-komen gatal lain, eloklah korang block je orang macam ni. Tak payah simpan jadi followers. Kadang-kadang gambar korang tu bukannya menjolok mata apapun, pakai baju kurung je. Tapi dia punya komen tu macam korang seksi sangat!

WhatsApp Image 2018 03 28 at 6.16.34 PM
Sumber: Instagram

Apa-apapun ini sekadar pendapat kami tentang sikap annoying sesetengah orang yang guna Instagram. Korang pernah alami situasi macam ni? Kongsikan dengan kami ye! 

Baca: 8 Perangai Annoying Orang Malaysia Bila Nak Cari Kerja. Korang Macam Ni Tak?

grad

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • syaz ft 2025 11 06T165842.827

    PMX Dedah Trump Ingin jumpa KPN, AS Kagum Dengan Keselamatan Negara

  • inspektor sheila disiasat

    ‘Inspektor Sheila’ Buat Hal Lagi! Didakwa Ganggu Anggota Polis Tahan Warga Asing

  • syaz ft 2025 11 06T153848.749

    “Ignore je sis!” – Muat Naik ‘Selfie’, Netizen Puji Keyakinan Fatiya Latiff

  • kubur bertingkat di penang

    “Pernah dengar tapi tak pernah tengok” – Ramai Baru Tahu Wujud Kubur Bertingkat Di Penang

  • Featured LM 2

    Kenali Zohran Mamdani, Datuk Bandar Muslim Pertama Di New York

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

  • THUMBS KOMANDO 3

    Disebalik Beret Hijau, Leftenan Youn Bongkar Realiti Latihan Komando | PotPetCast

Siaran Akhbar

  • ft postal forum fahmi fadzil

    Postal Forum Lancar Kod Amalan Kendiri Pertama (CPPS) Industri Pos dan Kurier Negara

  • ft mindef

    Program Work-Based Learning: Pengalaman Tentera Kini Diiktiraf Sebagai Diploma

  • collage

    TikTok Perkukuh Usaha Pencegahan Penipuan Dalam Talian di Malaysia dengan Hab Maklumat Pelbagai Bahasa #ThinkTwice

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • freepik the style is candid image photography with natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

Terkini

  • syaz ft 2025 11 06T153848.749

    “Ignore je sis!” – Muat Naik ‘Selfie’, Netizen Puji Keyakinan Fatiya Latiff

  • nadzmi adhwa kaunter kk

    Kongsi Video Kaunter KK Tiada Staf Ketika ‘Lunch Break’, Staf Persoal Motif Nadzmi Adhwa

  • syaz ft 2025 11 05T154642.568

    “Mungkin saya tak penting” – Luahan Nabila Huda Di IG Buat Ramai Sebak

  • jangan serang mama syed abdullah ibu syed saddiq

    “Tolong jangan serang Mama” – Presiden BASS Minta Netizen Bertenang, Maklum Ibu Kurang Arif Bab IT

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube