in

7 Bencana Kapal Terbang Paling Maut Di Dunia Termasuk Dua Penerbangan Malaysia!

Collage 7 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menaiki pesawat boleh dikatakan sebagai salah satu pengangkutan yang paling selamat sekali di dalam dunia. Namun begitu, terdapat beberapa tragedi kapal terbang yang telah membunuh ramai orang pernah berlaku sehingga pihak berkuasa terpaksa meneliti semula keselamatan ketika penerbangan.


Dari pelanggaran ketika di atas udara sehinggalah kebakaran yang berlaku dalam kapal terbang, dekat bawah ni adalah senarai bencara kapal terbang paling maut di dalam dunia dan sekaligus mengubah keselamatan dalam penerbangan. Jom tengok

1. Pesawat Nepal terhempas

1673763963 Yetiairlinescrashed1

Pesawat ATR 72 yang dikendalikan oleh syarikat swasta Yeti Airlines telah terhempas sebelum melakukan pendaratan di bandar Pokhara pada 15 Januari 2023 merupakan salah satu bencana penerbangan paling teruk pernah berlaku di Nepal.

Tragedi ini telah membunuh kesemua orang yang berada dalam penerbangan tersebut iaitu seramai 72 orang termasuk dua bayi, empat kru dan 15 pelancong asing.

Menurut laporan yang dikeluarkan selepas siasatan, tragedi ini berlaku disebabkan juruterbang telah tersilap memotong kuasa yang menyebabkan aerodinamik tergendala.

2. Tragedi MH17

Par7939498

Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang dijadualkan bergerak dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Ukraine membunuh kesemua 298 penumpang.

Pada tahun 2022, mahkamah Belanda mendapati tiga lelaki bersalah kerana membunuh kesemua penumpang tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas rakyat Rusia, Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan rakyat Ukraine, Leonid Kharchenko.

3. Bencana Pesawat India 182

Dvq2W3A4G5Fkxi5H3Yhz3Nv3Be

Pesawat Air India 182 yang membawa penumpang dari Montreal-London-Delhi-Bombay pada 23 Jun 1985 telah hancur berkecai di Lautan Atlantik selepas meletup ketika di udara ekoran bom yang diletakkan oleh pengganas Sikh Kanada.

Letupan ini telah membunuh kesemua 329 penumpang di dalam pesawat tersebut termasuk 286 rakyat Kanada, 27 rakyat British dan 24 rakyat India.

Pengeboman kapal terbang Air India 182 ini merupakan serangan pengganas paling teruk pernah berlaku dalam sejarah Kanada dan pelakunya dipercayai merupakan seorang rakyat Bristih-Kanada Inderjit Singt Reyat dan seorang Singh Kanada, Talwinder Singh Palmer yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Babbar Khalsa.

4. Pesawat Air France 447

2842.Jpg

Pesawat Air France 447 dijadualkan membawa penumpang dari Rio de Janeiro ke Paris pada 1 Jun 2009. Penunjuk kelajuan udara yang tidak konsisten dan salah faham ketika berkomunikasi telah menyebabkan juruterbang telah hilang kawalan dan terhempas ke dalam lautan pasifik dan membunuh kesemua 228 penumpang dan kru.

Tentera laut Brazil telah menemui bangkai pesawat pertama dan dua mayat selepas insiden tersebut dan hanya menemui rakaman pesawat dua tahun selepas insiden berlaku.

5. Tragedi Lapangan Terbang Tenerife

Images 4 5

Tragedi Lapangan Terbang Tenerife merupakan insiden yang paling banyak meragut nyawa dalam sejarah penerbangan. Insiden ini berlaku apabila dua pesawat jenis 747 iaitu KLM dan PanAm telah berlanggar antara satu sama lain di landasan lapangan terbang Tenerife.

Sebenarnya, kedua-dua kapal terbang ini tak sepatutnya berada di sana, tapi aktiviti pengganas di lapangan terbang asal telah menyebabkan mereka perlu berada di sana.

Kabus tebal, masalah dengan penghantar dan salah faham yang berlaku di antara juruterbang dan pusat kawalan telah menyebabkan KLM berlepas tanpa kebenaran sementara Pan Am masih berada di atas landasan di jalan keluar yang salah kerana juruterbang tak boleh membaca papan tanda di dalam kabus.

Beberapa kesilapan ini telah menyebabkan kesan domino dan pelanggaran di antara dua pesawat dan membunuh kesemua penumpang di dalam KLM dan Pan Am iaitu seramai 578 orang. Tragedi ini menjadikan insiden penerbangan dengan kematian paling banyak dalam sejarah.

6. MH370

160526 Mh370 Actual Jet 0352

Malaysia Airlines 370 yang membawa seramai 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing secara tiba-tiba telah hilang dari radar pada 8 Mac 2014. Sehingga hari ini, kehilangan kapal terbang masih menjadi misteri dan menyebabkan banyak teori tentang apa yang berlaku tular di media sosial.

Komunikasi terakhir pesawat ini dengan menara kawalan trafik adalah 38 minit selepas perlepasan ketika ia berada di atas Laut Cina Selatan. Melalui sistem radar utama tentera Malaysia, dapat dilihat pesawat ini telah menukar arah dari laluan sebenar.

Pencarian kapal terbang ini juga telah menjadi pencarian termahal dalam sejarah penerbangan di mana fokus pencarian dibuat di Laut Cina Selatan dan Lautan Andaman.

7. Pelanggaran udara Charkhi Dadri 1996

Dq

Pada 12 November 1996, Saudia Flight 762 yang dalam perjalanan dari Dekhi, India ke Dhahran, Arab Saudi dan pesawat Kazakhstan Airlines 1907 yang dalam perjalanan dari Chimkent Kazakhstan ke Delhi telah bertembung di atas bandar Charkhi Dadri.

Pelanggaran ini telah membunuh kesemua 349 penumpang di dalam kedua-dua penerbangan ini dan merupakan pertembungan udara paling maut dalam sejarah India.

Laporan siasat menemui bahawa punca pelanggaran ini berlaku ekoran kegagalan kru Kazakh untuk mengekalkan altitud yang betul. Selain itu beberapa faktor lain termasuklah kurang fasih berbahasa Inggeris di dalam kokpit Kazakh telah menyebabkan salah faham terhadap arahan yang diberikan oleh pusat kawalan udara.

Sumber: Times of India

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.