in

7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang ‘Datuk Seri’ Belasah RELA

Featured Ds 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
7 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'Datuk Seri' Belasah RELA
Loading
/

Minggu lepas kecoh kisah seorangDatuk Seri’ yang membelasah 3 orang anggota RELA sehingga menyebabkan kecederaan bengkak di mata kiri dan sakit di beberapa bahagian badan. Pergaduhan dikatakan tercetus selepas anggota RELA tersebut meminta Datuk Seri mengalihkan keretanya, Toyota Vellfire kerana menghalang laluan.

Ramai yang tertanya-tanya identiti Datuk Seri ini kerana tidak didedahkan kepada orang ramai. Terbaru, akhirnya identiti Datuk Seri ini terbongkar dan tersebar di media sosial.


Berikut kami kongsikan 7 perkara yang perlu anda ketahui tentang Datuk Seri tersebut.

 

1. “Datuk Seri” misteri ini adalah Nicky Liow Soon Hee yang merupakan Pengerusi Winner Dynasty Group

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Assisten Komisioner, Fadzil Ahmat telah pun mengesahkan identiti Liow yang berusia 29 tahun. Netizen juga dapat mengaitkannya berdasarkan logo di bajunya yang dipakai semasa sebutan reman.

Syarikatnya sudah established di UK dengan bisnesnya merangkumi pelbagai produk dan perkhidmatan seperti hartanah, pendidikan, kesihatan, barang kemas dan pelancongan.

Ds1
sumber: infokini

 

2. Liow menjadi jutawan pada umur 24 tahun dan telah memenangi beberapa anugerah keusahawanan.

Antara anugerah yang telah diberikan kepada Liow ialah anugerah SME Brand Personality pada tahun 2015, Anugerah Emerging Entrepreneur pada tahun 2016 dan Anugerah Usahawan Asia Pasifik 2016 untuk sumbangannya dalam sektor e-perdagangan.

Ds2
Sumber: malaysian digest
Ds3
Sumber: malaysian digest

 

3. Dianugerahkan darjah kebesaran dari negeri Kedah

Berdasarkan laporan Infokini, Liow mendapat darjah kebesaran dari negeri Kedah pada tahun 2012 dan menggunakan gelaran “Dr.” pada kad bisnesnya.

Ds7
Sumber: infokini
Ds4
Sumber: facebook 廖顺喜

 

4. Liow telah menghadiri majlis-majlis yang turut mengundang individu yang berpengaruh

Dia turut menghadiri majlis-majlis yang juga dihadiri oleh Polis Inspektor Jeneral, Khalid Abu Bakar dan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup.

Ds6
Sumber: infokini
Ds5
Sumber: winner dynasty group

 

5. Liow telah menyumbang kepada beberapa badan kebajikan

Jutawan ini telah memberikan sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan ia telah diketengahkan di dalam laman web syarikatnya.

 

6. Liow didakwa cuba memberi rasuah kepada anggota-anggota RELA terbabit

Liow, melalui orang tengahnya cuba merasuah ketiga-tiga anggota RELA terbabit sebanyak RM10,000 seorang sehari sebelum penangkapan beliau dengan harapan mereka akan mengugurkan dakwaan terhadapnya.

The Star melaporkan Liow ingin berjumpa dengan Ketua Pengarah RELA Zulkifli Abidin serta mengugut untuk mencederakan anggota-anggota RELA sekiranya tidak dapat berjumpa dengannya, tetapi dilaporkan Liow gagal hadir perjumpaan itu apabila RELA menghantar Yang Berhormat anggota RELA, Datuk Michael Chong.

Ds8
Sumber: the sun daily

 

7. Liow didapati positif dadah sewaktu ditahan

Liow telah menyerah diri pada hari Isnin lalu dan telah disahkan positif dadah pada waktu itu. Polis sedang menyiasat sekiranya dia berada dalam pengaruh dadah sewaktu membelasah anggota-anggota RELA terbabit.

Ds9
Sumber: free malaysia today

Kes ini masih lagi dalam siasatan di bawah Seksyen 324 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan. Suspek akan direman sehingga Jumaat ini.

Boleh tahan latar belakang Datuk Seri ni. Pada umur 24 dah pun bergelar jutawan dan mendapat banyak anugerah yang hebat-hebat. 

Baca: Tiga Anggota RELA dipukul ‘Datuk Seri’ Di Jalan Ampang , Diberi Sijil Kepujian Kerana Sikap Professional

Ds10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.