Bukan semua pulau di dunia ini didiami oleh manusia. Di Jepun saja, ada tiga buah pulau popular yang majoriti ‘penduduknya’ adalah haiwan.
Berikut adalah senarai antara lima pulau di dunia yang hanya didiami oleh haiwan.
1. Pulau Flamingo, Aruba
Dimiliki secara persendirian oleh Renaissance Hotel, korang boleh menginap di pulau ini dengan harga sekitar RM880 hingga RM2,201 satu malam.
Flamingo yang tinggal di pulau ini pula difahamkan sudah terbiasa dengan kehadiran manusia dan memang akan posing kalau diberi makan.
2. Pulau Assateague, Amerika Syarikat
Pulau Assateague merupakan pulau dengan panjang 37 batu diantara Maryland dan Virginia. Penduduk tetapnya pula adalah kuda dan bukannya manusia.
Tak siapa tahu dari manakah kuda-kuda ini datang tapi ada teori yang mengatakan kesemua haiwan ini terselamat daripada sebuah insiden kapal karam.
Setiap tahun, di Virginia, beberapa ekor kuda liar di pulau ini akan dibawa ke daratan dimana mereka mungkin akan mendapat tuan baru. Bagi Maryland pula, kerajaan di situ memilih untuk membiarkan saja kuda-kuda terbabit hidup liar.
3. Pulau Babi, Bahamas
Pulau ini mungkin bukan pulau pilihan untuk dilawati mereka yang beragama Islam kerana penghuninya ialah babi.
Terletak di daerah Exuma, Bahamas, pulau ini didiami beberapa ekor babi yang teramat peramah dimana jika ada bot yang terlalu dekat dengan mereka, babi ini mungkin melompat masuk sebab nak cari makan.
Teori mengatakan babi-babi ini sengaja ditinggalkan kelasi kapal supaya mereka membiak dan boleh dijadikan makanan dan ada juga yang mengatakan mereka terselamat daripada insiden kapal karam.
4. Pulau Monyet, Puerto Rico
Menjadi antara pulau yang tidak boleh dilawati sembarangan orang, pulau yang terletak di Cayo Santiago, Puerto Rico ini didiami sekitar 950 ekor monyet daripada spesies Rhesus.
Monyet-monyet di pulau ini dipercayai pertama kali datang ke pulau berkenaan selepas mereka dibawa ke situ pada tahun 1938 dari India untuk tujuan kajian saintifik.
Sehingga kini, pulau terbabit masih lagi menjadi tapak uji kaji bagi beberapa institusi dan orang awam pula hanya boleh melihat monyet-monyet di pulau ini dari atas bot sahaja.
6. Pulau Ular, Brazil
Rasanya pulau ini adalah antara pulau yang dikenali ramai kerana reputasinya sebagai antara pulau paling berbahaya di dunia.
Kalau korang nak tahu, pulau ini menjadi habitat kepada ratusan ekor ular berbisa daripada baka Bothrops insularis atau juga dikenal sebagai golden lancehead. Untuk pengetahuan, ular baka ini merupakan antara spesies ular paling berbisa di dunia.
Tak dapat dipastikan berapakah jumlah sebenar ular yang mendiami pulau ini namun apa yang pasti, sesiapa yang datang ke sini dengan sengaja memang menempah maut.
Sumber: Atlas Obscura, Travel and Leisure
Baca: “Sebaris Bali, Phi Phi & Lombok” – Langkawi Tersenarai Antara Pulau Terbaik Di Asia Tenggara