in

6 Pengalaman Seram Pelajar Universiti Tempatan Yang Korang Tak Pernah Dengar

Hantu Asrama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masuklah universiti mana pun, mesti korang akan dimomokkan cerita seram turun temurun oleh senior korang dan ada sesetangahnya memang mengalaminya sendiri. Takpun cerita seram ni disampaikan oleh kawan korang yang dengar dari kawan kepada kawan dorang.

Ni antara beberapa cerita famous di universiti tempatan kat Malaysia ni. Pada student yang baru masuk tu, semoga semakin seronok lepas baca cerita seram ni. Jangan packing beg balik rumah sudahlah!


 

1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Han9
gambar hiasan

Masa mula-mula masuk dulu, senior ada pesan “Korang kalau dah pukul 12 lebih ke atas tu terserempak dengan bas lagi jangan pegi naik pulak. Tu bukan bas betul.”

Nak dijadikan cerita, satu malam ni aku dengan kawan-kawan yang lain habis kelas silat lambat. Tempat berlatih silat dengan kolej memang jauh, so jalan kaki ramai-ramailah. Lagipun bas UKM stop operasi pukul 11 malam.

Dalam penat berjalan tu, tiba-tiba ada bas berhenti kat tepi kami. Ada la penumpang beberapa orang. Disebabkan penat gila, kami semua memang terus terjah naik bas tu.

Masuk dalam bas, pak cik tu perasan baju silat kami, dia tegur, “Oh patutlah berani, budak-budak silat rupanya”. Aku dengar endah tak endah je.

Penumpang dalam bas tu semua nampak normal tapi dorang senyap tak bergerak. Mata dorang pandang depan tak beralih mana-mana pun. Tak main handphone, tak tengok luar tingkap, tak sembang dengan member sebelah.

Sampai dekat simpang kolej kami, pak cik bas ni tiba-tiba tanya “Tak nak pergi Fakulti Undang-undang (FUU) ke?”

FUU ni sebelum ke simpang kolej kami, nak pergi FUU jalan straight je. Tapi yang peliknya FUU ni kalau ikut jadual bas pun sebelum berhenti ke FUU memang akan lalu Kolej Za’ba dulu baru hala FUU tapi tak tau kenapa pak cik ni tanya macam ni.

Kami semua menggeleng sebab masing-masing dah nampak katil je dan tak nak lambatkan perjalanan.Lepas tu pak cik tu cakap lagi.

 “Ala ye ke, pak cik ada barang nak kena angkut ni”

Kami tanya penumpang lain yang belakang tu. Ada sapa-sapa tak nak pergi FUU. Yang lain tu semua tak jawab langsung. Angguk tak, geleng pun tak. Cuma pandang je depan. Pelik gila!

Sampai je dekat depan kolej, terus kami turun. Keesokannya disebabkan rasa pelik, aku pun ceritalah dekat sorang budak kelas ni. Budak ni dulu asasi pintar kat UKM, mungkin dia boleh cerita lebih.

Lepas je aku cerita, budak tu terkejut. Dia tanya kenapa naik bas pukul 1 pagi macam tu. Katanya bas UKM kalau time macam tu bukan bawak orang, dia bawak benda lain.

Katanya mitos UKM lah, memang ada bas beroperasi tengah malam buta macam tu tapi bawak benda lain. Macam bunian ke yang nak ke tempat-tempat lain. Bukannya bawak manusia.

So kami naik dengan geng bunian ke semalam? Meremang bulu roma!

Sumber: Blog

 

2. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

Han7
gambar hiasan

Kolej Tun Fatimah serius kolej paling seram yang aku pernah stay. Ada satu malam ni aku tumpang tidur bilik member aku kat kolej sebab dah lewat sangat. Aku pun dah malas nak balik bilik sendiri.

Dah la ada rumours kata yang bilik member aku ni dulu ada orang bunuh diri. Siap ada bekas tulisan kat dinding tulis,

“Sesiapa yang tinggal di bilik ini akan ditimpa bala”. Memang seram la!

Malas nak ambil pusing hal remeh tu semua. Aku terus lena tak ingat apa. Lepas seketika aku terjaga dan dalam keadaan mamai, aku ternampak satu lembaga dekat hujung katil yang datang mendekati aku.

Aku berusaha nak bergerak sebab aku takut dan aku sebenarnya rasa macam aku still bermimpi. Tapi agaknya hantu tu marah, dia tekan perut aku dengan kuku panjang dia.

Masa tu aku terus boleh bergerak dan aku bingkas pandang sekeliling bilik. Tapi tak ada apa-apa pun. Aku terus tekan kawasan perut aku yang ditonyoh hantu tu tadi. Zappp! Perit dia memang terasa sampai ke tulang. Sebab takut sangat aku tak tidur sampai ke subuh. Aku risau aku kena kacau lagi.

Sumber: Forum CARI

 

3. Universiti Sains Malaysia (USM)

Han13
gambar hiasan

Habis je kerja aku kat studio terus aku start enjin motosikal. Dalam kepala ni dah terbayang keempukan katil kat bilik walaupun nipis je tilam tu sebenarnya. Tak kisahlah janji aku dapat tidur!

