in

5 Slang Popular Rakyat Malaysia Daripada Bahasa Cina Yang Ramai Tak Sedar

Fi Slang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia memang terkenal dengan pelbagai adat, budaya, agama, etnik dan banyak lagi. Kaum-kaum utama yang terdapat di negara ini ialah Melayu, Cina dan India disamping kaum –kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak seperti Dusun, Murut, Bajau dan sebagainya.


Disebabkan Malaysia ada pelbagai kaum dan bangsa maka tak hairanlah jika negara kita ni turut mempunyai pelbagai slang. Baru-baru ini, viral di TikTok @5fakta_ yang sememangnya terkenal dengan content fakta menarik memuatnaik satu video berkenaan 5 slang popular rakyat Malaysia daripada Bahasa Cina yang ramai tak sedar.

@5fakta_

#TikTokGuru #LearnOnTikTok #fyp #JomBelajar #thenewchicintown #bukapuasa #ramadhan2022 #foryou #fypmalaysia #malaysia #kualalumpur #trending #viral #fypシ

♬ original sound – ???? ???? ??

Dalam video tersebut telah dinyatakan dengan lebih terperinci bahawa slang yang selama ini kita pakai rupa-rupanya dari Bahasa Cina dan slang ini hampir selalu kita gunakan dalam perbualan seharian. Wah, min pun baru tahu ni!

Jadi jom kita sama-sama belajar apa 5 slang popular rakyat Malaysia daripada Bahasa Cina ni!

1. Tapau (da bao)

Tapau

Tapau dalam Bahasa Cina ialah ‘da bao’ yang bermaksud membungkus makanan dan sebagainya untuk dibawa pulang. Tipulah kalau korang tak pernah sebut slang tapau ni kan?

2. Kawtim (gao ding)

Kawtim

Dalam Bahasa Cina, Kawtim ialah ‘gao ding’ yang bermaksud selesaikan. Selalunya kalau borak dengan kawan-kawan tak sah kalau tak pakai kawtim ni.

3. Ngam (ngaam)

Ngam

Ngam dalam Bahasa Cina ialah ‘ngaam’ yang bermaksud sesuai atau sepadan. Biasanya slang ngam ni dipakai bila kita rasa sesuatu benda tu menepati cita rasa kita.

4. Pokai (pok kai)

Pokai

Dalam Bahasa Cina, pokai ialah ‘pok kai’ yang membawa maksud sudah tidak mempunyai wang. Slang pokai ni kita selalu pakai bila hujung bulan time poket tengah kering. Betul tak korang?

5. Suwei (suay)

Suweyy

Suwei dalam Bahasa Cina pula ialah ‘suay’ yang membawa erti bernasib malang. Perkataan ini selalunya dipakai bila tengah frust atau kecewa dengan apa yang berlaku pada hari itu.

Lepasni min rasa macam nak gali pulak tentang slang yang asalnya dari Bahasa Tamil..confirm menarik!

Baca: “Pening palo cheng” – [Video] Aksi ‘Wanita’ Thailand Cakap Slang Kelantan Buat Netizen Terhibur

Slang

 

 

Sumber: Portal
Sumber: Facebook
Sumber: Adobe Stock
Sumber: Portal
Sumber: Everypixel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.