Hari Sabtu ni (12 Ogos) rakyat Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan keluar untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri bagi memilih wakil Dewan Undangan Negeri.
Seramai 570 calon dari sembilan parti akan bertanding untuk merebut kerusi DUN dengan seramai 9.7 juta rakyat Malaysia yang dijangkakan akan keluar mengundi. Tapi kan dah mengundi haritu, kenapa kena mengundi lagi?
Jadi untuk korang yang tak berapa pasti apa sebenarnya PRN ni, jom tengok dekat bawah perkara yang korang kena tahu sebelum keluar mengundi Sabtu ni.
1. Apa perbezaan PRN dan PRU?
PRN dibuat bagi memilih ahli untuk DUN serta menentukan kerajaan negeri yang diketuai oleh Menteri Besar Manakala Pilihan Raya Umum (PRU) dibuat untuk memilih Ahli Parlimen dan parti mana yang akan mengetuai kerajaan persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri.
Walaupun parti yang sama akan bertanding untuk PRN dan PRU agak jarang untuk kita tengok calon yang sama menjadi wakil rakyat dan ahli parlimen.
Parti yang menang dalam PRN akan mencalonkan menteri besar yang dilantik oleh Sultan. Manakala jawatan perdana menteri pula akan dipilih oleh Agong.
2. Kenapa 6 negeri je yang mengundi Sabtu ni?
Biasanya, Pilihan Raya Negeri akan diadakan pada masa yang sama PRU diadakan, dengan wakil rakyat dan Ahli Parlimen akan berkhidmat dalam jangka masa lima tahun yang sama. Pun begitu, setiap negeri boleh memilih bila dorang nak buat pilihan raya.
Haritu, enam negeri ini telah membuat keputusan untuk tidak bertanding kerusi DUN ketika PRU dibuat pada November 2022 yang lalu. Ini kerana mereka membuat keputusan untuk bersiap sedia bagi musim tengkujuh yang biasanya berlaku pada bulan November sehingga Mac.
Manakala tujuh negeri lain telah menjalankan PRN dalam masa dua tahun yang lalu dan hanya akan menjalankan PRN seterusnya paling awal pada Disember 2025.
Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor pula telah menjalankan pilihan raya mengejut pada tahun 2020 dan 2022.
Hanya tiga negeri yang telah membuat keputusan untuk menjalankan PRN sekali dengan PRU pada November lalu iaitu, Pahang, Perlis dan Perak.
3. Parti utama yang akan bertanding
Pada PRN yang akan diadakan pada hari Sabtu nanti, kita akan melihat Kerajaan Perpaduan iaitu campuran dari Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menentang parti pembangkang iaitu Perikatan Nasional.
Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang kini sedang ditadbir oleh Pakatan Harapan manakala tiga negeri lain, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula dipimpin oleh Perikatan Nasional.
4. Perbezaan kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan
Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan pembahagian kuasa di mana Ahli Parlimen Persekutan akan menggubal dasar negara dalam bidang seperti hal ehwal luar negeri, pertahanan, pendidikan dan perdagangan. Manakala, DUN pula mewujudkan dasar untuk negeri masing-masing mengenai isu seperti tanah, undang-undang Islam dan kerajaan tempatan.
Kerajaan negeri biasanya mendapatkan dana dari keuntungan tanah, hutan dan lombong namun begitu, kerajaan persekutuan turut memberikan sokongan kewangan kepada kerajaan negeri.
Tanggungjawab yang dikongsi oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pula merupakan kebajikan sosial, kesihatan awam dan sanitasi.
5. Adakah keputusan PRN akan beri kesan kepada kerajaan persekutuan
Pilihan Raya Negeri tidak memberikan kesan secara langsung terhadap status perdana menteri dan parti kerajaan kerana Kerajaan Persekutuan kini memegang majoriti dua pertiga di dalam kerusi parlimen.
Pun begitu, PRN ini dapat mengukur sentimen pengundi terhadap kerajaan persekutuan sedia ada. Selain itu, sekiranya kerajaan negeri dipimpin oleh parti pembangkang, ia akan turut memberikan cabaran kepada kerajaan persekutuan.
Korang dah ready ke nak mengundi ni?
Sumber: The Straits Times
Baca: PKR Umum Altimet Bakal Bertanding Kerusi DUN Untuk PRN