Sejak beberapa hari ini, series Squid Game yang mempunyai sembilan episod di Netflix telah menjadi bualan ramai netizen di media sosial. Rata-rata mereka yang dah habis tengok kesemua episod memang kata series tu cukup mendebarkan dan ending pun tak mengecewakan.
Namun, penonton tegar series ini juga perlu tahu fakta behind the scenes atau BTS tentang drama bersiri dari Korea Selatan ni. Jadi, kali ini kami kongsikan dengan anda tujuh fun facts yang akan buat korang nak rewatch balik siri ini.
#1 Uniform seragam dalam Squid Game melambangkan identiti dan individuality peserta telah dipadam
Menurut The Smart Local, pengarah drama bersiri ini iaitu Hwang Dong-hyuk mengatakan gym tracksuit bewarna hijau yang dipakai oleh peserta itu sengaja dipilih sebab ia mengingatkannya pada baju yang dipakai oleh pelajar sekolah ketika zaman remajanya dulu.
Uniform warna pink yang dipakai oleh askar pula digunakan untuk buat peserta tu rasa macam takut atau terancam dalam permainan tu.
#2 Tajuk asal series ni bukan Squid Game sebaliknya ialah ‘Round Six’
Untuk pengetahuan semua juga, tajuk asal drama bersiri ni sebenarnya Round Six dan menurut pengarahnya juga, inspirasi untuk buat cerita ni datang daripada sebuah komik Korea (manhwa) yang pernah dibacanya.
#3 Skrip series ini telah siap pada 2009 lagi
Walaupun skripnya dah selesai ditulis 12 tahun lepas, drama bersiri ini hanya mulakan penggambaran pada tahun lalu. Hwang Dong-hyuk mendedahkan dalam satu sidang media Netflix baru-baru ini bahawa sebelum ini, ramai yang berpendapat cerita macam ni pelik dan ganas.
https://www.instagram.com/p/CT9JxH-r0zF/?utm_medium=copy_link
Jadi, pada ketika tu, sukar untuk dia tarik pelakon untuk bersetuju sertai projek tersebut.
#4 Penggambaran dilakukan di set yang berskala besar
Mungkin ada yang ingat drama ni dibuat di set yang tipu-tipu atau guna kesan CGI je. Punyalah komited semua kru ni, dorang buat set penggambaran tu memang dengan sangat terperinci. Pengarah drama ni mengatakan,
Saya mahu set kelihatan realistik dan kesan CGI digunakan seminimal yang mungkin,” katanya.
Patung kanak-kanak gergasi tu pun memang bersaiz besar macam tu di dunia nyata. Boleh tengok video YouTube ini kalau nak tahu lebih lanjut tentang di sebalik tabir drama ini.
#5 Ada 456 orang yang ambil bahagian dalam permainan pertama series ini
Yang hebatnya juga, kesemua 456 orang yang join game Red Light, Green Light dalam episod pertama series ni merupakan pelakon sebenar dan bukannya CGI.
#6 Petunjuk penting untuk memenangi permainan sebenarnya telah didedahkan
Bagi min, benda ni yang paling mindblown sekali sebab clues untuk para peserta menang pertandingan ni tanpa perlu membunuh antara satu sama lain sebenarnya ada pada dinding dorm yang dorang duduk tu je.
https://twitter.com/sunacode/status/1440758878040301569?s=21
Pada dinding berkenaan, terdapat lukisan yang menyerupai ilustrasi yang selalu ada dalam buku cerita kanak-kanak. Mungkin dorang nak ajar kita yang menonton ni untuk selalu perhatikan keadaan sekeliling kita dan jangan fokus dengan apa yang ada kat depan mata je.
#7 Tangga warna-warni dalam episod pertama diinspirasikan daripada Escher’s Relativity
Mesti korang perasan tentang kewujudan tangga yang colourful ketika episod pertama series ini. Rupanya, rekaan tangga tu dikatakan telah diinspirasikan daripada sebuah seni lithograph yang bertajuk Escher Relativity milik M.C Escher.
Seni tersebut menggambarkan sebuah dunia di mana tarikan gravitinya tak sama dengan yang di dunia nyata. Kalau tengok lama-lama, tangga dalam Squid Game tu juga seakan sama macam tangga di Hogwarts dalam filem Harry Potter kan.
https://www.instagram.com/p/CUMtU9Xh6Ha/?utm_medium=copy_link
Jadi, untuk korang yang belum tonton series Squid Game ni, baik korang pergi tengok sekarang sebab confirm tak akan menyesal punya lah.
Sumber: KPOP POST, The Smart Local, Instagram @netflixkr
Baca: Wanita Jelaskan Terjemahan Sebenar Lagu ‘Red Light, Green Light’ Dalam Series Squid Game