Sumber gambar di atas: Masam Manis
Shell out! Sebut je semua dah dapat bayangkan kesedapannya. Shell out menjadi trend makanan sekarang sebenarnya mudah sahaja untuk dibuat sendiri di rumah. Anda boleh cuba 5 resepi yang kami kongsikan ini untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang!
1. Sumber: Masam Manis

Bahan-bahan:
i) Makanan laut
Ketam, udang, kerang, sotong, lala, pepahat, remis, kupang
ii) Sayur-sayuran
Jagung manis, brokoli, kentang, lobak merah, bunga kubis
iii) Bahan rempah
Bahan A (dikisar)
20 tangkai cili kering (buang biji dan rendam lembut)
2 labu bawang besar
15 ulas bawang merah
2 labu bawang putih (10 ulas)
1 inci halia
1 inci belacan
1 genggam udang kering (rendam lembut)
Satukan kesemua bahan bersama air dan sedikit minyak masak dan kisar hingga halus
Bahan B (ditumis)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
6 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
10 biji cili padi (dihiris halus)
2 batang serai (dititik)
1 sudu besar mentega / marjerin
Minyak
Bahan C (perasa)
3 sudu besar serbuk kari ikan
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:


2. Sumber: Mahamahu.com

Bahan-bahan:

Cara-cara:
3. Sumber: Wizana Emilia

Bahan-bahan:
i) Makanan laut
3 ekor ketam (potong dua)
10 udang saiz besar
5 ekor sotong (potong sederhana)
1kg kerang
1kg siput sedut
ii) Bahan rempah
10 tangkai cili kering (potong, buang biji dan rendam air panas)
Bawang besar 2 biji (1 biji kisar, 1 biji hiris untuk tumis)
10 ulas bawang putih (8 kisar, 2 ulas cincang untuk tumis)
1 inci halia (kisar)
1 sudu kecil udang kering (kisar)
1 inci belacan (kisar)
1 sudu besar rempah kari
1/2 kiub pati ayam
1 batang daun kari
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak masak
Lemon
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
Kisar bahan-bahan yang perlu dikisar.
Panaskan kuali, masukkan minyak dan mentega. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari. Selepas bau harum naik, masukkan bahan-bahan yang dikisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan rempah kari dan kacau semula.
Masukkan sos tiram, sos ikan dan kiub pati ayam. Masukkan garam dan gula.
Bahagikan kuah kepada 3 untuk menggoreng ketam, sotong dan udang secara berasingan.
Kerang dan siput masak kicap (ikut keinginan masing-masing).

4. Sumber: Suzie’s Kitchen

Bahan-bahan / Cara-cara:





5. Sumber: Zuri Yunus

Resepi Ketam Cili Dengan Telur
Bahan-bahan:
3 ekor ketam
Segenggam cili kering (potong memanjang, buang biji dan rebus)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
1 inci halia
2 biji telur
Garam dan gula (secukup rasa)
Asam jawa (secukup rasa)
Cili (jika nak lebih pedas)
Cara-cara:
Rebus 3 ekor ketam, letakkan sedikit garam.
Kisar cili kering, bawang putih, bawang besar, bawang merah dan halia.
Tumis bahan dikisar sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit garam, asam jawa, cili dan gula.
Masukkan ketam. Pukul 2 biji telur dan curah ke atas ketam.
Kacau sehingga telur masa dan ketam disaluti.
Resepi Udang Marjerin Cheese
Bahan-bahan:
Udang (10-15 ekor)
Satu sudu marjerin
2 ulas bawang putih
Seulas bawang holland (dipotong dadu)
Sedikit garam
Sedikit lada hitam
Sedikit susu cair
Sekeping cheese
Cara-cara:
Panaskan satu sudu marjerin.
Tumis bawang putih dan bawang holland. Masukkan udang dan kacau sebentar.
Masukkan garam, lada hitam, susu cair dan cheese.
Kacau hingga sebati.

Resepi Sotong Cili Sos
Bahan-bahan:
Sotong (10-15 ekor)
2 ulas bawang putih
Sebiji bawang holland
Sedikit garam
Sedikit kunyit
Sedikit sos tiram dan kicap
Cili kisar (agak-agak)
Cara-cara:
Gaul sotong dengan garam, sedikit kunyit dan cili kisar.
Panaskan kuali non stick, tumis bawang putih. Masukkan sotong dan kacau sehingga air kering.
Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap secukup rasa. Masukkan bawang holland dan kacau hingga sebati.
Resepi Lala Pedas
Bahan-bahan:
Lala
2 ulas bawang putih
2 batang serai
Cili kisar (agak-agak)
Sedikit sos tiram dan garam
Cara-cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan serai. Masukkan cili kisar, sos tiram dan garam secukup rasa.
Masukkan lala dan gaul sebentar. Masukkan bawang holland dan kacau hingga sebati.

Resepi Sayur-sayuran
Bahan-bahan:
Salad
Tomato
Brokoli
Lobak merah
Jagung
Sedikit garam
Kewpie roasted sesame dressing
Cara-cara:
Bersihkan salad dan tomato. Potong brokoli, lobak merah dan jagung.
Rebus sebentar bersama sedikit garam dan toskan.
Gaulkan bersama kewpie roasted sesame dressing

Ada yang dah terliur ke? Tunggu apa lagi… SELAMAT MENCUBA! 😀