in

“77 Muka surat yang mengejutkan” – Ramai Terkejut Baca Alasan Penghakiman Kes Da’i Syed Tular Di Threads

Da'I Syed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu dokumen alasan penghakiman setebal 77 muka surat dilaporkan tular di aplikasi Threads, semalam, susulan keputusan mahkamah membabitkan pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful atau lebih dikenali sebagai Da’i Syed.

Ketularan dokumen berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, malah ramai mengaku terkejut selepas membaca pendedahan yang terkandung dalam alasan penghakiman tersebut.


Tidak kurang juga, ada yang mengaku telah menghabiskan masa berjam-jam untuk membaca keseluruhan dokumen berkenaan sehingga tamat.

Da'i Syed
Tangkap layar muka hadapan alasan penghakiman melibatkan da’i syed yang tular di aplikasi threads, semalam.

Artikel berkaitan: Isteri Baru Lepas Bersalin 3 Bulan, Peguam Akan Fail Rayuan Tangguh Hukuman Da’i Syed

Artikel berkaitan: Da’i Syed Ke Penjara Hari Ini, Kekal Bersalah Bagi Kes Rogol

Semalam, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos 2024.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Da’i Syed diperintahkan untuk dihantar ke Penjara Kajang serta-merta bagi menjalani hukuman penjara selama 10 tahun selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita, tujuh tahun lalu.

Dalam alasan penghakiman yang tular itu, mahkamah menegaskan kedudukan Da’i Syed sebagai pendakwah selebriti memberi impak besar kepada masyarakat, khususnya golongan muda.

Justeru itu, hukuman berat perlu dikenakan demi kepentingan awam.

“Hukuman yang dikenakan seharusnya sepadan dengan kesalahan supaya masyarakat dapat mengambil iktibar bahawa imej beragama yang dipertontonkan kepada umum tidak semestinya menggambarkan sifat sebenar seseorang individu,” katanya.

Mahkamah turut menyatakan walaupun peranan tertuduh dalam ceramah agama dan motivasi sepatutnya menjadi faktor meringankan hukuman, tindakannya terhadap mangsa adalah sesuatu yang “tidak boleh diterima akal yang munasabah”.

Da'i Syed
Da’i syed

Malah, Da’i Syed sebagai tertuduh juga didakwa mempergunakan kedudukan dan kepercayaan mangsa yang berada dalam keadaan lemah.

Selain itu, mahkamah mengambil kira trauma dialami mangsa yang merupakan pesakit mental (Major depressive disorder) dan keadaannya dilaporkan menjadi lebih teruk susulan kejadian tersebut.

“Trauma ini akan terus berada dalam ingatan mangsa sehingga akhir hayatnya,” menurut alasan penghakiman.

Sumber: Alasan penghakiman dari aplikasi Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.