in

7 Bangunan Di Dunia Dengan Rekaan Unik, Macam Mana Mereka Bina?

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kata orang, cita-cita seorang arkitek adalah mimpi ngeri buat jurutera. Seperti yang kita tahu, tugas seorang arkitek adalah untuk mencipta rekaan bangunan sebelum ia dibina.

Sesetengah arkitek yang kreatif dan ‘gila’ akan mereka lukisan bangunan yang unik dan kadang kala tidak masuk akal. Tugas jurutera pula adalah untuk merealisasikan impian rekaan arkitek tadi. Boleh bayangkan betapa stres dan sukarnya tugasan seorang jurutera?


Di dalam dunia ini, banyak binaan dan bangunan yang unik dan cantik rekaannya. Kadang kala membuatkan kita semua terfikir, bagaimana mereka boleh terdetik untuk membina bangunan dengan sedemikian rupa.

Untuk itu, ayuh kita lihat senarai bangunan yang unik yang pernah direka oleh manusia. Berikut adalah 7 bangunan tersebut:

1. Nativity of the Giraffe – Paris, Perancis

1 4

Direka oleh Hondelatte Laporte Architectes, bangunan unik ini siap dibina pada tahun 2012. Fungsi utama bangunan ini adalah sebagai pusat jagaan kanak-kanak.

Bangunan ini mempunyai beberapa arca haiwan termasuk patung zirafah gergasi yang dilihat sepergi berjalan melalui bangunan itu. Menurut arkitek disebalik rekaan ini, idea disebalik arca itu adalah untuk merangsang imaginasi dan kreativiti kanak-kanak di situ.

2. The Dubai Frame – Dubai, UAE

2

Direka seperti bingkai gambar yang digunakan oleh kita semua, The Dubai Frame memecah rekod sebagai bingkai gambar terbesar di dunia dengan ketinggian 150 meter dan lebar 105 meter.

Seni bina ini diilhamkan oleh Fernando Donis, yang merasakan Dubai tidak memerlukan pencakar langit lagi. Sebaliknya, Dubai memerlukan mercu tanda yang melambangkan masa lalu dan masa hadapan bandar itu.

3. Atomium – Brussels, Belgium

3 4

Siapa yang pernah belajar subjek Kimia pasti pernah melihat rekaan bangunan ini. Direka oleh Andre Waterkeyn dan Jean Polak, bangunan ini diilhamkan daripada bentuk atom.

Bangunan ini menampilkan sembilan sfera bersalut keluli tahan karat yang berambung, di mana enam daripadanya boleh diakses oleh orang ramai. Bangunan ini berfungsi sebagai muzium.

4. Ilinden – Macedonia

4 6

Ilindn ialah sebuah monumen yang direka oleh artis Jordan Grabuloski dan Iskra Grabuloska. Bangunan yang siap dibina pada tahun 1974 ini didedikasikan untuk para pejuang yang mengambil bahagian dalam pemberontakan Ilinden pada tahun 1903, serta untuk askar Perjuangan Pembebasan Kebangsaan Macedonia 1941 – 1943.

Di dalam kubah itu, terdapat makan presiden Republik Krusevo Nikola Karev, serta pautng penyanyi Tose Proeski.

5. Lembaga Kemajuan Perikanan Negara – Hyderabad, India

5 6

Bangunan berbentuk ikan gergasi ini adalah pejabat wilayah untuk Lembaga Kemajuan Perikanan Negara India, yang terletak di Hyderabad.

Bangunan yang siap dibina pada tahun 2012 itu diilhamkan oleh Frank Gehry. Menariknya tentang bangunan ini, ia tidak berbau hanyir meskipun berbentuk ikan.

6. Pusat Pameran Bandar Pelancongan Budaya Wuxi Wanda – Wuxi, China

6 2

Bangunan berbentuk teko gergasi ini merupakan pusat pameran yang direka untuk memperkenalkan adat tempatan kepada pengunjung.

Struktur bangunan yang berputar membolehkan ia berfungsi sebagai roda ferris, taman air dan roller coaster mikro.

7. Dancing House – Prague, Republik Czech

7 2

Dancing House direka oleh Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry pada tahun 1992, dan siap pada tahun 1996. Ia berfungsi sebagai bangunan untuk Nationale-Nederlanden, sebuah syarikat insurans Belanda.

Kredit: Architecture & Design

BACA: Rahsia Disebalik Jambatan Port Dickson, Betul Ke Untuk Laluan Orang Bunian?

Cats 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.