in

8 Kes ‘Final Destination’ Sebenar Ni Lagi ‘Creepy’ Dari Filem!

collage 7

Korang mesti pernah tengok Final Destination kan? Ia merupakan filem mengenai sekumpulan remaja yang telah terlepas dari kematian, tapi pada akhirnya semua mati dengan cara yang menyeramkan dan tak dijangka-jangka.

Tapi macam mana pula kalau benda pelik ni jadi dekat orang biasa macam kita ni? Cerita-cerita dekat bawah ni memang macam filem Final Destination yang korang tengok tapi ia benar-benar berlaku. Orang-orang ni semua berjaya “menipu kematian” tapi akhirnya… Ha baca sendirilah!

1. Fagilyu Mukhametzyanov

hysa7qyouqm1uil3ujlk.png

Pada 24 Jun 2011, seorang wanita dari Russia Fagilyu Mukhametzyanov telah mengadu sakit dada kepada suaminya. Kemudian, seorang doktor telah mengesahkan bahawa wanita ini telah pun meninggal dunia. Ketika keluarga dan rakan terdekat sedang meratapi kematian wanita ini di pengebumiannya tiba-tiba penutup keranda telah terbuka menunjukkan bahawa Fagilyu ternyata masih lagi hidup!

Kerana terkejut melihat keadaannya, wanita ini telah menjerit ketakutan di hadapan semua orang dan 12 minit kemudian meninggal kerana serangan jantung akibat terkejut.

2. Elzie Bud Warren and Phyllis Jean Ridings

ji8ccslo2kiaf4tuqz7b.png

Pada tahun 2017, seorang bapa, Elzie Bud Warren dan anak perempuannya, Phyllis Jean Ridings dari Texas telah terselamat dari kemalangan kapal terbang selepas kapal terbang buatan mereka itu disambar api.

Saya bersyukur kepada Tuhan dan skil penerbangan ayah saya. Dia telah selamatkan nyawa kami.”

Namun begitu, pada tahun 2011, empat tahun selepas insiden tersebut, kedua anak beranak ini telah mati selepas kokpit kapal terbang yang sedang disediakan untuk pertunjukan udara telah mula dipenuhi dengan asap. Tak lama selepas itu, kapal terbang berapi tersebut terhempas dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian.

3. Jessica de Lima Rohl

hdr3byfm1ntv6cqly7lz.png

Seorang pelajar kolej berusia 21 tahun Jessica de Lima Rohl telah menolong rakan-raka sekelasnya untuk menjual tiket event terkenal yang berlangsung di sebuah kelab tempatan bernama Kiss Nightclub. Pada malam yang sama, ketika dia sedang bersiap untuk ke acara tersebut, teman lelakinya telah merayu agar perempuan ini duduk di rumah.

Pada 13 Januari 2013, keluar berita mengatakan kelab tersebut telah disambar api ekoran kesilapan dari api yang digunakan di atas pentas oleh band yang membuat persembahan. Seramai 238 orang telah terbunuh pada malam tersebut, sebahagian mati disebabkan terhidu asap toksik manakala selebihnya mati ekoran terhempap antara satu sama lain ketika cuba untuk menyelamatkan diri.

Kerana pujukan teman lelakinya, wanita ini bertuah kerana terselamat dan turut menggelar teman lelakinya sebagai “malaikat penjaganya”. Namun begitu, lima hari kemudian ketika Jessica menjemput teman lelakinya dari lapangan terbang, kereta yang mereka naiki telah berlanggar dengan sebuah lori. Jessica mati serta merta manakala teman lelakinya meninggal keesokan harinya.

4. Hilda Yolanda Mayol

Pada 11 September 2011, Pusat Dagangan Dunia telah diserang oleh pengganas dan hanya beberapa orang sahaja yang bertuah untuk keluar dari bangunan tersebut hidup-hidup. Salah seorangnya merupakan Hilda Yolanda Mayol yang pada ketika itu sedang bekerja di sebuah restoran di tingkat bawah.

Dua bulan kemudian, Hilda telah menghantar ibunya dan dua orang anaknya ke tempat asalnya di Republik Dominika dan dia akan mengikut mereka ke sana dua minggu kemudian. Namun begitu, pesawat yang dinaikinya itu telah terhempas di wilayah New York, Queens pada 12 November di mana kesemua penumpang terbunuh.

5. Jessica Redfield

iacoimhljcpdsypyaa1g.png

Jessica Redfield merupakan salah seorang di antara 12 orang yang terbunuh dalam kejadian tembakan ketika tayangan filem Dark Knight Rises di panggung wayang yang terletak di Aurora Colorado.

Tapi sebelum itu, pembaca berita dari Texas ini telah terselamat dari kejadian menembak di sebuah pusat membeli belah di Toronto. Ketika kejadian tersebut, Jessica terselamat selepas dia telah mengambil angin di luar.

Saya tak boleh nak hilangkan perasaan pelik ni. Susah untuk saya percaya macam mana saya boleh terselamat dari kejadian tembakan tersebut.”

Malangnya, sebulan kemudian dia telah meninggal dunia dalam satu kejadian tembakan yang lain.

6. David Fur

Pada 13 Disember 1977, keseluruhan pasukan bola keranjang dari Universiti Evansville telah terbunuh dalam kemalangan kapal terbang yang terhempas sejurus selepas ia berlepas. Satu-satunya orang dari pasukan ini yang tidak naik penerbangan tersebut ekoran mengalami kecederaan di buku lali merupakan David Fur.

Tapi, dua minggu kemudian, dia telah terbunuh dalam kemalangan selepas dilanggar oleh pemandu mabuk bersama abangnya menjadikan keseluruhan pasukan Purple Aces Basketball meninggal dunia.

7. Johanna Ganthaler

kr0gzreokotzbvfbs0v2.gif

Seorang wanita Perancis bernama Johanna Ganthaler telah bercuti ke Brazil bersama suaminya apabila mereka telah terlewat untuk menaiki penerbangan pulang ke Perancis. Empat jam sebelum kapal terbang tersebut tiba di Perancis, ia telah terhempas ke lautan Atlantik sekaligus membunuh kesemua 228 penumpang.

Manakala pasangan tersebut berjaya pulang ke Perancis keesokan harinya. Namun dua minggu kemudian, Johanna telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya apabila keretanya telah melencong ke arah jalan di Kufstein, Austria dan melanggar sebuah lori, wanita ini mati di tempat kejadian.

8. Marcus Garvey

Marcus Garvey yang merupakan seorang ketua politik dan aktivis yang terkenal di Jamaica telah meninggal dunia ketika membaca sebuah artikel yang menceritakan tentang kematiannya.

Ketika membaca artikel tersebut, Marcus telah mengalami strok dan apabila dia sedar dan meneruskan bacaannya mengatakan bahawa “Mr Garvey mati dalam keadaan miskin, keseorangan dan tidak popular” dia telah mengalami strok kedua dan meninggal dunia.

Hm seram jugak baca kes-kes ni, semua ingatkan dorang bertuah tapi akhirnya terbunuh jugak. Memang macam Final Destination.

Sumber: Horror

 

Baca: “Macam Final Destination!” – Kipas Lama Tercabut Dari Siling & Cederakan Leher Wanita Malang Ini!

pjimage 2020 05 13T104538.940