Semakin hari semakin ramai yang sedar tentang genosid yang berlaku ke atas Palestin sekarang ini. Malah setiap hari tak putus-putus perkongsian yang dilakukan untuk saudara-saudara kita yang sedang bertarung nyawa menyelamatkan diri dari tentera rejim Israel seperti yang kita tengok di media sosial.
Macam yang korang tahu, kita juga turut membuat #blockout2024 bagi menyekat selebriti dan orang-orang berpengaruh yang sehingga kini masih memejam sebelah mata mereka dengan apa yang berlaku pada rakyat Palestin serta yang tak malu menyatakan sokongan mereka kepada Israel.
Namun begitu masih ada ramai selebriti yang menyokong Palestin dan kita dah pun pernah senaraikan siapa mereka ini, jadi kali ini, apa kata kita tengok pula senarai pemain bola yang terang-terangan memberikan sokongan mereka kepada Palestin.
1. Karim Benzema
Karim Benzema merupakan pemain bola profesional Perancis dan telah bermain sebagai penyerang untuk kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad. Selain itu, Benzema juga telah dikenali sebagai salah seorang penyerang terbaik sepanjang masa serta merupakan penjaring gol kedua terbanyak sepanjang masa untuk pasukan Real Madrid.
Pada 15 Oktober lalu, Karim telah menjadi antara pemain bola terawal yang menyatakan sokongan terhadap Palestin melalui akaun X peribadinya.
Doa kami untuk semua pelarian di Gaza yang sekali lagi menjadi mangsa pengeboman tidak adil yang tidak mengira wanita mahu pun kanak-kanak.”
2. Paul Pogba
Pemain bola sepak profesional Perancis Paul Pogba yang bermain untuk kelab Seria A Juventus kini sedang menjalani hukuman digantung selama empat tahun dari bermain bola sepak ekoran didapati positif mengambil testosterone.
Namun begitu, Pogba telah menggunakan Instagram untuk kongsikan video seorang kanak-kanak perempuan Palestin yang cedera, ketakutan dan kesakitan. Pogba meminta orang ramai untuk bangun dan berbuat sesuatu mengenai perkara ini.
3. Ibrahima Konaté
Ibrahima Konaté yang bermain sebagai pemain tengah untuk pasukan Liverpool serta pasukan negara Perancis ini telah berjaya memenangi Piala EFL dan Piala FL ketika di musim pertamanya sebagai pemain bola.
Di Instagram peribadinya, Konaté telah kongsikan template ‘All Eyes on Rafah’ bagi menyatakan sokongannya kepada Palestin.
4. Anwar El Ghazi
Pemain bola sepak Belanda yang bermain untuk kelab Mainz 05 Bundesliga sebagai pemain sayap dan pemain hadapan telah mengorbankan kerjayanya sebagai pemain bola apabila kelabnya ini telah membuangnya hanya kerana dia menunjukkan sokongan terbukanya kepada Palestin.
5. Christen Press
Pemain bola sepak Amerika dan seorang ahli perniagaan serta wartawan sukan Christen Press merupakan pemain bagi kelab Angel City FC dan pemain negara bagi pasukan Amerika Syarikat.
Di Instagram peribadi, Christen Press telah kongsikan satu perkongsian yang mengatakan bahawa dia menyokong bahawa Amerika Syarikat dan Israel bertanggungjawab di atas pembunuhan seramai lebih 36,000 rakyat Palestin dan meminta agar negaranya itu berhenti memberikan dana kepada tentera Israel dan menghentikan genosid.
6. Mesut Özil
Bekas pemain bola sepak profesional Jerman ini dikenali ramai sebagai salah seorang pemain tengah terbaik dalam generasinya.
Melalui X, Özil telah memuat naik status mendoakan keselamatan terhadap orang-orang di Palestin.
Ramadan sepatutnya menjadi bulan yang penuh dengan ibadah dan rasa rendah diri. Tapi, Ramadan di Palestin sekarang berlainan.
Mari kita doakan keselamatan saudara-saudara kita di Palestin.”
7. Eric Cantona
Bekas pemain bola sepak lagenda Eric Cantona yang juga merupakan seorang pelakon ini dikenali dengan kemahirannya menjaringkan gol dan pernah dinamakan sebagai Pelé pada senarai FIFA 100 untuk pemain bola sepak terhebat yang masih hidup.
Cantona merupakan penyokong Palestin selama bertahun-tahun dan masih menyatakan sokongan kuatnya terhadap Palestin.
Sumber: X