Bila korang tengok movie, dalam kepala mesti korang dapat bayangkan macam mana ending cerita yang korang tengok tu kan? Tapi bila ending dia tak seperti yang korang imagine, filem tu mesti akan tinggalkan kesan yang lebih mendalam.
Kali ni, admin akan senaraikan filem-filem plot twist yang ending dia akan buat korang terkejut dan tak sangka-sangka sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Jom baca!
1. Buried (2010)
Filem ini dimulakan dengan seorang kontraktor Paul Conroy yang bangun di dalam keranda dan tak tahu macam mana dia boleh ada dekat situ dan siapa yang tanamnya hidup-hidup. Di dalam keranda tersebut, dia hanya diberikan satu lighter, satu pen dan telefon bimbit dengan bateri yang hampir habis.
Paul kemudiannya menerima panggilan telefon dari seseorang yang meminta wang tebusan sebagai syarat untuk dibebaskan. Dengan hanya 90 minit masa yang tinggal sebelum oksigen di dalam keranda itu habis, Paul perlu cari jalan untuk lepaskan dirinya sebelum terlambat.
Min ingat lagi masa tengok cerita ni dekat wayang. Terkejut sangat dengan ending dia sampai tak boleh bangun dari tempat duduk. Tak cukup dengan tu, lakonan Ryan Reynold dalam filem ni memang dahsyat dan main peranan yang penting. So, kalau korang tak tengok lagi please tengok sekarang!
2. Identity (2003)
Filem ini mengisahkan tentang sepuluh strangers yang terkandas di sebuah motel ekoran hujan ribut. Ketika sedang memikirkan cara untuk keluar dari tempat tersebut, dorang sedar yang dorang bakal menjadi mangsa bunuh, dan pembunuhnya adalah salah seorang dari mereka.
Semakin ramai jadi mangsa, tetamu tetamu motel ini mula cuba untuk mencari siapa pembunuh dikalangan mereka dengan mengaitkan cara macam mana dorang boleh terkandas di situ. Akhirnya identiti pembunuh ini akhirnya terbongkar dan ia memang mengejutkan semua orang termasuk penonton!
3. Se7en (1995)
Filem ini mengisahkan tentang dua orang detektif Somerset dan Mills yang cuba menjejak seorang pembunuh bersiri menggunakan seven deadly sins sebagai motif pembunuhannya.
Apabila dua detektif ini semakin hampir untuk menangkap dan hentikan pembunuhan ini, mereka dikejutkan dengan penyelesaian yang menguji moral dan kewarasan mereka. Akhirnya rancangan pembunuh ini didedahkan membuatkan dua detektif dan penonton terkejut. Ha apa agaknya tu?
4. The Game (1997)
Trauma selepas menyaksikan sendiri bapanya membunuh diri, Nicholas Van Orton telah sibukkan dirinya dengan kerja dan jauhkan diri dari keluarganya termasuk adiknya, Conrad. Ketika hari lahirnya yang ke-48, Conrad telah berikan hadiah tiket untuk satu permainan yang dikatakan akan mengubah kehidupan Nicholas.
Nicholas cuba untuk bermain permainan ini dengan harapan ia dapat memberikan sedikit keterujaan dalam kehidupannya. Tapi lama kelamaan dia mula sedar yang permainan ini telah mengambil alih kehidupannya dan dia turut kehilangan hartanya.
Ketika dia cuba untuk melarikan dirinya dari terus bermain, Nicholas secara tak sengaja telah membunuh Conrad. Akhirnya, kisah sebenar disebalik permainan ini didedahkan di dalam satu twist yang mengejutkan menyebabkan Nichloas dan korang sendiri mempersoalkan semua yang korang dah tengok sebelum ni.
5. The Sixth Sense (1999)
Filem ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak Cole Sear yang mendakwa dia boleh melihat dan bercakap dengan hantu.
Ekoran ini, seorang pakar psikologi kanak-kanak Dr. Malcolm Crowe telah membantu Cole untuk berdepan dengan hantu-hantu yang dilihatnya itu dan mengajar cara untuk berkomunikasi dengan mereka bagi menyelesaikan urusan mereka.
Di akhir filem ini, satu pendedahan besar telah dibuat dan semua yang penonton ingatkan dorang tahu pasal filem ni berubah. Twist ini juga turut menambah kesulitan jalan cerita filem ini dan akan membuatkan korang terfikir-fikir lepas dah tengok.
By the way, pengarah filem ini adalah M. Night Shymalan tau. So, memang jarang kalau filem dari Shymalan ni takde plot twist yang gempak!
6. The Others (2001)
Filem bergenre seram ini mengisahkan tentang Grace seorang ibu yang tinggal di sebuah rumah besar bersama dua orang anaknya yang mempunyai penyakit tak boleh kena cahaya matahari.
Hari demi hari, Grace semakin yakin bahawa rumah mereka ini telah dihantui dengan makhluk halus. Semakin banyak kejadian menakutkan berlaku, Grace telah mengupah tiga orang pembantu untuk menjaga anak-anaknya namun kejadian-kejadian pelik tetap berlaku dan menjadi semakin teruk.
Di akhir filem ini, ia telah menunjukkan twist mengejutkan yang akan mengubah persepsi korang terhadap jalan cerita filem ini! Best tau!
Baca: Wes Anderson ‘Trending’ Di TikTok, Ini 5 Filemnya Korang Patut Tonton, Confirm Tak Menyesal!