Saringan kesihatan perlu dilakukan oleh semua individu, ia bagi memastikan dan mengenalpasti mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular (jantung), diabetis serta kanser.
Ia juga penting untuk para majikan sentiasa cakna dengan kebajikan serta keperluan pekerja.
Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan menyarankan majikan memberi cuti sehari untuk membenarkan pekerja melakukan saringan kesihatan.
Dalam laporan MalaysiaKini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kerjasama majikan awam dan swasta adalah penting untuk memastikan pekerja dapat melakukan pemeriksaan kesihatan.
Malah, beliau juga meminta Kementerian Kewangan mengkaji peraturan yang boleh dibuat supaya majikan di negara ini dapat memberikan cuti itu.
“Apabila pekerja mahu melakukan pemeriksaan kesihatan, kebiasaannya setahun sekali, diharap majikan dapat berikan cuti, kadang-kadang apabila mahu melakukan saringan kesihatan, mereka terpaksa ambil cuti…
Saya mohon majikan bagi cuti untuk tujuan saringan kesihatan sehari setahun kepada pekerja,” katanya.
Menteri Kesihatan juga berkata majikan perlu mengambil kira cuti hujung minggu yang akan digunakan oleh pekerja untuk meluangkan masa bersama keluarga.
“Perkara ini saya sudah minta untuk Belanjawan 2023 akan datang kerana ia ada kesan kepada majikan,” katanya lagi.
Elok juga ada cuti kan? Senang sikit nak buat medical check up…
Baca: KKM Perkenal 5 Langkah Untuk Hadapi Kemungkinan Jangkitan Monkeypox Menular Di Malaysia