Lalu je dekat kawasan Tasik Harapan, aku pelik sebab ternampak ada sorang perempuan tengah berjogging tengah-tengah malam macam ni! Semangat sangat nak diet ke? Dahlah berpakaian serba putih!

Bila aku nampak wanita perempuan tu macam berlari ke arah tasik, terbit pulak rasa risau. “Jangan-jangan dia nak bunuh diri tak?”. Bisik hati kecil aku.

Aku terus berhentikan motosikal bila aku perasan dia betul-betul menuju ke arah tasik. Kelam-kabut aku cuba menerpa ke arah perempuan tu gaya ala-ala hero drama hindustan nak selamatkan gadis impiannya.

Tapi niat aku terbantut sebab perempuan tu bukannya terjun ke dalam tasik tapi dia berjalan kat atas air sampai ke tengah dan terus menghilang. Aku pun apa lagi, terus start enjin motorsikal dan blah daripada situ. Memang gila la kalau aku terus stay situ!

Sumber: LekatLekit

 

4. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Tumblr Inline O2Uga7Evwf1Soaz9H 400
gambar hiasan

Sedang aku dan rakan-rakan khusyuk mendengar kuliah salah satu subjek dekat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, tiba-tiba microphone berdehem secara sendiri “Ssmssmms, ssmssmms”. Dahlah dua kali pulak tu, terus senyap sunyi kuliah time tu!

Pensyarah kitaorang terus menyindir “Ai ada jugak yang nak menyampaikan kuliah nampaknya”, sambil melambai-lambai perlahan tangan beliau dekat mulut microphone tu.

Kami semua hanya bersangka baik dan menganggap bunyi tersebut terhasil kerana microphone tak off.

“Perkara begini awak jangan sangka tak pelik,’ kata lecturer dan dia mula bukak cerita pasal benda pelik dekat fakulti ni.

“Saya sudah ada banyak pengalaman bertugas di FBMK ni. Pernah suatu ketika dahulu sedang elok saya mengajar tiba-tiba slide putih depan ni naik secara automatik tanpa ada orang tekan suisnya.”

“Pernah juga sedang elok saya masuk kuliah, kerusi pensyarah tiba-tiba berpusing secara sendiri. Kerusi pensyarah ini. Bukan kerusi pensyarah lain.” Tepuk beliau pada kerusi yang beliau tengah duduk.

Lecturer aku pesan kalau datang awal dan berseorangan, sila tunggu dulu di luar kelas.

“There’s a high chance that the 2nd person in here is not human!”

Terus aku rasa macam nak balik dan tukar kos lain. Aku takut!

Sumber: Blog

 

5. UIA (Universiti Islam Antarabangsa)

Han5
gambar hiasan

Student kat Marhallah Zainab Jahsy (ZC) ni memang seronok kalau study dekat tepi sliding door ni. Nak ambil angin malam la katakan!

Aku pun tengah syok study kat pintu ni bila terdengar sayup-sayup ketukan dekat pintu.

Aku pun tanyalah, “Siapa tu?”

Orang yang diluar pun menjawab, “Aku ni orang sebelah”

Aku pun mengangguk dan terus menyambung, “Ohh orang sebelah, masuklah pintu tak kunci!”

Dia menyahut, “Betul nak aku masuk ni? Ok aku masuk sekarang.”

Hairan dengan soalan yang diajukan, aku pun terus menoleh ke belakang seraya ‘orang sebelah’ tersebut memasuki bilik aku.

Memang terperanjat aku sebab memang ‘orang sebelah’ yang masuk tapi orang yang hanya berbadan sebelah dengan darah penuh meleleh dari kepala sehingga ke bawah!

Terus aku rebah tak sedarkan diri.

Sumber: Blog

 

6. Universiti Malaysia Pahang (UNIMAP)

Memandangkan sekarang dah final sem, semua student memang kalut la nak siapkan final year project (FYP). Termasuklah aku yang nak kejar due date FYP ni.

Aku kalau nak buat kerja, memang aku selalu pergi lab kat pusat pengajian aku ni sebab wi-fi dia laju gila. Sebenarnya lab ni agak famous dengan cerita perempuan baju marah tapi aku tak peduli sangat sebab tak pernah kena kat aku.

Tengah busy buat kerja tiba-tiba rasa macam nak terkucil terus aku hala ke tandas sebab memang dah tak tahan. Sampai je depan pintu tandas, aku terperasan perempuan berbaju merah sedang duduk mencangkung atas pintu tandas sambil lidahnya terjelir.

Han11
gambar hiasan

Nak baca doa dalam tandas tak boleh, so aku baca je dalam hati. Tahu tak bunyi air menitik? Tapi bukan dari air paip tapi dari mulut dia sebab aku dengar dia mendesis sekali.

Aku beranikan diri jugak dan settlekan urusan aku. Lepas selesai aku langkah kaki kiri keluar pintu tandas. Mulut aku terus je terkumat-kamit baca ayat al-Quran sambil kaki melangkah laju.

Memang tak fikir apa, aku tinggalkan semua barang aku kat lab dan terus pecut hala balik kolej kediaman. Aku punya keselamatan lagi penting!

Sumber: FiksyenShasha

Jangan pandang belakang tau, nanti takut ada yang baca sekali….

Baca: 5 Kisah Seram Ini Boleh Buat Korang Tak Nak Duduk Kolej!

Ser

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.