in

5 Sebab Kenapa Korang WAJIB Tengok Siri Gadis Kretek!

Collagefeat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ada terlihat poster Dian Sastrowardoyo berkebaya hitam di Netflix dengan tajuk yang menarik iaitu ‘Gadis Kretek’ kan?

Kalau korang nak tahu, siri TV yang dikeluarkan oleh Netflix pada 2 November lalu ini telah pun mendapat tontonan yang tinggi bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia malah di Latin Amerika tau!


Filem yang berlatar belakangkan zaman ketika tahun 1940-an ini akan membuatkan penonton lebih mengetahui mengenai industri tembakau terutamanya tembakau cengkih atau kretek yang merupakan antara sejarah terbesar di Indonesia.

Jika korang masih ragu-ragu sama ada nak tengok siri terbaru ni atau tak, dekat bawah ni kita akan senaraikan sebab kenapa korang patut tonton siri Gadis Kretek ini!

1. Gadis Kretek merupakan filem adaptasi

Cigarette Girl.jpg

Untuk pengetahuan korang, Gadis Kretek ini diadaptasikan dari buku dengan nama yang sama ditulis oleh Ratih Kumala yang berasal dari Jakarta.

Bukunya ini telah dikeluarkan dalam tiga bahasa iaitu bahasa Inggeris, Jerman dan Bahasa Indonesia. Buku ini pertama kali diterbitkan pada 2015.

Buku yang ditulis oleh Ratih ini mempunyai jalan cerita yang sangat kompleks namun begitu, pencipta siri ini telah bersungguh-sungguh demi memastikan jalan cerita Gadis Kretek ini masukkan semua elemen penting bagi memartabatkan karya originalnya. Fuh mantap!

2. Diarahkan oleh pasangan suami-isteri

Cigarette Girl Is A Smoldering Netflix Period Drama From Indonesia

Satu pasangan suami isteri telah bergabung untuk mengarahkan Gadis Kretek. Kalau korang nak tahu, Kamila Andini dan Ifa Isfansyah ini telah pun merupakan pengarah yang terkena dengan karya-karya tersendiri yang menarik sebelum ini.

Kamila yang mempunyai latar belakang filem ini telah membuat debut dengan filem The Mirror Never Lies, yang menerima komen yang sangat baik dari peminat dan pengkritik. Filem tersebut mengisahkan mengenai seorang gadis yang menggunakan cermin untuk mencari bapanya yang hilang di laut.

Manakala Isfansyah pula mula berkecimpung selepas membuat beberapa filem pendek sebelum beralih kepada filem panjang. Garuda di Dadaku merupakan filem panjang pertamanya namun dia terkenal dengan filem Sang Penari yang telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Bagi memastikan naratif Gadis Kretek ini smooth pasangan ini telah bekerjasama untuk mengarahkan semua episod bersama-sama berbanding membahagikan beberapa episod.

3. Dibintangi pelakon-pelakon terkenal

Aaaabrj2Vaepcqy4 Nxk8Ybgvvmyrhth0Pluflm Osblmfnevl48Eqreqtdrzcbvmk Wt2Bhygcxf2Txkcsqgb0Hwyrdtxfigozq5Xdxcmbhkm77Kgz6Xpdoptti

Nama Dian Sastrowardoyo dan Ario Bayu bukanlah nama yang asing bagi penonton di Indonesia dan di Malaysia.

Dian Sastro yang memulakan kerjayanya sebagai seorang model sebelum menjadi pelakon ini telah pun terlibat dengan pelbagai projek filem yang berjaya. Namanya mula meletup apabila dia melakonkan watak Cinta dalam filem romantis Ada Apa Dengan Cinta yang menjadi karya kegemaran kita sampai sekarang!

Manakala Ario Bayu pula mula menempah nama selepas dia menjadi watak utama dalam filem pengarah terkenal Indonesia, Joko Anwar dalam filem bertajuk Dead Time: Kala pada tahun 2007. Di dalam siri ini, Ario membawa watak sebagai Soeraja manakala Dian pula membawa watak utamanya, Dasiyah.

4. Mengambil masa beberapa tahun untuk dibuat

Kretek

Siri Gadis Kretek ini telah mengambil masa beberapa tahun untuk dibuat. Pada awalnya, Ifa Isfansyah mahu membuat filem selepas membaca bukunya. Namun begitu, dia mempunyai masalah dana.

Namun begitu, selepas minat terhadap kisah Indonesia dalam kalangan penonton global semakan meningkat, dia telah membuat keputusan untuk membuat siri Gadis Kretek dan meminta Kamila untuk menjadi pengarah bersama.

5. Ditayangkan di Festival Antarabangsa Busan ke-28

Kalau korang nak tahu, beberapa orang yang menghadiri festival filem terbesar di Korea Selatan pada 4 Oktober 2023 yang lalu telah pun sempat menyaksikan tiga episod pertama Gadis Kretek tau.

Ia ditayangkan sebagai sebahagian dari seksyen ‘On Screen’ pada hari kedua festival tersebut berlangsung.

Sinopsis Gadis Kretek

Model Kebaya Pemain Gadis Kretek Dian Sastrowardoyo Hingga Sheila Dara 3 43

Siri ini mengisahkan tentang Dasiyah, seorang wanita muda yang bercita-cita untuk menyambung perniagaan rokok bapanya.

Ekoran sikap tradisional keluarganya, mereka telah menyuruh Dasiyah untuk berkahwin daripada menceburkan diri dalam industri tembakau ini.

Bukan itu sahaja, pada ketika itu dikatakan wanita telah dilarang untuk masuk ke dalam bilik perisa kerana takut sentuhan wanita akan menambahkan perisa feminin untuk produk yang diciptakan untuk kaum lelaki ini.

Ini membuatkan Dasiyah mahu membuat sendiri perisa unik yang mampu mengalahkan perisa-perisa lain yang ada di pasaran.

Siri ini berlatang belakangkan tahun 1960-an ketika Indonesia sedang menunggu dan berjuang untuk kemerdekaan.

Ha excited tak nak tengok?!

Sumber: SK Pop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.