Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand mengesahkan hampir 300 pasangan dari Malaysia bernikah di negara itu.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat berkata, jumlah keseluruhan yang didaftarkan berkahwin di Narathiwat pada tahun lalu adalah seramai lebih 600 pasangan merangkumi pasangan dari wilayah tersebut.
Artikel berkaitan: Dikebumikan Di Bangkok, Atlet Paragliding Malaysia Meninggal Dunia Ketika Berlatih Di Thailand
Artikel berkaitan: Tular Dakwaan Sudah Berpoligami, Sanusi Nafi Kahwin Lain Secara Senyap
Beliau juga memberitahu, jumlah itu menunjukkan bahawa hampir separuh pasangan dari Malaysia berkahwin di Majlis Agama Islam Narathiwat sepanjang 2024.
“Kebiasaannya, pasangan dari Malaysia berkahwin di sini berusia dalam lingkungan 40-an hingga 60-an. Selain itu, 60 peratus daripada hampir 300 pasangan itu datang untuk berpoligami.
Baki 40 peratus pasangan itu pula terdiri daripada individu yang masih bujang, janda dan duda.
Daripada jumlah keseluruhan pada tahun lalu, pasangan dari Kelantan dan Terengganu paling ramai berkahwin di Narathiwat. Saya merasakan bahawa lokasi kedua-dua negeri itu yang hampir dengan Selatan Thailand menyebabkan mereka memilih untuk berkahwin di sini ,” katanya.
Beliau berkata prosedur perkahwinan bagi pasangan dari Malaysia sekiranya pengantin perempuan itu merupakan janda yang bercerai, pihak majlis agama mewajibkan mereka membawa surat cerai sah dari jabatan agama negeri sebelum melangsungkan perkahwinan.
Akad nikah dan perkahwinan tidak akan dilangsungkan sekiranya tiada surat atau dokumen sah yang mengatakan pasangan wanita itu bercerai.
Dalam pada itu, beliau turut berkata, Majlis Agama Islam Narathiwat juga tidak akan menikahkan pasangan terutamanya pengantin perempuan bawah umur iaitu kurang daripada 17 tahun.
Sumber: Kosmo!