in

7 Siri Anime Terpanjang Dunia, Ada Yang Dah 50 Tahun Bersiaran!

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika Korea Selatan dikenali dengan muzik K-pop mereka yang boleh dikatakan mempunyai peminat dari seluruh dunia, Jepun pula lebih dikenali dengan siri animasi mereka yang dikenali sebagai anime.

Siri seperti Naruto, Prince of Tennis, Doraemon dan Detective Conan rata-ratanya pernah ditonton oleh kita semua semasa kecil dahulu. Anime boleh dianggap sebagai pelangi indah semasa zaman kecil kita semua, sehinggalah sudah besar.


Soalan buat peminat anime, tahukah anda siri anime manakah yang mempunyai episod terpanjang di dunia? Mesti ramai yang beranggapan siri One Piece merupakan anime terpanjang di dunia memandangkan ia masih belum tamat dan sudah lama ditayangkan. Jawapan anda salah!

Berikut adalah siri anime yang terpanjang di dunia:

7. Kirin Monoshiri Yakata – 1565 Episod

Kirin Monoshiri Yakata

Siri ini adalah sebuah animasi pendidikan yang memaparkan seekor kucng bernama Cathy yang cuba untuk berbaik dengan seekor tikus. Dalam pada masa yang sama, Cathy mengajar sejarah kepada penonton.

Anime ini mula ditayangkan pada 1975 dan berakhir pada 1984. Meskipun sudah mencapai 1565 episod, difahamkan hanya dua episod yang boleh ditonton dan dikatakan baki episod yang lain telah hilang.

6. Doraemon (1979) – 1787 Episod

Doraemon

Siapa yang tidak pernah menonton Doraemon di Malaysia? Boleh dikatakan hampir semua daripada kita pernah menonton anime ini.

Doraemon mengisahkan seekor robot kucing dari masa depan yang kembali ke zaman silam untuk membantu seorang kanak-kanak bernama Nobita. Siri animasi ini turut menampilkan watak-watak lain seperti Giant, Sunio dan Shizuka.

5. Oyako Club – 1818 Episod

Oyako Club

Oyako Club mengisahkan kisah hidup dua makhluk asing yang bernama Rompa dan Lun yang hidup bersama sebuah keluarga manusia di bumi.

Animasi sepanjang 5 minit ini banyak memaparkan kisah lucu mereka yang cuba hidup bersama keluarga baharu.

4. Prince Mackaroo (Ojarumaru) – 1917+ Episod

Ojarumaru

Seperti filem Doctor Strange, anime ini mengisahkan Ojarumaru yang boleh merentas masa untuk pergi ke masa lalu dan masa hadapan.

Ojamaru merentas masa 1000 tahun ke hadapan dan berjumpa dengan seorang kanak-kanak bernama Kazuma. Mereka menjadi sahabat dan Ojamaru menetap bersama keluarganya di masa hadapan.

3. Ninja Boy Rantaro (Nintama Rantarō) – 2321+ Episod

Ninja Boy Rantaro

Anime ini pernah ditayangkan di Astro Ceria suatu ketika dahulu. Ninja Boy Rantaro mengisahkan tiga pelajar, Rantarou, Shinbei dan Kirimaru yang sedang belajar di sebuah sekolah untuk menjadi ninja.

Siri anime ini masih lagi ditayangkan sehingga ke hari ini memandangkan ia masih mendapat sambutan daripada penonton.

2. 3000 Whys Of Blue Cat (Lan Mao) – 3,000+ Episod

3000 Whys Of Blue Cat

Lan Mao atau maksudnya, Kucing Biru merupakan sebuah animasi pendidikan yang mula ditayangkan pada tahun 1999. Dihasilkan oleh syarikat Beijing Sunchime Happy Culture, siri ini mempunyai lebih 400 buku, sebuah taman tema dan permainan video oleh Sega.

Anime ini pernah dihasilkan dalam versi bahasa Inggeris, namun terpaksa dihentikan kerana kurang mendapat sambutan.

1. Mrs. Sazae (Sazae-San) – 7500+ Cerita (2500+ Episod)

Sazae San

Mula ditayangkan pada tahun 1969, siri Mrs. Sazae adalah anime dengan episod yang terbanyak di dunia. Sama seperti Doraemon, anime ini dibahagikan kepada tiga cerita dalam satu episod.

Anime ini mengisahkan Mrs. Sazae yang menetap bersama suami, anak dan ibu bapanya. Menariknya, anime ini masih lagi ditayangkan sehingga ke hari ini.

Kredit: Wikipedia, Gamerant

BACA: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum

Cats 4

Sumber: Gamerant
Sumber: Gamerant
Sumber: Gamerant
Sumber: Gamerant
Sumber: Gamerant
Sumber: Gamerant
Sumber: Gamerant

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.