in

5 Ramalan Dari Jurutera Tahun 1900 Tentang Masa Depan, Ia Betul Betul Terjadi!

Collage 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada tahun 1900, seorang jurutera awam bernama John Elfreth Watkins telah membuat beberapa ramalan tentang apa yang akan berlaku pada dunia di tahun 2000 iaitu seratus tahun akan datang.


Ketika bermulanya abad ke-20, Watkins telah menulis satu artikel yang diterbitkan di muka surat lapan sebuah majalah wanita Amerika, Ladies’ Home Journal bertajuk Apa yang Akan Berlaku 100 Tahun Akan Datang.

Watkins memulakan artikel tersebut dengan mengatakan bahawa ramalan yang dibuatnya itu mungkin nampak pelik dan mustahil namun menjelaskan yang dia telah pun berbincang dengan beberapa institusi sains dan pembelajaran tentang pendapat mereka untuk 29 topik yang dia utarakan.

Baru-baru ini, The Post telah mengeluarkan artikel ini apabila seorang penyunting sejarahnya, Jeff Nilsson memuji beberapa ramalan Watkins yang tepat.

Artikel berkaitan: “Adakah ramalan Baba Vanga tepat lagi?” – Pernah Ramal Kejadian Besar Dunia. Kini Kecoh Mengenai Presiden US Pula!

Artikel berkaitan: “Manusia boleh kawal cuaca” – 4 Ramalan Pelik Yang Didakwa Akan Berlaku Tahun 2020

Kalau korang nak tahu apa ramalan tersebut, baca dekat bawah ni:

Ramalan Watkins benar belaka

5624F34Edd0895C3588B45Ce

1. Gambar digital berwarna

Dah tentu Watkins tak gunakan perkataan “digital” di dalam artikel tersebut atau memberitahu dengan tepat macam mana kamera dan komputer berfungsi, tapi dia telah meramal bagaimana orang akan menggunakan teknologi gambar terbaru.

Gambar akan ditelegraf dari pelbagai jarak. Jika ada pertempuran di China dalam masa 100 tahun akan datang, gambar paling menarik yang diambil dari pertempuran tersebut akan disiarkan di dalam surat khabar sejam kemudian dan gambar ini akan menghasilkan semua warna semulajadi.”

Apabila Watkis membuat ramalan ini, gambar yang diambil pada ketika itu tentang apa yang berlaku di China akan mengambil masa seminggu untuk disiarkan dalam surat khabar Barat. Malah pada ketika itu, teknologi boleh mengambil gambar merupakan satu keajaiban untuk dorang dan gambar berwarna pula sangat eksperimental.

Jadi, bila dia cakap tentang kamera yang boleh mengumpulkan maklumat dari hujung dunia yang lain dan menghantarnya dengan cepat, dia bukan sahaja bercakap tentang teknologi yang sedia ada dan apa yang akan berlaku nanti, ia adalah lebih daripada apa yang difikirkan orang pada ketika itu.

2. Telefon bimbit

01 Gettyimages 1214349564 Compressed 1024X683 1

Telefon tanpa wayar dan litar telegraf akan menjangkau dunia. Seorang suami di tengah-tengah lautan Atlantik akan boleh bercakap dengan isterinya yang sedang duduk di meja soleknya di Chicago. Kita juga boleh telefon China seperti kita boleh cakap sekarang dari New York ke Brooklyn.”

Panggilan antarabangsa memang tak wujud masa era Watkins. Malah, artikel ini dikeluarkan 15 tahun sebelum panggilan pertama dibuat oleh Alexander Bell.

3. Televisyen

Manusia boleh melihat apa yang berlaku di seluruh dunia. Orang dan barang akan dibawa di hadapan kamera yang disambungkan dengan elektrik beserta skrin di arah bertentangan, beribu batu jauh dalam satu masa yang sama.”

Watkins telah melihat kamera dan skrin disatukan oleh litar elektrik iaitu satu perkara yang hanya wujud pada abad ke-20 oleh televisyen siaran langsung dan webcam.

4. X-Ray

X Ray Skeleton

Doktor akan boleh melihat dan diagnos organ dalaman badan yang bergerak dan masih hidup menggunakan sinaran cahaya yang tak boleh dilihat.”

Hari ini, X-rays, MRI, imbasan CAT dan ultrasound adalah antara teknologi perubatan yang paling dihargai.

5. Sayur akan dibuat di makmal

Sayur akan dimandikan dengan lampu elektrik yang sangat berkuasa seperti cahaya matahari untuk percepatkan tumbesaran. Kuasa elektrik di dalam tanah akan membuatkan sayur tumbuh dengan lebih besar dan cepat serta akan mematikan lalang.”

Sayur yang ditanam di dalam kaca telah pun menjadi realiti untuk membuatkan tumbesaran mereka menjadi lebih cepat.

Dahsyat jugak. Korang boleh ke imagine apa yang bakal berlaku 100 tahun akan datang ni?

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.