Bulan Januari lalu, sebuah berita menggemparkan rakyat Malaysia di mana seorang remaja kanak-kanak warga Bangladesh ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat (Westport), Pelabuhan Klang.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut bermain di kawasan pelabuhan Bangladesh kemudian terperangkap dalam sebuah kontena yang kemudiannya dihantar ke Malaysia.
Selepas 6 hari terperangkap, seorang daripada kakitangan pelabuhan dikatakan terdengar bunyi ketukan dari dalam kontena itu dan kanak-kanak itu diselamatkan.
Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), kanak-kanak itu yang bernama Md. Ratul Islam Fahim akhirnya dihantar pulang ke tanah airnya.
Ingat lagi kanak2 dari Bangladesh yg dijumpai dalam kontena di Pelabuhan Klang?
Nama dia Md Ratul Islam Fahim, saya panggil Fahim je. 6 hari juga Fahim terperangkap dalam kontena yg berlepas dari pelabuhan Bangladesh tanpa makan & minum,keajaiban juga Fahim dpt diselamatkan
1/4 pic.twitter.com/3ymonrGv5r
— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) February 21, 2023
Menteri Dalam Negeri melalui laman Twitter miliknya meluahkan rasa syukur serta beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantu melancarkan perjalanan Md. Ratul.
“Langkah susulan adalah kementerian berhubung dengan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia bagi urusan urusan dokumentasi untuk proses penghantaran pulang Fahim.
Alhamdulillah,harini Fahim pulang ke pangkuan keluarga. Terima kasih Jabatan Imigresen Malaysia,TYT Md. Golam Sarwar (Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia),Dr Hartini dari Yayasan Chow Kit & semua yang bantu melancarkan urusan ini,” tulisnya.
Selain itu, penerbangannya turut ditanggung pejabat beliau dan Md. Ratul berlepas ke Dhaka pukul 7.45 malam tadi dengan diiringi pegawai kedutaan bagi bertemu keluarganya di sana.
Baca: Kanak-kanak Bangladesh Ditemui Dalam Kontena Di Port Klang, Rupanya Dah 5 Hari Terperangkap