Sedar tak sedar, kita kini sedang berada di penghujung tahun yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi sebelum tahun 2025 melabuhkan tirai.
Sepanjang tahun ni, memang tak dapat dinafikan yang bermacam-macam jenis peristiwa dah berlaku, ada yang menggembirakan, ada yang mencabar dan ada juga yang membuatkan kita belajar untuk menghargai perjalanan hidup kita.
Jadi disebabkan begitu, lebih baik kita sama-sama nantikan apa yang bakal tiba berbanding mengenangkan apa yang sudah berlalu. Dan setiap kali masuk tahun baharu, mesti ada saja sesuatu yang kita tertunggu-tunggu seperti filem-filem baharu yang bakal menghiasi pawagam pada tahun depan.
Kalau korang nak tahu filem apa yang bakal ditayangkan tahun depan, boleh teruskan baca artikel di bawah ni.
Artikel Penuh: 6 Filem Plot Twist Sepanjang Zaman, Ending Dia Confirm Buat Korang Terkejut! – Lobak Merah
Artikel Penuh: Wes Anderson ‘Trending’ Di TikTok, Ini 5 Filemnya Korang Patut Tonton, Confirm Tak Menyesal! – Lobak Merah
1. 28 Years Later: The Bone Temple
Filem ini mengisahkan Spike yang terpaksa mengikuti sebuah kumpulan ganas yang diketuai oleh Sir Jimmy Crystal. Sementara itu, Dr. Kelson pula bergelut dengan perubahan dunia yang bukan lagi seperti dahulu serta mempunyai hubungan yang pelik dengan Samson.
Filem ini lebih fokus pada keganasan dan kezaliman manusia sendiri serta menunjukkan yang membawa ancaman bahaya sebenarnya bukan daripada makhluk yang dijangkiti dengan virus, tapi daripada sifat manusia itu sendiri.
Filem ini telah mempunyai dua filem sebelumnya dan bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 15 Januari 2026.
2. Send Help
Filem ini mengisahkan dua rakan sekerja iaitu Linda bersama bosnya, Bradley yang terkandas di sebuah pulau terpencil selepas terselamat daripada kapal terbang terhempas.
Di pulau itu, mereka perlu atasi sifat kebencian terhadap satu sama lain dan perlu bekerjasama untuk terus hidup di pulau yang terpencil itu. Namun tak lama kemudian, ia mula berubah menjadi satu pertarungan dan pergaduhan kuasa mengenai siapa boleh berani dan boleh keluar dari pantai itu.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 29 Januari 2026 akan datang.
3. The Cat In The Hat
Filem kanak-kanak yang popular sejak dulu kembali lagi dengan versi animasi terbarunya yang membawa watak kegemaran ramai dalam pengembaraan baru penuh imaginasi dan keseronokan.
Filem ini mengisahkan seekor kucing nakal yang diberi satu misi iaitu I.I.I.I (Institute for the Institution of Imagination and Inspiration) demi nak menceriakan dua beradik, Gabby dan Sebastian yang sedang berdepan dengan persekitaran baru setelah berpindah ke bandar baru.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 26 Februari 2026 nanti.
4. Scream 7
Filem terbaru dalam francais Scream kembali meneruskan kisah lagenda pembunuh Ghostface dengan mangsa dan plot filem baharu yang penuh menyeramkan.
Sidney Prescott yang baru cuba memulakan kehidupan baru di sebuah bandar digemparkan apabila seorang pembunuh Ghostface muncul di bandar itu dan anak perempuannya pula menjadi sasaran seterusnya.
Sama seperti filem The Cats in The Hat, filem ini juga bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 26 Februari 2026 nanti.
5. Ready or Not 2: Here I Come
Filem ini mengisahkan tentang Grace dan adiknya, Faith, selepas terselamat daripada sebuah permainan maut dan kini perlu melarikan diri daripada empat keluarga pesaing yang merebut takhta.
Siapa yang berjaya mendapatkan takhta itu bermakna dialah yang akan menjadi paling berkuasa dalam keluarga tersebut.
Filem sambungan Ready or Not yang pertama ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 9 April 2026.
6. Michael
Filem ini mengisahkan perjalanan hidup dan kerjaya Michael Jackson, bermula dari dia sertai Jackson 5 hinggalah ke minggu-minggu sebelum konsert terakhirnya.
Di filem inilah kita akan dapat melihat detik-detik penting dalam hidup King of Pop, termasuk dengan kejayaannya yang memecah rekod, jelajah konsert di seluruh dunia dan kontroversi kehidupannya.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 23 April 2026.
7. The Devil Wears Prada II
Ini merupakan salah satu filem Anne Hathaway yang paling dinanti-nantikan sejak tayangan pertama The Devil Wears Prada pada tahun 2006.
Filem ini mengisahkan perjuangan Miranda Priestly dalam menentang Emily Charlton iaitu bekas pembantunya yang kini menjadi pesaing dalam perniagaannya iaitu industri media cetak dan pengiklanan di saat Miranda sedang menghampiri waktu persaraannya.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 30 April 2026 tahun hadapan.
8. Toy Story 5
Woody, Buzz, Jessie dan rakan-rakannya mendapati yang dunia permainan bersama kanak-kanak semakin mencabar apabila wujudnya ancaman baru iaitu teknologi.
Apabila pemilik mereka, Bonnie, kerap bermain dengan tablet baharunya yang dinamakan sebagai ‘Lily Pad’, mainan tradisional seperti mereka mula diabaikan.
Filem ini menunjukkan bagaimana Woody, Buzz dan Jessie mencari tujuan baru dan berjuang untuk kekal rapat dengan Bonnie sambil berdepan dengan konflik permainan yang berasaskan teknologi.
Filem ini bakal ditayangkan di pawagam tempatan bermula pada 25 Jun 2026.
Sumber: IMDB
