Selebriti ni semua benda pasal dorang besar, kereta besar, rumah besar, gaji besar jadi memang tak hairanlah kalau drama di antara dorang pun besar jugak.
Dekat Malaysia, dalam masa satu minggu ni je ada dua pergaduan di antara influencers dan selebriti yang telah berlaku sehingga tak menang tangan netizen nak follow.
Jadi disebabkan ini, apa kata kita tengok pergaduhan di antara selebriti yang paling popular pernah berlaku sepanjang zaman ni. Mesti ada yang korang tahu.
Artikel berkaitan: Selain Shila Amzah, Ini 5 Pergaduhan Adik Beradik Paling Epik Pernah Berlaku Sepanjang Zaman
Artikel berkaitan: “Cerita pasal followers je” – Pernah Berkawan & Bergaduh, Zarina Anjoulie ‘Expose’ Pasal Fathia Latiff
1. Taylor Swift vs. Kanye West
Pergaduhan di antara Taylor Swift dan Kanye West ni berterusan sehingga lebih satu dekad! Semuanya bermula sejak Kanye West hijack kemenangan Taylor Swift di MTV’s Video Music Awards pada 2009.
Namun begitu, dua selebriti ini kemudiannya telah berbaik pada tahun berikutnya dan Kanye turut mengatakan yang dia terbuka untuk membuat muzik baru dengan Taylor Swift pada tahun 2015.
Tapi selepas rancangan untuk berkolaborasi gagal, Kanye telah mengeluarkan lagu bertajuk Famous dan di dalam liriknya turut mengatakan bahawa dia merupakan punca Taylor Swift meraih popularitinya.
Disebabkan ini Taylor menyatakan secara terbuka tentang rasa tak suka dia terhadap lirik Kanye itu di mana dia telah menuduh rapper tersebut merendahkan kejayaannya.
Ada banyak lagi drama susulan yang berlaku lepas kejadian ni, nak dipendekkan cerita, dorang ni memang nampak tak ada harapan nak berbaik.
2. Paris Hilton vs. Nicole Richie
Masa zaman sekolah dulu, korang mesti pernah tengok realiti TV popular The Simple Life kan? Ia merupakan realiti TV di mana dua orang rakan baik, Paris Hilton dan Nicole Richie yang dibesarkan oleh keluarga kaya ni cuba untuk menjalani kehidupan seperti orang biasa.
Tapi bila populariti mereka di tahap tertinggi, kedua-dua rakan baik ni tiba-tiba berperang.
Ia bukanlah rahsia besar yang saya dan Nicole dah tak berkawan. Nicole tahu apa yang dia buat dan itu je yang saya akan cakap tentang perkara.”
Menurut laporan, Nicole dikatakan cemburu dengan perhatian yang diperolehi oleh Paris daripada media, marah kerana tidak dijemput ke sesetengah majlis Paris dan tak dijemput semasa Paris membuat penampilan di Saturday Night Live pada Februari 2005.
Disebabkan ini, Nicole dikatakan telah membuat satu parti untuk menjayakan kemunculan Paris di SNL sebelum menayangkan rakaman seks popular Paris Hilton yang pernah tular pada tahun 2003.
Sejak dari ini, dua selebriti telah menghabiskan dua lagi season The Simple Life.
Saya dah lama tak bercakap dengan dia. Tapi kami masih kawan baik dan saya sayangkan dia dan keluarganya.” – Nicole
3. Martha Stewart vs. Gwyneth Paltrow
Dua ikon lifestyle ini telah bergaduh sejak tahun 2014 selepas Martha Stewart menyelar tindakan Gwyneth Paltrow yang memulakan perniagaan lifestyle, Goop.
Dia seorang bintang filem. Kalau dia yakin dengan lakonannya, dia tak cuba nak jadi Martha Stewart.”
Drama di antara dua selebriti ini tak terhenti di situ apabila Martha telah memuat naik resipi yang dipanggil “conscious coupling” yang turut diletakkan dalam majalahnya selepas Gwyneth memfailkan penceraian dari Chris Martin dengan mengatakan keputusannya itu adalah disebabkan “conscious uncoupling“.
Sebulan kemudian, Gwyneth turut memuat naik resipi yang sama dengan menamakan resipi tersebut sebagai “jailbird cake” yang dianggap sebagai ejekan terhadap pemenjaraan Martha kerana dakwaan penipuan pada 2004.
4. Joan Crawford vs. Bette Davis
Pergaduhan klasik paling legend dalam sejarah Hollywood adalah di antara Joan Crawford dan Bette Davis. Pergaduhan di antara dua pelakon ini sangat popular sehingga ia turut menjadi inspirasi rancangan FX yang bertajuk Feud.
Pergaduhan di antara Joan dan Bette ini dikatakan bermula pada 1935 apabila Bette dilaporkan telah jatuh cinta dengan pelakon lelaki Franchot Tone ketika penggambaran filem Dangerous sebelum Joan tiba-tiba berkahwin dengan Franchot sejurus selepas penggambaran filem tersebut tamat.
Permusuhan di antara dua pelakon ini mencapai kemuncak ketika mereka bersama-sama digandingkan dalam filem Whatever Happened to Baby Jane? di mana keadaan dilaporkan tegang di set penggambaran.
Kemudian, apabila Bette dicalonkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi untuk wataknya, Joan telah merancang supaya dia dapat naik ke pentas untuk mengambil anugerah tersebut bagi pihak pemenang iaity Anne Bancroft. Kedua-dua bintang ini dikatakan tak pernah berbaik sehingga mereka berdua meninggal dunia.
5. Kim Cattrall vs. Sarah Jessica Parker
Korang mungkin kenal pelakon ini sebagai kawan baik di dalam Sex and the City, tapi di dunia sebenar, dua pelakon ini memang tak kawan langsung! Dikatakan, pergaduhan ini bermula apabila Kim Cattrall enggan berlakon dalam filem ketiga Sex and the City sebelum berkata dalam satu temubual bahawa dia berharap Sarah Jessica Parker mungkin boleh menjadi orang yang lebih baik.
Kemudian pada tahun 2018 apabila Sarah menghantar ucapan simpati apabila adik Kim meninggal dunia, Kim memuat naik posting di Instagram mengatakan:
Mak aku tanya harini, bila si hipokrit @sarahjessicaparker tu nak berhenti ganggu kau?
Bila kau berhubung semula dengan aku, ia jadi peringatan berterusan tentang kekejaman kau dari dulu sampai sekarang. Biar aku jelaskan perkara ni, kau bukan keluarga aku, kau bukan kawan aku.
Jadi, untuk kali terakhir tolong berhenti eksploitasikan tragedi kami untuk teruskan persona “perempuan baik” kau.”
Dikatakan juga, kali terakhir Sex and The City jalani penggambaran bersama Kim, kesemua pelakon di set berhenti bercakap dengan Kim.
Sumber: Elle, People, Business Insider, Cafe Mom