in

“6 tahun jaga suami”- Perkongsian Wanita Ini Tentang Suami Berkahwin Lepas Seminggu Bercerai Buat Ramai Sebak

Jaga Suami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular beberapa hari lalu di media sosial kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita tentang bekas suaminya yang berkahwin lain setelah seminggu mereka bercerai.

Kisah tersebut dikongsikan oleh wanita itu menerusi Facebook dan telah mendapat perhatian dari ramai warganet, yang rata-ratanya turut menitipkan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.


Dalam perkongsian di Facebook itu, wanita tersebut menyerahkan tugasnya sebagai isteri kepada isteri baharu lelaki itu dan dia turut memuat naik gambar perkahwinan lelaki itu dan isteri barunya.

Apa yang menyebabkan ramai warganet turut bersedih ialah, wanita itu turut  berkongsi kisah dirinya yang menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya selama beberapa tahun lepas sebelum ini, lapor Sinar Harian.

3 3

Artikel berkaitan: Syamsul Yusof Sedia Untuk Bercerai Tapi Ira Kazar Tak Datang Mahkamah?

Artikel berkaitan: ‪Topik Perceraian Jadi Tajuk Khutbah Solat Jumaat, Netizen Dakwa Gara-gara Penangan Fattah-Fazura?

Namun, difahamkan juga, wanita tersebut telah memadam Facebook post   tentang perkahwinan baru bekas suaminya itu.

4 3

Dalam hantaran terbarunya di Facebook pula, wanita cekal ini memohon maaf kepada semua dan dia mengatakan dia memerlukan masa untuk bertenang.

 

2 6

 

Dia turut mengatakan bahawa sebelum ini suaminya telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan dia juga sebagai isteri, telah membuat yang terbaik untuk rumah tangga mereka berdua.

Mereka berdua telah sah bercerai pada 6 Oktober lalu secara baik dan kini akan bersama-sama membesarkan anak mereka.

Dia turut memohon agar orang ramai akan mendoakan yang baik-baik untuk mereka dan berharap agar kisahnya itu akan menjadi iktibar kepada pasangan lain di luar sana.

Sumber: Sinar Harian, Malaysia Gazette

Sumber: mStar
Sumber: mStar
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.