in

9.6 Juta Pencarum Dilindungi 24 Jam : PERKESO Perluas Jaringan Keselamatan Sosial Melalui LINDUNG 24/7

ft perkeso lindung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melakar transformasi penting dalam sejarah perlindungan sosial negara dengan pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja, dikenali sebagai LINDUNG 24/7.

Pelaksanaan ini disifatkan sebagai pemangkin perlindungan keselamatan sosial secara menyeluruh, selari dengan perubahan corak kerja semasa yang semakin bersandarkan pendekatan hibrid dan aturan anjal (flexible arrangement).


SKBBK 01

Inisiatif LINDUNG 24/7 ini berupaya menutup kelompangan sedia ada dalam sistem perlindungan. Statistik PERKESO menunjukkan keperluan mendesak, dengan mencatatkan sebanyak 11,851 kes tuntutan pencarum menerusi LINDUNG Pekerja ditolak dari 2023 hingga September tahun ini kerana ditakrifkan sebagai bukan bencana kerja.

Melalui LINDUNG 24/7, pekerja tempatan dan pekerja asing di Malaysia akan menikmati jaringan keselamatan sosial yang menyeluruh, termasuk bagi kes-kes kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja, berbeza dengan skim terdahulu yang hanya melibatkan insiden berkaitan pekerjaan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, skim terbaharu ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 9.6 juta pencarum aktif di bawah LINDUNG Pekerja, sekali gus memperkukuh jaringan sosial pekerja di Malaysia, malah setaraf amalan antarabangsa.

SKBBK 02

LINDUNG 24/7 yang dibacakan buat kali pertama di Dewan Rakyat semalam oleh Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong , akan menyaksikan pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Di bawah skim baharu ini, pekerja yang layak akan menerima senarai faedah yang menyeluruh, termasuk:

SKBBK 03

Dengan penyediaan faedah yang lengkap ini, PERKESO komited untuk memastikan kesejahteraan semua pekerja di Malaysia terus terpelihara, meliputi kemalangan di luar skop pekerjaan tradisional.

Langkah strategik ini juga dijangka dapat mengurangkan tekanan kewangan yang diperuntukkan terhadap sistem kesihatan awam negara, memandangkan PERKESO akan menanggung pembiayaan rawatan dan pemulihan pencarum.

Bacaan kedua dan ketiga bagi pindaan kepada Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
(Akta 4) itu dijangka dibentangkan Steven Sim di Dewan Rakyat pada Disember tahun ini
untuk dibahaskan Ahli Parlimen.

Sumber : PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.