Banyak filem hantu Jepun berikan inspirasi kepada pembikin-pembikin filem di seluruh dunia. Malah Hollywood sendiri banyak buat balik filem-filem hantu Jepun ni macam Ringu dan Ju-On.
Jadi pada artikel kali ni, kita akan senaraikan beberapa filem hantu jepun paling seram pernah ditayangkan. Korang tengok filem ni atas risiko sendiri okay? Kalau tak boleh tidur jangan cari min.
1. Sadako vs Kayako (2016)
Korang mesti pernah tengok filem Jepun ikonik Ring dan The Grudge kan? Kalau korang nak tahu hantu mana yang lagi kuat, korang kena tengok filem ni!
Filem ini mengisahkan tentang Natsumi, seorang wanita yang telah melihat rakaman video sumpahan Sadako dan hanya menunggu masa untuk Sadako datang bunuhnya. Bagi menyelamatkan dirinya, Natsumi cuba untuk gaduhkan Sadako dengan Kayako, hantu yang tinggal di rumah berhantu dengan harapan dua hantu ni akan bunuh satu sama lain sekaligus memusnahkan sumpahan tersebut.
2. Dark Water (2002)
Filem ini merupakan cerita klasik yang diadaptasi dari novel Koji Suzuki. Walaupun Hollywood ada remake filem ni, cerita asalnya memang jauh lagi seram okayyy.
Ia mengisahkan tentang seorang ibu tunggal, Yoshimi yang sedang melalui fasa penceraian. Bagi membuktikan yang dia mampu menjaga anak perempuannya, wanita ini telah membawa anaknya berpindah ke satu bangunan. Gangguan mula berlaku apabila terdapat kebocoran muncul di siling rumah dan rambut hitam keluar dari kepala paip. Bukan tu je, hantu budak dalam filem ni seram yaaaa.
3. Tag (2015)
Filem ini merupakan filem seram Jepun yang sangat underrated!
Ia mengisahkan tentang seorang pelajar sekolah, Mitsuko di dalam bas bersama rakan-rakan sekelasnya sebelum kesemua rakannya terbelah dua oleh akibat kemalangan yang berlaku menjadikan dia satu-satunya yang terselamat. Mitsuko perlu berjuang untuk nyawanya serta cari tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cerita ni sangat violent tau, so jangan tengok dengan anak-anak pulak!
4. Corpse Party (2015)
Filem ini diadaptasikan dari sebuah permainan video seram dengan nama yang sama.
Ia mengisahkan tentang sekumpulan pelajar sekolah yang melakukan upacara yang dipanggil “Sachiko Ever After” untuk memastikan yang mereka akan kekal berkawan selamanya. Namun begitu, mereka telah “diangkut” ke sebuah sekolah asrama berhantu yang penuh dengan roh-roh jahat. Sachiko pula merupakan hantu psikotik yang merupakan seorang kanak-kanak memakai dress merah. Apa sebenarnya yang berlaku dekat sekolah tu?
5. Kuchisake-onna (2017)
Filem ini dibuat berdasarkan hantu urband legend di Jepun Kuchisake-onna. Iaitu hantu bermulut koyak yang membunuh mangsanya dengan menggunting mulut mereka menggunakan gunting.
Filem ini mengisahkan seorang guru, Noboru yang cuba menyelesaikan misteri kehilangan kanak-kanak sebelum dia sedar bahawa Kuchisake-onna merupakan penyebab disebalik kehilangan tersebut. Ketika ini juga, Noboru turut menyedari yang dia ada kaitan dengan hantu ni!
6. Hell Girl (2019)
Hell Girl ini diadaptasikan dari cerita anime dan manga. Ia mengisahkan tentang laman web paranormal yang mengganggu orang-orang yang boleh layari laman web ini sekiranya mereka mempunyai dendam yang kuat pada seseorang. Ia menawarkan orang ini untuk mengganggu orang yang mereka dendam dengan menghantarnya ke neraka. Tapi, pelanggan yang mahu membuat perkara ini juga perlu ke neraka di akhir kehidupan mereka.
7. Audition (1999)
Audition mengisahkan tentang seorang duda yang telah membuat ujibakat untuk mencari isteri baru dan jatuh cinta dengan seorang wanita bernama Asami. Tapi, di rumah Asami terdapat satu guni misteri yang kadang-kadang akan bergerak secara tiba-tiba. Untuk orang yang mengenali Asami, dorang akan hilang secara tiba-tiba atau hilang sebahagian daripada anggota badan. Misteri…
Filem ini pada awalnya bermula macam filem romantik sebelum ia berubah 180 darjah!
Korang dah ready ke nak tengok filem-filem ni?
Baca: 5 Filem Seram Yang Dinasihatkan Untuk Tidak Ditonton Seorang Diri Meskipun Pada Waktu Siang