in

“70K penonton!” – Siti Nurhaliza, A.R Rahman & Blackpink Antara Konsert Dengan Penonton Teramai Di SNBJ

penonton snbj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak tahun lepas kita dapat menyaksikan ramai artis-artis antarabangsa menjadikan Malaysia sebagai salah satu lokasi konsert jelajah mereka.

Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), antara venue yang paling digemari oleh artis antarabangsa selain Axiata Arena yang juga bertempat di Bukit Jalil.


Terbaru artis sensasi Korea Selatan, Blackpink  ‘bertandang’ ke stadium itu untuk konsert jelajah dunianya yang diberi nama Born Pink.

Pun begitu, tahukah anda SNBJ mempunyai kapasiti untuk penonton seramai 85,000 dan percaya atau tidak, bukanlah artis luar negara yang menarik penonton paling ramai di stadium tersebut tetapi penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Twitter Pop Crave Asia, konsert Blackpink pada Sabtu lepas kini berada di tempat ketiga dalam senarai penonton paling ramai di SNBJ dengan jumlah 62,000.

Pun begitu, penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Seri Siti Nurhaliza masih berada di tangga teratas dengan penonton seramai 70,000 untuk konsert jelajah Fantasia pada tahun 2004.

Selain itu, di tempat kedua ialah penyanyi ‘lejen’ dan komposer dari India, A.R Rahman untuk konsert Secret of Success, awal tahun ini yang menarik 67,000 orang penonton. Turut berada dalam carta ialah Linkin Park, Ed Sheeran dan juga Billie Eilish.

Baca: Bandingkan BLACKPINK Dengan Siti Nurhaliza, Kenyataan Individu Ini Jadi Bualan Ramai

Cats 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.