in

7 Kucing Kesayangan Mangsa Kebakaran Bersiri Di Baling Rent*ng

kebakaran baling 7 ekor kucing rentung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suspek kes kebakaran bersiri di daerah Kupang, Baling yang melibatkan 9 buah rumah terbakar mendakwa dirinya sering dibuli di tempat kerja dan dipulaukan penduduk menjadi punca dia bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, mangsa kebakaran menafikan bahawa mereka ada membuli selain mendakwa tidak mengenali suspek.


Artikel berkaitan: Misteri Terjawab, Dendam Sering Dibuli Di Tempat Kerja Punca Lelaki B*kar 9 Rumah Di Baling

7 ekor kucing kesayangan mangsa rentung

Susulan kejadian malang itu, salah seorang mangsa menyatakan dia bukan sahaja hanya tinggal sehelai sepinggang, malah terpaksa menerima hakikat bahawa tujuh ekor kucing kesayangannya rentung.

Adnan Hasan, 40, berkata, dia tidak mengenali pelaku kes tersebut kerana tinggal di kampung berlainan.

WhatsApp Image 2025 01 23 at 18.12.37

“Saya tidak bekerja di kilang getah. Kenapa rumah saya menjadi sasaran? Rumah pusaka berusia 100 tahun yang saya diami selama ini musnah dalam sekelip mata sehingga kerugian lebih RM300,000.

“Ketika kejadian, saya dan isteri berada di Kuala Perlis kerana mahu ke Langkawi. Selain harta benda, tujuh ekor kucing dalam sangkar juga rentung,” katanya.

Jelas isteri Adnan, Nurul Atiqah Shafie, 38, sangkar kucing mereka berhampiran motosikal yang dibakar suspek, jadi tidak sempat diselamatkan jiran kerana api marak menyambar rumah kayu tersebut.

“Sebaik sampai di rumah, saya dan suami mendapati tujuh ekor kucing yang diberi nama Citot, Ireng, Owa, Oyo, Mek, Jahe, dan Ginger bergelimpangan dan rentung.

“Kucing-kucing itu terperangkap. Saya tidak dapat membayangkan seksanya sebelum mati, hanya Joker, Lola, Omok, Dobby yang sempat selamatkan diri.”

Katanya, mereka masih lagi bersedih mengenangkan nasib kucing-kucing tersebut.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.