Tak semua orang beruntung dilahirkan kaya. Macam kebanyakan dari kita, perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan. Ada beberapa orang yang beruntung dapat pekerjaan yang memang diimpikan, tapi ada orang yang perlu hadap kerja yang mereka tak suka demi kelangsungan hidup.
Namun begitu, nak dibandingkan dengan kerja-kerja yang ada pada zaman sekarang ni, memang tak sama dengan zaman dulu. Malah, kalau korang tengok senarai pekerjaan yang paling teruk pernah wujud dalam sejarah, mesti korang rasa beruntung dengan apa yang korang ada sekarang ni.
Nak tahu apa pekerjaan paling teruk dalam sejarah? Jom baca dekat bawah ni.
1. Pembuat tali biola
Zaman dahulu, tugas membuat biola lebih mencabar dari apa yang kita tahu sekarang. Mana tidaknya, tali biola pada zaman dahulu diperbuat dari organ dalaman kambing biri-biri. Jadi boleh bayangkanlah apa yang perlu dihadapi oleh pembuat tali biola ni.
Nasib baik, kemajuan teknologi pada kurun ke-17, amalan ini kurang diamalkan. Namun begitu, sehingga hari ini masih ada beberapa pemuzik yang masih gemar menggunakan tali dari usus kambing ini kerana bunyi yang dihasilkannya.
2. Penangkap tikus
Pada tahun 1800-an, tikus telah mendapat reputasi sebagai penyebar penyakit utama. Jadi, beberapa orang pada zaman Victoria ini telah terpaksa membuat pekerjaan menangkap tikus.
Penangkap tikus profesional ini akan menggunakan minyak untuk menarik perhatian tikus sebelum menangkap dan membunuh tikus-tikus tersebut menggunakan tangan mereka sendiri.
3. Pembuat mancis
Membuat mancis ni boleh dikatakan bukan satu pekerjaan yang sukar, orang-orang yang terlibat dalam pembuatan mancis hanya perlu merendam cebisan kayu ke dalam larutan fosforus. Namun begitu, pendedahan terhadap wasap dari larutan tersebut boleh mendatangkan satu penyakit teruk yang kemudiannya dikenali sebagai osteonekrosis rahang.
Ketika abad ke-19 dan 20, individu yang mendapat penyakit ini akan mengalami nanah yang teruk pada rahang bahagian gusi sehingga rahang mereka perlu dibuang.
4. Penyamak kulit
Semasa era Victoria, kulit haiwan yang mahu digunakan untuk membuat sesuatu telah dibersihkan dengan merendamnya ke dalam kapur, membuang lemak pada kulit sebelum merendam kulit tersebut di dalam najis anjing untuk menjadikan ia tahan lama.
Tapi, teknik pembersihan zaman sekarang tak lagi seperti ini namun pusat penyamakan kulit seperti di Fez, Maghribi masih mengekalkan cara tradisional ini. So korang boleh imagine lah macam mana bau dia kat sana.
5. Penggali mayat
Pada abad ke-19, pengajian perubatan telah menyaksikan kemajuan yang pesat. Disebabkan ini, saintis pada era tersebut telah bergantung kepada penggali mayat untuk menggali kubur orang yang telah mati bagi melakukan kajian saintifik ke atasnya.
Walaupun perkara ini salah di sisi undang-undang, pekerjaan tersebut mendapat pulangan yang lumayan sehinggakan ada di antara mereka yang sanggup membunuh untuk memenuhi permintaan saintis!
6. Pengutip muntah
Orang Rom pada zaman dahulu terkenal dengan parti-parti besar dan mewah, di mana mereka akan makan dan minum dengan banyak untuk meraikan sesuatu.
Apabila perut mereka penuh, mereka kemudiannya akan muntah dengan sengaja untuk mendapatkan ruang yang lebih pada perut untuk makan dengan lebih banyak. Jadi disebabkan ini, dorang akan bergantung harap kepada pengutip muntah untuk mengosongkan dan membersihkan baldi muntah mereka.
7. Penjaga najis raja
Dah tentunya, pekerjaan paling menjijikkan pernah wujud adalah peranan yang dicipta ketika pemerintahan Henry VIII, iaitu melihat dan menolong pembuangan air besar raja.
Perkataan ‘najis’ merujuk kepada jamban mudah alih yang perlu diangkat ke mana-mana sahaja bersama-sama air, kain dan tempat basuh tangan. Bagi memastikan tugas penjaga najis raja ini dijalankan dengan efisyen, mereka juga perlu memantau makanan dan masa makan raja yang dijaga supaya dapat meramal masa untuk raja mereka membuang air besar.
Lebih menghairankan, biasanya jawatan ini diberikan kepada anak-anak bangsawan atau ahli-ahli bangsawan yang kemudiannya dibayar dengan ganjaran yang tinggi serta mendapat kelebihan lain seperti dapat menginap di istana, dapat pakaian lama raja atau barang-barang terpakai lain.
Di antara raja yang paling suka dengan peranan ini merupakan Raja George III. Ini kerana, ketika pemerintahannya dia telah melantik seramai sembilan orang penjaga najis dan salah seorangnya merupakan John Stuart yang kemudiannya telah dilantik menjadi Perdana Menteri Great Britain.
Sumber: Stars Insider