Orang yang mempunyai spektrum autisme biasanya akan menghadapi stigma dan sterotaip negatif dari masyarakat. Ekoran ini, kebanyakan dari mereka akan menerima diskriminasi lebih-lebih lagi di dunia pekerjaan.
Mana tidaknya, bila sebut pasal autisme, ramai yang menganggap penghidapnya tidak boleh berfikir dengan baik justeru itu mereka tak boleh nak menjalani kehidupan normal dengan sendiri atau tak boleh nak bekerja. Tapi ramai yang tak tahu bahawa spektrum ini mempunyai pelbagai jenis.
Jadi dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa selebriti menghidap autistik yang korang sendiri pun tak pernah tahu dorang dalam spektrum autisme. Jom tengok siapa!
1. Courtney Love
Courtney Love yang merupakan seorang penyanyi dan lebih dikenali sebagai isteri kepada Kurt Cobain ini telah didiagnos dengan autisme ketika dia berusia 9 tahun.
Namun begitu, penyanyi utama kumpulan Hole ini telah berjaya meneruskan kerjaya nyanyiannya selama empat dekad. Namun sepanjang penglibatannya di dalam industri, Courtney telah menerima banyak kritikan ekoran persembahannya yang sangat seksi, hubungannya dengan mendiang suaminya serta masalah penyalahgunaan dadah sepanjang kehidupannya sebagai penyanyi.
2. Wentworth Miller
Pelakon yang terkenal dengan peranannya dalam siri Prison Break ini mendedahkan yang dia telah didiagnos dengan autisme agak lewat. Dia telah didiagnos pada tahun 2020 sebagai seorang lelaki dewasa dan merasakan penilaian dan diagnos yang dia lalui itu adalah satu penyeksaan.
Wentworth turut mengatakan yang dia terkejut mendengar bahawa dia mempunyai autisme namun begitu dia tak menyesal dan berbangga untuk menjadi sebahagian dari komuniti autisme.
3. Sia
Sia mendedahkan bahawa dirinya autistik pada tahun ini di dalam satu episod podcast. Namun begitu, penyanyi berusia 47 tahun ini tidak memberitahu bila dia didiagnos dengan gangguan ini.
Penyanyi ini mengatakan, selama 45 tahun kehidupannya, dia sering merasakan yang dia perlu menjadi orang lain bila berhadapan dengan orang dan sejak dua tahun kebelakangan ini barulah dia merasa seperti dirinya sendiri.
3. Dan Aykroyd
Pelakon dan penulis Ghostbusters dan The Blues Brothers, Dan Aykroyd telah didiagnos dengan sindrom Tourette ketika berusia 12 tahun dan kemudiannya didiagnos dengan sindrom Asperger pada awal 1980-an ketika dia berusia 30 tahun.
Salah satu simptom yang dia hadapi termasuklah obsesinya terhadap hantu dan pihak berkuasa sehinggakan dia telah membawa lencana polis bersamanya setiap kali keluar.
4. Daryl Hannah
Daryl Hannah dikenali dengan lakonannya di dalam Kill Bill, Wall Street dan Sense8. Walaupun telah didagnos dengan autisme sejak kecil, pelakon ini hanya bercakap mengenainya secara umum pada tahun 2013.
Menurut Daryl, pakar perubatan telah meminta dia untuk tidak berada di dalam dunia glamor dan hidup jauh dari perhatian media.
5. Susan Boyle
Penyanyi yang berjaya menyentuh hati ramai orang di seluruh dunia selepas menyertai ujibakat Britain’s Got Talent, Susan Boyle ini telah didiagnos dengan sindrom Asperger pada 2012 walaupun sebelum ini dia telah disalah diagnos dengan kerosakan otak ketika kanak-kanak.
Walaupun sering menerima kritikan dan tak dilayan dengan baik oleh ramai pihak, Susan kini telah bekerja di belakang tabir dan mempunyai kekayaan sebanyak US$40 juta.
6. Matt Savage
Matt Savage merupakan seorang pemuzik yang menghidap sindrom savant. Namun begitu, kerjaya sebagai pemuzik telah membolehkan dia untuk menjelajah dunia dan bermain untuk beberapa rancangan terkenal seperti Late Show with David Letterman, Late Night with Conan O’Brien dan The Today’s Show.
Matt Savage kini bermain piano di konsert dan menjadi seorang pengajar.
7. James McClean
Pemain bola sepak Irish, James McClean baru-baru ini telah kongsikan bahawa anak perempuannya Willow-Ivy merupakan seorang autistik. Selepas didiagnos, dia telah melihat anaknya ini membesar dan mengatasi banyak halangan.
Namun begitu, selepas melihat anak perempuannya ini, dia turut menyedari yang dirinya juga turut mempunyai beberapa perwatakan seperti anaknya dan telah menjalani pemeriksaan. Hasilnya, dia juga turut didiagnos dengan spektrum autisme dan mengatakan bahawa dia mahu memberitahu orang tentang perkara ini untuk tunjukkan pada anaknya, menjadi seorang autistik tidak akan menghalangnya dari mencapai apa yang diimpikan.
Sumber: Stars Insider