in

6 Kontroversi Tentang Rosmah Mansor Yang Menggemparkan Negara

Kak Rosmah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini ialah hari yang ditunggu-tunggu ramai orang. Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas PM Datuk Seri Najib Razak telah dipanggil SPRM untuk ke pejabat mereka bagi tujuan membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Terkenal sebagai big spender yang sanggup habiskan wang jutaan ringgit demi penuhi nafsu shopping yang serakah, ini kami senaraikan 6 kontroversi melibatkan Rosmah Mansor yang menggemparkan negara.


 

1. Video ‘Perempuan Puaka’

Reputasi Rosmah sebagai isteri Perdana Menteri mula tercalar apabila muncul sebuah video bertajuk ‘Rosmah Perempuan Puaka’ yang viral kat YouTube pada 25 Jun 2009 dulu. Video yang kononnya dikatakan kempen nak menjatuhkan isteri PM ni melabel Rosmah sebagai perempuan puaka yang mengamalkan ilmu hitam dan mempunyai masalah kekeluargaan dengan adik kandung dan anak sendiri.

Fb Img 1471230368595
sumber: blog

Tiga klip video yang dimuat naik secara bersiri ni mendapat sambutan hangat netizen dan Rosmah sendiri ada jugak menjawab tentang isu ni dengan ‘tenang’ sekali. Katanya dalam The Star,

“Apa yang anda baca kat Internet, jangan telan bulat-bulat. Saya boleh gerenti semuanya tak benar,” jawab Rosmah. Hmm gituuu…

Bagi yang nak tengok video ‘seram’ tentang Rosmah ni, boleh klik sini.

 

2. Kes Bom C4

Sehingga sekarang kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu masih tak terjawab. Dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan Najib Razak, Rosmah terpalit dengan isu ini kerana dikatakan memberi arahan kepada dua anggota UTK yang juga pengawai keselamatan bekas PM untuk membunuh Altantuya.

Najib Altantuya. 1
sumber: blog

Wanita malang tu telah ditembak dua kali sebelum diletupkan menggunakan bom jenis C4 pada 19 Oktober 2006. Sisa mayat Altantuya kemudian ditemui dekat sebuah semak di Subang Dam, Puncak Alam, Shah Alam.

Walau bagaimanapun, sama ada Rosmah ataupun Najib, kedua-duanya nafi terlibat dalam kes ini dan Rosmah ada menerangkan isu ni dalam buku Biografi Rosmah Mansor tak lama dulu. Ini petikan apa yang Rosmah kata,

Saya akan lari kalau cicak jatuh depan saya. Saya juga takut gelap. Apatah lagi nak panjat bukit di tempat pembunuhan.” 

Rosmah1
sumber: blog

 

3. Guna title ‘Wanita Pertama’

7324F872E23A42Ab62Bb29Aa90Cf1B40
sumber: malaysiakini

Sebagai sebuah negara yang amalkan konsep Raja Berpelembagaan, isu penggunaan gelaran ‘Wanita Pertama’ dalam Artikel 32 (2) Perlembagaan Persekutuan menetapkan hanya isteri Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang kedua selepas YDPA layak memegang title “Wanita Pertama Malaysia”. Tapi lain pulak semasa Rosmah Mansor menjadi isteri PM, beliau dah menggunakan panggilan tu secara besar-besaran kat Malaysia.

Lebih hangat, ada sumber mengatakan Pejabat Perdana Menteri dah wujudkan satu jabatan misteri yang diletakkan dengan akronim Jabatan FLOM (First Lady of Malaysia) dengan melantik Datuk Siti Azizah Sheikh Abod sebagai pegawai khas. Lepas isu jabatan ni jadi buah mulut orang, khabar angin mengatakan ianya dah dibubarkan.

 

4. Kenyataan mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011

Lepas satu, datang lagi satu kontroversi berkaitan Datin Seri Rosmah. Kali ini melibatkan sebuah petikan video dari Astro AWANI pada 15 Mac 2011 yang berkaitan Rosmah memberi komen mengenai gempa bumi dan tsunami Jepun 2011.

Dalam video tersebut, Rosmah berkata bencana tu berlaku disebabkan kelalaian Jepun dalam laksanakan dasar perancangan dan pembangunan mesra alam. Beliau jugak kaitkan bencana ni dengan perubahan iklim yang sepatutnya jadi iktibar buat negara Jepun.

Kenyataan Rosmah cetus perbalahan pembangkang (sekarang kerajaan) yang mengutuknya bahawa perubahan iklim dan gempa bumi sama sekali tak ada kaitan. Ada jugak beberapa ahli Parlimen pembangkang desak Najib supaya ‘mengawal isterinya’ dan mintak maaf dengan kerajaan Jepun.

 

5. Hebat berbelanja

Ros
sumber: blog

Nama Rosmah Mansor bukan saja disebut-sebut dalam negara tapi akhbar luar negara pun sibuk bercakap mengenainya sehingga kolumnis Sydney Morning Herald mengeluarkan kenyataan dengan memanggil isteri bekas PM ni sebagai ‘wanita pertama kaki berbelanja’.

Rosmah dikatakan telah berbelanja sebanyak USD $100,000 (RM325,000) di sebuah butik kat Sydney. Beliau dengan suaminya jugak dilaporkan telah bermalam di sebuah penthouse dengan kos USD $20,000 (RM65,100) untuk satu malam. Walau bagaimanapun, laporan ni dah dinafikan Najib Razak dan mengatakan ia hanya gosip liar yang ditokok tambah untuk memburukkannya dan isteri.

Rosmah Birkin Najib
sumber: blog

Cincin permata USD $24 juta (RM77 juta) jugak antara kontroversi yang paling hangat diperkatakan yang mana Rosmah dilaporkan membeli cincin tu dari Jacob & Co. Namun pada 4 Oktober 2011, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz tolak dakwaan pembelian cincin tu dengan mengatakan ia tiada kaitan dengan Rosmah Mansor dan cincin tu pun dah dihantar pulang ke New York. Emm macam tu rupanya…

 

6. Isu beg tangan Birkin dirampas polis

W644
sumber: blog

Kekalahan Barisan Nasional dalam PRU14 telah memberi impak besar dalam kehidupan bekas PM dan isterinya, Rosmah. Siasatan yang dilakukan berkaitan kes 1MDB telah membawa kepada rampasan 150 kotak beg tangan Birkin jenama Hermes dan 72 beg berisi wang dan barang kemas dari kediaman yang dikaitkan dengan Najib dan isterinya.

Kes ini telah mendapat liputan meluas media dalam dan luar negara yang tak sabar hendak mengetahui jumlah kesemua barangan rampasan tersebut yang dianggarkan berharga RM114 juta! Sehingga kini, nilai rampasan beg tangan Birkin masih lagi dikira dan perlu diperiksa sama ada beg tersebut asli atau tak di Paris. Nampaknya terpaksalah kita tunggu laporan penuh daripada polis bila kes ni selesai nanti.

Amacam? Terkejut tak baca kisah kontroversi pasal Rosmah ni? Kita tunggu berita apa pulak yang akan keluar hari ni berkaitan SPRM dan bekas ‘Wanita Pertama Malaysia’ ni. 

Baca: Doktor Dedah 8 Prosedur Kecantikan Rosmah

Semah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.