Anda sering melihat ramai menikmati korean fried chicken namun tidak tahu di mana anda boleh dapatkan yang paling sedap? Anda tidak perlu risau dan anggap masalah itu sudah selesai kerana kami akan membantu anda dengan menyenaraikan 8 restoran yang menghidangkan korean fried chicken paling best di Lembah Klang!
1. KyoChon
Ramai penggemar korean fried chicken sanggup beratur panjang ketika cawangan pertama dibuka di Malaysia. Anda boleh pilih wings, drumettes atau drumsticks dalam tiga perisa berbeza: original soy, spicy red dan honey.
Mereka juga ada boneless chicken strips bersama jambalaya, honey mustard atau sos red spicy.
Instagram: KyoChon Malaysia
Website: KyoChon Malaysia
2. 4Fingers
Restoran rangkaian dari Singapura ini tidak menggunakan MSG atau bahan pengawet dan hanya menggunakan ayam segar sebelum disalut dengan sos pedas atau sos garlic.
Website: 4Fingers
Facebook: 4Fingers Crispy Chicken Malaysia
3. Nanda Chicken
Meskipun terkenal dengan ayam goreng yang dihidangkan bersama cheese leleh atau dipanggil snow cheese chicken, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba spicy fried chicken dan crispy soy sauce chicken di sini.
Instagram: Nanda Chicken
Facebook: Nanda Chicken
4. Sweetree Restaurant
Restoran yang terletak di Ampang ini turut menghidangkan makanan lain seperti chicken chop dan sambal udang. Kalau pertama kali nak cuba, order lah spicy chicken bibimbap!
Instagram: sweetreerestaurant
Facebook: Sweetree
5. Pelicana Chicken
Sekali pandang mungkin nampak seperti ayam goreng biasa, tetapi Pelicana Chicken mempunyai lima perisa berbeza. Anda boleh pilih original crunchy, original peli, spring onion peli, charcoal BBQ peli atau super hot spice peli.
Rangup di luar, juicy di dalam. Ayam goreng di sini dihidang dalam portion yang besar dan banyak!
Facebook: Pelicana Chicken Malaysia
6. BBQ Chicken
Mempunyai lebih 10 cawangan di Malaysia, BBQ Chicken mempunyai 11 jenis ayam yang dihidangkan termasuklah Jerk BBQ Chicken, Korean Charbroiled Chicken, Golden Deep Fried Chicken dan Gangjeong Chicken.
Mereke turut mempunyai makanan lain selain ayam goreng seperti pizza, nasi goreng dan chicken steak.
Website: BBQ Chicken
7. EID
Dimiliki oleh wanita Korea beragama Islam, Eid menghidangkan makanan-makanan korea seperti chicken kimchi stew, korean beef bbq dan tteokbokki. Kafe ini turut menyediakan sudut barangan dari Korea yang dijual seperti selendang direka khas.
Instagram: eid.halal.korea.bangi
Facebook: EID
8. Hyo-Sun Korean Fried Chicken
Terletak di The Curve, Mutiara Damansara, menurut pemilik restoran ini, Hyo-Sun membawa maksud hormatilah ibu bapa anda.
Uniknya di Hyo-Sun, ayam mereka dimasak dengan tiga cara yang berbeza. Perisa yang paling digemari ramai pelanggan di sini adalah honey, spicy atau crispy fried chicken.
Facebook: Hyo-Sun
Haaaaa! Siapa peminat tegar ayam goreng tu dan boleh pergi serbu restoran di atas. Memang sedap, takkan menyesal!
Baca: 5 Tempat Chicken Wings di Lembah Klang Anda Wajib Cuba!