Kerajaan India baru-baru ini melaksanakan penyekatan terhadap 59 aplikasi dari China. Aplikasi yang telah diharamkan itu termasuklah Tiktok, Wechat, dan permainan maya yang popular di Asia Tenggara iaitu Mobile Lagend.
Ada juga yang bertanya kenapa PUBG Mobile tidak diharamkan di India? Sedangkan syarikat pembangunan PUBG Mobile adalah Tencent yang bertapak di China. So, macam mana boleh terlepas ni? Lupa announce ke?
Sebenarnya, ramai yang tidak tahu bahawa permainan Battle Royale itu dibangunkan oleh sebuah syarikat pembangunan game dari Seoul, Korea Selatan iaitu BlueHole, yang kini lebih dikenali dengan nama PUBG Corp.
Namun Tencent kemudiannya bertindak membeli lesen untuk membawa permainan tersebut masuk ke dunia permainan mobile sehingga tercetusnya PUBG Mobile.
Dipetik dari Economic Times, pemilikan 50-50% di antara dua syarikat tersebut dengan majoriti ‘sentuhan’ dari negara Korea Selatan mungkin menjadi faktor penyelamat keadaan tersebut.
So disebabkan PUBG Mobile ini kacuk Korea-China so sebab tu lah dia terlepas..
Baca: Kerajaan India Umum Sekat 59 Aplikasi Dari China, Ini Sebabnya…