in

8 Siri TV Melayu Popular & Legend Yang Pernah Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia Sekitar Tahun 2000-an

F1 Drama Melayu Best Sekitar Tahun 2000 An

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda kini berusia 25 tahun ke atas, sudah tentu anda familiar dengan drama-drama popular yang ditayangkan pada sekitar tahun 2000-an kan. 

Kali ini, jom kita throwback drama-drama best yang pernah jadi kegemaran ramai rakyat Malaysia ini. 


#1 Sitkom Puteri 

“Saya Farah, nama penuh, Puteri Farah Binti Nordin. Ramai orang tanya, kenapa Puteri? Saya ni ada kena mengena dengan kerabat diraja ke? Tapi, sebenarnya arwah mak yang letak nama Puteri tu sebab dia peminat filem dulu-dulu. Saya pulak, orang nak panggil Puteri ke, Farah ke, Erra ke, Amy Mastura ke, saya tak kisah pasal saya nak jadi semua. So, kita enjoy!”

Siapa yang tak kenal dengan dialog popular watak Puteri yang dilakonkan oleh Nora Danish ini kan?

4 2

Sitkom yang mempunyai sembilan musim ini mengisahkan tentang tiga wanita yang berkawan dan menyewa di sebuah bilik di rumah pasangan suami isteri yang kaya. 

Turut menampilkan barisan pelakon seperti Siti Fazurina, Kanchana Devi, A.R. Badul, Louisa Chong dan Beego. 

#2 Spa Q 

Lagu Ku Mahu nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza yang menjadi OST drama ini memang sangat popular. 

Drama Spa Q yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2007 dalam slot Akasia ini mengisahkan tentang konflik kehidupan pemilik Spa Q iaitu Qistina lakonan Norish Karman apabila suaminya curang dengan salah seorang pelanggan tetap Spa Q. 

2 2 1

Ini menyebabkan anak lelaki Qistina iaitu Dafi (lakonan Fazren Rafi) telah bertindak membunuh wanita simpanan bapanya sehingga dia dipenjara. 

Drama ini mempunyai 60 episod dan turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Betty Banafe, Farahdhiya, Nisha Dirr, Ridzuan Hashim, Nelydia Senrose dan ramai lagi. 

#3 Kisah Kaisara 

Drama Kisah Kaisara yang dibintangi oleh Sari Yanti, Aeril Zafrel, Wan Sharmila, Elliza Razak dan Norman Hakim ini pula berkisar tentang kehidupan seorang remaja perempuan, Kaisara bersama rakan-rakannya walaupun dia tidak mempunyai ibu di sisi. 

1 1 2

Siri popular yang telah ditaja oleh Kotex ini juga mempunyai sambungan musim kedua dan ketiga di mana turut menampilkan beberapa watak baru. 

Artikel Berkaitan: “Dulu terpacak depan TV”- Ini 8 Sinetron Indonesia Yang Jadi Kegilaan Rakyat Malaysia Suatu Ketika Dahulu

Artikel Berkaitan: Pernah Jadi Kegilaan Wanita Malaysia, Ini 7 Drama Filipina Yang Buat Kita Setia Tonton Sampai Episod Akhir

#4 Dunia Anita 

Siri komedi Dunia Anita pula merupakan drama turutan daripada drama Puteri. 

Drama ini memaparkan tentang kehidupan watak Anita (Anita merupakan bekas teman sekerja dan rakan sebilik Puteri) yang dilakonkan oleh Siti Fazurina selepas dia berpindah untuk menetap bersama keluarganya di Johor Bahru.

Turut menampilkan Norlia Ghani, Zul Yahya, Lydia Ibtisam dan Tam Suhaimi. 

#5 Dunia Baru 

Berkisarkan tentang kehidupan mahasiswa universiti, siri drama Dunia Baru yang ditayangkan di TV3 pada tahun 2006 ini memang menjadi kegilaan ramai pelajar tak kira sekolah menengah mahupun kolej. 

Menampilkan Elyana, Pierre Andre, Ellyas Abdullah, Anne Ngasri, Almy Nadia, Iqram Dinzly, Anita Baharom, Baizura Kahar dan Ryzal Jaafar.

“Kaf ba ra ka alif ta nun” 

Dialog yang paling popular dalam drama ini ialah dialog yang diutarakan oleh ibu Adif (dilakonkan oleh Khatijah Tan) apabila dia berbicara tentang keberkatan.

#6 Juvana 

Dibintangi oleh Zahiril Adzim yang membawakan watak Daim Yahya, remaja 17 tahun yang terpaksa dimasukkan ke sekolah juvana selepas dituduh membunuh ibunya sendiri. 

Di sana, Daim telah menjadi mangsa buli pelajar sekolah pemulihan akhlak tersebut yang diketuai oleh Botak. 

5 1

Guru-guru dan warden di sekolah tersebut pula tidak mahu membantu meskipun Daim dibuli dengan teruk. 

Memang stres tengok drama ni dulu sebab geram dengan pembuli-pembuli tu! 

#7 KAMI 

Selain siri Dunia Baru, drama KAMI yang dibintangi oleh Liyana Jasmay, Juliana Evans, Nas-T, Ezani dan Ani Zanayah Ibrahim ini juga pernah mendapat hati dalam kalangan peminat remaja sekitar tahun 2007.

Ia berkisar tentang seorang gadis bernama Lynn yang sangat meminati muzik Indie. Lynn cuba untuk mempopularkan genre muzik tersebut dengan membuat fanzine yang bertajuk KAMI.

6 2

Namun, tiba-tiba dia dan keluarganya terpaksa berpindah ke ibu kota dan di sana lah, dia mula berkawan dengan empat orang yang membantunya untuk menggapai cita-citanya dalam bidang muzik.

#8 Emil Emilda 

Dalam drama ni pulak, korang boleh tengok Aaron Aziz yang ketika itu masih lagi kurus.

Drama 25 episod yang ditayangkan pada tahun 2007 ini mengisahkan tentang gadis iaitu Emilda (Sharifah Amani) yang menjadi kerani di sebuah stesen televisyen tempatan.

Emilda merupakan seorang gadis yang berkarakter sangat kelam-kabut dan tidak tahu bergaya.

7 3

Namun, dia tetap menjadi pekerja yang disayangi oleh CEO syarikat penyiaran tersebut.

Apabila CEO tersebut tiba-tiba meninggal dunia akibat kemalangan udara, Emilda telah dilantik menjadi CEO sementara mengikut wasiat CEO berkenaan namun perkara ini tidak disukai oleh anak saudara CEO tersebut yang jahat.

Drama mana yang korang paling suka dulu? Untuk pengetahuan korang, kebanyakan dari drama-drama ini boleh ditonton di YouTube, jadi tunggu apa lagi, jom throwback zaman remaja korang tercongok depan TV semata-mata nak tengok drama-drama ni. 

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube
Sumber: IMDb
Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.