in

7 Insiden Mengerikan Yang Pernah Berlaku Di Set Penggambaran

Collage 12

Bila bercakap tentang dunia perfileman, dalam fikiran kita mesti bayangkan kehidupan glamour selebriti-selebriti yang sentiasa dilihat mewah dan macam senang je.

Pun begitu, proses pembikinan filem ni bukanlah sesuatu yang mudah, malah boleh dikatakan bahaya bila aspek keselamatan diambil enteng. Buktinya, terdapat beberapa insiden yang telah berlaku ketika di set penggambaran melibatkan kemalangan sehinggalah kematian yang mengerikan.

Daripada kemalangan lagak ngeri kepada kegagalan teknikal, senarai dekat bawah ni akan menunjukkan bahawa walaupun dalam dunia rekaan, realiti disebaliknya tetap boleh membuatkan kita tak senang duduk. Jom!

Artikel berkaitan: Insiden Paragon Mall: Ini 3 Kes Pembunuhan Rambang Yang Pernah Berlaku Di Thailand Dari 2020-2023

Artikel berkaitan: 7 Kisah Hitam Disebalik Filem Disney, Rupanya ‘Happy Ending’ Tak Wujud Pun!

1. The Crow

Mv5Bzdnmztm4Odqtndg1Ni00Zwfilwfizjatzmy3Ntmzzwzimtkwxkeyxkfqcgdeqxvyodk4Otc3Mty@. V1

Brandon Lee, anak kepada pelakon dan artis seni mempertahankan diri Bruce Lee telah terbunuh di set ketika penggambaran filem adiwira The Crow.

Insiden ngeri ini berlaku ketika Brandon sedang melakonkan babak di mana karakternya dalam filem ini akan dibunuh oleh samseng. Pelakon, Michael Massee telah menembak Brandon di dada dengan pistol prop sehingga lelaki ini terjatuh ke belakang dan bukannya ke depan seperti yang tertulis di dalam skrip.

Apabila Brandon tak bangun selepas pengarah menjerit “cut”, krew perfileman di sana menyangkakan bahawa pelakon muda itu sedang membuat lawak. Tapi selepas seorang pelakon lagak ngeri, Jeff Imanda perasan yang pernafasan Brandon dah jadi tercungap-cungap dan tak sedarkan diri, dia telah dikejarkan ke hospital berdekatan.

Brandon Lee disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital.

2. The Exorcist

Safkzpv.0

Filem The Exorcist ni bukan sahaja berjaya menimbulkan ketakutan kepada penonton selama berdekad-dekad malah ia turut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap pelakon dan krew filem ini.

Mana tidaknya, ketika di awal penggambaran, set filem ini telah hangus terbakar selepas seekor burung terbang ke dalam kotak fius sehingga menyebabkan litar pintas. Tapi apa yang menyeramkan, bilik di mana eksorsisme dijalankan tak terbakar langsung dan seperti tak disentuh orang.

Tak cukup dengan itu, pelakon Elle Burnstein dan Linda Blair juga turut mengalami sakit belakang yang serius gara-gara berlaku kegagalan mekanikal semasa penggambaran dijalankan.

3. Twilight Zone: The Movie

Twilight Zone The Movie.jpg

Ketika penggambaran filem Twilight Zone: The Movie pada tahun 1983, pelakon Vic Morrow dan dua pelakon kanak-kanak Myca Dinh Le dan Renee Shin-Yi Chen telah terbunuh di dalam kemalangan helikopter yang berlaku disebabkan penggunaan letupan yang tidak betul.

Kesan dari letupan pyrotechnics tersebut telah menyebabkan helikopter yang digunakan dalam filem ini telah berpusing dan terhempas ke atas tiga pelakon ini.

Akibatnya, kepala Vic Morrow dan Myca Dinh Le telah terputus kerana kipas helikopter manakala Renee pula dihempap oleh topang helikopter.

Ekoran dari kejadian ini, pengarah segmen tersebut John Landis telah dibicarakan atas kesalahan membunuh tanpa niat namun dibebaskan selepas menjalani perbicaraan lebih sepuluh tahun.

4. Vampire In Brooklyn

Wanda Sapp Watching Video Of Her Daughter Stuntwoman Sonja News Photo 1675798025

Ketika penggambaran filem kultus klasik Vampire In Brooklyn, Sonja Davis yang menjadi stunt double untuk pelakon filem Angela Basset telah meninggal dunia selepas terjatuh dari ketinggian 40 kaki ketika melakonkan aksi babak ngeri.

Disebabkan ini, keluarga Sonja Davis telah mendakwa produksi filem tersebut tidak memberikan alat keselamatan yang betul untuk pelakon ini dan menyaman mereka sebanyak US$10 juta.

5. Rust

Newspress Collage 19883627 1634897181888.Png

Pada 21 Oktober 2021, ketika penggambaran filem Rust, pelakon Alec Baldwin telah melepaskan tembakan dari pistol prop sehingga menyebabkan kematian ahli sinematografi terkenal Halyna Hutchins dan mencederakan pengarah Joel Souza.

Disebabkan ini, pelakon Alec Baldwin dan pembantu produksi Hannah Gutierrez-Reed telah didakwa atas kesalahan membunuh tanpa niat.

Bukan tu je, beberapa minggu selepas insiden tragik ini, salah seorang krew produksi Jason Miller telah disengat labah-labah ketika di set penggambaran yang sama dan telah dibawa ke hospital selepas mengalami sepsis dan nekrosis yang menyebabkan dia perlu menjalani pembedahan bagi mengelakkan tangannya dipotong.

6. Maza Runner: The Death Cure

636524260069652662 Tc 1910 V0048 Grd031 R709.00001144.Jpg

Ketika menjalani penggambaran ketiga filem Maze Runner, pelakon Dylan O’Brien telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan serius semasa melakonkan salah satu babak aksi.

Pelakon ini enggan menceritakan perkara sebenar yang berlaku mengenai kemalangan yang menimpa dirinya itu namun mengatakan yang dia telah dilanggar oleh sebuah kereta sehingga menyebabkan kecederaan di kepala, gegaran dan retak di bahagian muka.

Kecederaan yang dialami oleh Dylan ini terlalu teruk sehinggakan dia mengambil masa enam bulan untuk pulih dan turut terfikir untuk bersara terus dari industri hiburan.

7. Top Gun

C49Ab310 43E5 4C11 9Ec2 6C53F74Dccac.jpg

Pelakon juruterbang lagak ngeri berpengalaman, Art Scholl telah terbunuh di dalam nahas kapal terbang semasa menjalani penggambaran filem Top Gun pada tahun 1985.

Kejadian ini berlaku apabila Art dikatakan gagal mengawal pesawat yang dibawanya sehingga menyebabkan ia berpusing dan terhempas ke dalam lautan Pasifik sekaligus menyebabkan dia hilang komunikasi dengan krew produksi.

Mayat Art Scholl dan pesawat yang dibawanya itu tak dapat ditemui sehingga ke hari ini.

Sumber: Esquire