in

5 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kes Pemburuan Kejam Penyu Hijau di Sabah

Penyu Hijau Buru

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kepupusan haiwan terancam seperti gajah, orangutan dan penyu bukanlah suatu hal yang baru. Spesis hidupan liar ini merupakan ‘kemegahan’ atau aset bernilai negara, namun akibat kerakusan manusia ia terhapus ditelan arus pembangunan.

Terbaru minggu ini, penemuan bangkai-bangkai penyu hijau berdekatan pesisiran pantai pulau-pulau pelancongan di Sabah menimbulkan kebimbangan.


Berikut kami kongsikan lima perkara yang perlu anda tahu mengenai ancaman yang menimpa penyu-penyu hijau di Sabah:

 

1. Penemuan bangkai penyu hijau di Pulau Bum Bum, Sabah 

Baru-baru ini tersebarnya beberapa keping gambar yang menunjukan beberapa buah bangkai penyu yang terapung di perairan pantai Pulau Bum Bum, dekat Semporna Sabah, lapor World of Buzz.

Turtles
sumber: wob

Ia telah ditemui oleh penduduk kampung yang berdekatan selepas mereka terlihat objek pelik di tepi laut. Selepas diperiksa, ternyata objek tersebut merupakan bangkai penyu hijau yang juga sebuah spesis hidupan yang terancam.

 

2. Telur penyu jadi buruan pemburu haram

Ketika bangkai penyu-penyu tersebut ditemui, hidupan itu kelihatan seperti sudah ‘dikorek’ isinya pada bahagian bawah badan dan dan ia dibiarkan dalam keadaan cangkerangnya diterbalikkan.

21768119 2020470591519694 8861469346731333994 N
sumber: wob

Walau bagaimanapun, cangkerang penyu tersebut masih kukuh terlekat pada badan dan pemburu tersebut dipercayai membunuh haiwan berkenaan untuk mendapatkan telur-telurnya. Sebaik sahaja telur penyu didapati, bangkai haiwan tersebut dibuang ke pesisiran pantai.

Malah selepas tersebarnya gambar tersebut, netizen dan pihak NGO meminta supaya orang awam berhenti memakan telur penyu.

“Penyu-penyu tidak bersalah ini telah diterbalikkan dan dibuang bangkainya setelah telur mereka dapati. Kalau kita berhenti dari makan telur penyu ini, maka permintaan terhadapnya akan berkurangan. Marilah kita bersama-sama menyelamatkan penyu ini!” kata seorang netizen di World of Buzz.

 

3. Penemuan bangkai penyu hijau LAGI di Pulau Mabul

Tidak cukup dengan penemuan yang lepas, seorang pelancong melaporkan bahawa tujuh bangkai penyu ditemui lagi di Pulau Mabul, Sabah. Seorang netizen dengan nama Joe Starzz telah merakam penemuan tersebut secara live di Facebook.

Screen Shot 2017 10 02 At 3.17.17 Pm 1
sumber: wob
Screen Shot 2017 10 02 At 3.21.02 Pm
sumber: wob

Kesemua bangkai tersebut ditemui dalam keadaan terikat antara satu sama lain dan terapung di perairan Mabul. Sama seperti bangkai sebelumnya, penyu berkenaan dilapah isinya dan ia mengeluarkan bau yang sangat tidak menyenangkan. Teruknyaa! 

Main Ni 0210 P17A Nurilyanna 1 11540095
sumber: wob

Menurut penduduk pulau melalui siaran live Facebook tersebut,

“Kami cuba untuk bawa bangkai tersebut jauh dari pulau supaya ia tidak tersekat pada rumah atas air dan resort di Mabul. Kami tak pasti apa yang perlu kami lakukan dengan ini (bangkai), tapi kami bercadang untuk tarik ia ke lautan luas.

“Kami juga akan tandakan kawasan tersebut dan perhatikan kawasan lain kalau ada banyak bangkai lagi. Penyu ini telah dijumpai salah seorang pelancong yang kemudiannya melaporkan kepada kami.”

 

4. Penyu hijau makanan eksotik? 

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, pembunuhan penyu laut ini adalah ekoran daripada permintaan pelancong yang mahukan daging penyu yang eksotik ketika melancong di Sabah.

Telur
sumber: mstar

“Kemungkinan ada berlakunya pembekalan daging eksotik haram dan kami sedang menyiasat akan dakwaan tersebut.

“Malah ada juga yang mendakwa kemasukan pelancong yang ramai telah mengakibatkan naiknya jumlah kematian penyu dan hidupan liar lain.

“Dengan itu, teori yang mengatakan penyu tersebut dibunuh untuk dijadikan makanan eksotik kepada sesetengah pelancong mungkin benar dan kami masih lagi menyiasat. Buat masa ini, ia hanyalah teori semata-mata,” katanya kepada The Borneo Post.

 

5. Seorang suspek ditahan atas dakwaan pemburuan penyu haram

Walau bagaimanapun, hari ini pihak polis telah menangkap seorang lelaki berumur 60 tahun bagi membantu siasatan kes aktiviti pemburuan penyu di Pulau Bum Bum dekat Kampung Pantau-Pantau, lapor Hype.

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga, nelayan tersebut akan direman selama lima hari untuk siasatan lanjut. Manakala pihak berkuasa pula akan terus menyiasat jikalau ada lagi individu yang terlibat dalam kes ini. Pencarian juga akan diteruskan di sekitar pulau dekat perairan Semporna, Sabah.

Augustine Tuuga 11
sumber: fmt

Pun begitu, pihak berkuasa berkemungkinan berhadapan dengan masalah kerana kes ini melibatkan masyarakat nomad laut iaitu Bajau Laut yang tidak mempunyai kewarganegaraan. Aktiviti pemburuan haram yang dilakukan Bajau Laut ini bukanlah perkara baru, malah mereka telah melakukan perkara ini sejak sekian lama.

Walau bagaimanapun, diharapkan pihak berkuasa dapat menangani masalah ini dengan baik. Jikalau pemburuan haram sebegini masih berlanjutan, maka spesis penyu hijau akan perlahan-lahan pupus dari negara kita. Sayang sungguh aset negara pupus dengan begitu sahaja!

Marilah kita sama-sama membantah pemburuan penyu secara kejam dan haram.  

Baca: “Saya kecewa dengan laporan oleh pihak tertentu” – Rumah Aliff Syukri Diserby Dua Agensi Penguat Kuasa

Spesis Aliff

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.