Tak lama lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-66. Sebagai rakyat Malaysia, korang rasa korang tahu tak semua benda pasal negara kita ni?
Dekat bawah ni, korang boleh baca beberapa fakta menarik tentang Malaysia yang mungkin ada antaranya yang korang memang tak pernah tahu. Jom asah korang punya pengetahuan dengan baca artikel dekat bawah ni!
1. Jalur Gemilang direka oleh seorang arkitek
Kalau korang nak tahu, bendera Malaysia atau Jalur Gemilang ini telah dicipta oleh seorang arkitek dari Johor bernama Mohamed bin Hamzah selepas menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Majilis Perundangan Persekutuan yang disertai oleh 373 penyertaan dari karyawan di seluruh negara.
2. Lagu ‘Negaraku’ diambil dari lagu negeri Perak
Sebelum menyambut kemerdekaan, Malaysia tidak mempunyai lagu kebangsaan dan disebabkan ini, Tunku Abdul Rahman yang pada ketika itu memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Negeri telah menganjurkan pertandingan untuk mencari lagu kebangsaan.
Selepas mendapat sebanyak 512 penyertaan, tak ada satu pun yang dirasakan sesuai sehingga beliau memilih untuk mengambil lagu negeri Perak bertajuk ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’ dan menulis lirik baru untuk ‘Negaraku’.
3. Aurea Chersonesus
Apa tu? Ha kalau korang nak tahu Aurea Chersonesus ini merupakan nama Malaysia tertua tau! Nama ini diberikan oleh seorang ahli geografi, Ptolemy yang bermaksud “semenanjung emas”. Nama ini telah ditemui dalam buku Ptolemy yang ditulis pada 150 Tahun Masihi. Ha berbelit nak nyebutnya!
4. Borneo merupakan pulau ketiga terbesar di dunia
Berukuran lebih 743,000km persegi, Pulau Borneo yang dikongsikan di antara Sabah, Sarawak, Brunei dan Indonesia ini merupakan pulau ketiga terbesar di dunia selepas Greenland dan New Guinea tau. Ia juga rumah kepada hutan hujan terbesar di dunia.
5. Jam di Malaysia telah ditukar sebanyak LAPAN KALI
Perubahan pertama dibuat pada 1932 apabila jam dicepatkan kepada 20 minit untuk memanjangkan waktu siang, kemudian pada 1941, masa dipercepatkan lagi 10 minit dan di 1942 ia dipercepatkan kepada 2 jam untuk mengikut waktu Tokyo.
Tapi, pada 1945 kita telah kembalikan jam mengikut tahun 1941 dan kali terakhir pada 1 Januari 1982, Tun Mahathir telah membuat perubahan terakhir dengan mempercepatkan masa kepada 30 minit untuk samakan dengan Sabah dan Sarawak dan langkah ini turut diikuti oleh Singapura pada hari yang sama.
6. Malaysia ada roundabout terbesar di dunia
Kalau korang nak tahu, roundabout terbesar di dunia terletak di Malaysia tau! Korang tahu tak kat mana? Bulatan ini dinamakan Perisaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya, ia berukuran 2.2 batu dan berdiameter 3.5km.
7. Panjang highway Malaysia lagi panjang dari ukur lilit bumi
Seriouslahhhh… Secara keseluruhannya, Malaysia mempunyai lebuhraya berjumlah 65,877km tapi ukur lilit bumi baru je 40,075km. Maknanya kalau kita jalan straight je lagi cepat sampai dari berbelit-belit ikut highway kan?
Sebenarnya ada banyak lagi fakta menarik tentang Malaysia, kalau nak tulis semua sampai hari Merdeka pun tak habis baca. Antara semua ni, yang mana korang paling tak tahu langsung?
Baca: “Ni baru rehearsal” – Netizen ‘Goosebump’ Tengok Raptai Penuh Hari Kemerdekaan Tahun Ini