in

7 Selebriti Yang Tinggalkan Hollywood Sebab Nak Hidup Normal

Collage 44

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita fikir tentang Hollywood, mesti kita bayangkan kehidupan selebriti di sana yang mewah dan penuh dengan kesibukan kan? Walaupun nampak macam tak ada privacy kadang-kadang kita teringin untuk jadi macam dorang kan?

Tapi kalau korang nak tahu, terdapat beberapa selebriti yang memilih untuk tinggalkan dunia glamor bagi menjalani kehidupan yang lebih tenang dan normal. Walaupun Hollywood sering dianggap sebagai puncak kejayaan, selebriti-selebriti ini menganggap bahawa banyak lagi benda lain yang lagi penting dari populariti.


Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok siapa selebriti yang telah tinggalkan Hollywood untuk jalani kehidupan yang lebih normal.

Artikel berkaitan: 7 Selebriti ‘Bertuah’ Yang Jadi Popular Sekelip Mata

Artikel berkaitan: “Beli mahal tapi tak boleh bayar” – 5 Selebriti Ni Tak Mampu Bayar Rumah Mewah Sampai Kena Sita!

1. Cameron Diaz

Benji Madden And Actress Cameron Diaz Getty H 2024.Jpg

Cameron Diaz, yang terkenal dengan filem-filem seperti The Mask dan There’s Something About Mary telah mengejutkan peminatnya apabila dia mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan pada tahun 2018.

Diaz memutuskan untuk fokus kepada kehidupannya di luar industri hiburan selepas berkahwin dengan Benji Madden, vokalis kumpulan Good Charlotte.

Pada tahun 2019, pasangan ini telah menimang cahaya mata pertama mereka dan Diaz kini menikmati kehidupan yang lebih tenang dan bahagia jauh dari tekanan Hollywood.

2. Rick Moranis

C8D608E404B849D8Af0620C011C17B97C8 12 Rick Moranis.rsocial.w1200.Jpg

Rick Moranis, yang popular dengan lakonannya dalam filem Ghostbusters dan Honey, I Shrunk the Kids telah meninggalkan Hollywood pada tahun 1997.

Dia membuat keputusan ini untuk menjaga dua anaknya selepas kematian isterinya. Moranis memilih untuk fokus kepada keluarga dan tidak lagi terlibat secara aktif dalam dunia hiburan.

Walaupun dia telah membuat beberapa kemunculan semula baru-baru ini, pelakon ini akui yang dia lebih suka menjalani kehidupan yang lebih peribadi.

3. Gene Hackman

Gene Hackman 20 469485E81E78488Aab8Ef95D4Eb9B74B

Gene Hackman, pemenang dua Anugerah Akademi telah mengumumkan persaraannya dari dunia lakonan pada tahun 2004.

Sejak itu, Hackman telah menulis beberapa novel dan menikmati kehidupan yang lebih tenang di Santa Fe, New Mexico. Hackman memilih untuk meninggalkan dunia hiburan untuk memberi tumpuan kepada minatnya dalam penulisan.

4. Greta Garbo

1582 Greta Garbo

Greta Garbo merupakan salah seorang bintang terbesar Hollywood pada zaman 1930-an. Namun dia memilih untuk bersara pada usia 36 tahun selepas membintangi sebanyak 28 filem.

Garbo meninggalkan dunia hiburan dengan penuh misteri dan menjalani kehidupan yang sangat peribadi di New York City, jauh dari mata umum. Keputusan Garbo untuk bersara di puncak kerjayanya menguatkan lagi auranya sebagai ikon legenda.

5. Jack Gleeson

Jack Gleeson, yang terkenal dengan watak Raja Joffrey Baratheon dalam siri popular Game of Thrones, mengejutkan ramai peminat apabila dia mengumumkan akan meninggalkan dunia lakonan selepas tamatnya siri kesukaan ramai ini.

Gleeson menyatakan bahawa dia dah tak minat untuk berlakon dan mahu mengejar pendidikan serta kehidupan yang lebih normal. Dia kini aktif dalam teater komuniti dan akademik.

6. Bridget Fonda

Bridget Fonda Danny Elfman 1 A406Af2Ab7Ef47A788Fa7D2171Ac7D2B

Bridget Fonda, pelakon yang terkenal dengan peranannya dalam filem-filem seperti Single White Female dan Jackie Brown telah meninggalkan dunia lakonan pada tahun 2002 selepas berkahwin dengan komposer Danny Elfman.

Fonda memilih untuk fokus kepada keluarganya dan sehingga sekarang dia tak pernah kembali ke dunia hiburan. Dia kini menikmati kehidupan yang jauh dari perhatian media.

7. Jonathan Taylor Thomas

Why Jonathan Taylor Thomas Stepped Away From Spotlight Everything Hes Said 002.Jpg

Jonathan Taylor Thomas, yang dikenali ramai melalui lakonannya dalam siri televisyen Home Improvement dan sebagai suara Simba dalam The Lion King, membuat keputusan untuk meninggalkan dunia lakonan ketika berada di puncak popularitinya.

Thomas memilih untuk melanjutkan pelajaran di Harvard University dan Columbia University. Walaupun dia telah membuat beberapa kemunculan semula untuk watak-watak kecil baru-baru ini, dia tetap lebih suka menjalani kehidupan yang lebih peribadi dan jauh dari perhatian umum.

Sumber: Buzzfeed

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.