in

5 Pengarah Sanggup Buat ‘Kerja Gila’ Semata-mata Nak Siapkan Filem Dorang!

collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat filem ni bukan benda yang senang, jangan fikir kalau ada idea je korang boleh terus rakam. Ia merupakan satu proses, kena cari dana, lokasi, pilih pelakon yang betul dan krew-krew yang tahu jalankan tugas dorang.

Siapa yang kena fikir semua benda ni? Dah tentulah pengarah, dorang kena pastikan semua elemen-elemen dalam filem yang nak dibuat tu dapat direalisasikan.


Tapi ada juga pengarah yang sanggup lakukan “benda gila” semata-mata nak dapatkan filem yang dorang mahukan. Jadi artikel kali ini, kita akan tengok beberapa pengarah yang sanggup buat apa saja untuk pastikan filemnya sama seperti apa yang ada dalam kepala dorang. Jom baca!

5 Pengarah Sanggup Buat ‘Kerja Gila’ Semata-mata Nak Siapkan Filem Dorang!

1. Werner Herzog

fitzcarraldo

Filem Fitzcarraldo arahan Werner Herzog menceritakan kisah tentang Brian Sweeney Fitzgerald, seorang lelaki Irish yang cuba untuk membawa kapal wap menaiki bukit di Amazon Basin dengan niat untuk mendapatkan bekalan getah yang banyak.

Kalau zaman sekarang, biasanya filem macam ni akan menggunakan kesan visual yang banyak sebab susah kot nak tolak kapal besar naik bukit? Tapi pada tahun 1982, kesan visual pada masa itu tak lah sehebat sekarang.

Werner pula enggan filemnya nampak murah dan tak real kalau dia gunakan kapal tipu dan bergantung pada kesan visual kemudian. Jadi, untuk mendapatkan apa yang diinginkan, Werner telah menyediakan kapal wap seberat 320 tan ini dan menolaknya sendiri ke atas bukit yang curam sambil dibantu oleh penduduk-penduduk tempatan di lokasi.

Walaupun ramai menganggap tindakan Werner ini satu tindakan yang gila, bagi pengarah ini dia sanggup lakukan apa sahaja bagi mendapatkan filem yang dia mahukan.

Kalau saya perlu panjat neraka sendiri untuk dapatkan filem ini dari cengkaman syaitan, saya akan buat. Saya tak boleh benarkan diri saya untuk fikir sesuatu perkara itu mustahil semasa menghasilkan Fitzcarraldo.”

Malah Werner mengatakan, tak ada orang yang sanggup atau akan buat apa yang dia buat ni semata-mata untuk buat filem. Korang tengok sendirilah macam mana susahnya dorang nak tolak kapal besar ni naik bukit kat bawah ni!

2. Francis Ford Coppola

2665.jpg

Filem Apocalypse Now merupakan contoh kesusahan yang berlaku semasa penggambaran boleh mendatangkan hasil yang gempak dalam filem.

Ketika awal penggambarannya, banyak set-set filem yang dah dibina di Iba, Filipina telah dihancurkan oleh taufan besar. Ini menyebabkan pembikinan filem ini terpaksa dihentikan dan ramai krew yang tersadai di sana.

Bagaimanapun, Francis menggunakan masa ini untuk meneruskan kajiannya bagi menghasilkan filem tersebut. Ketika filem ini memulakan penggambarannya semula, salah seorang pelakon utama Martin Sheen telah mengalami serangan jantung di dalam hutan dan hampir mati.

Tapi Francis tak kisah, dia tetap meneruskan penggambarannya dan pelakon tersebut perlu berlakon semua sebulan kemudian.

Walaupun banyak perkara yang berlaku menyebabkan penggambaran terpaksa dihentikan, Francis tetap tak putus asa. Dia tetap kembali ke hutan tersebut setiap hari walaupun bahaya.

Tak cukup dengan itu, dia turut mengarahkan kerbau air untuk disembelih menggunakan parang untuk babak terakhir filemnya. Francis pernah berkata:

Ketika kami di hutan, kami terlalu ramai, kami juga mempunyai akses kepada duit yang terlalu banyak, peralatan yang terlalu banyak dan sedikit demi sedikit kami jadi gila.”

3. Tim Burton

2f91da476e876395 600x338 1

Korang mesti pernah tengok filem Willy Wonka yang diarahkan oleh Tim Burton kan? Kalau korang tengok filem ni korang mesti fikir yang filem ini mesti banyak gunakan kesan visual untuk nampak semua benda dalam kilang cokelat tu real kan.

Dalam filem ni ada satu babak di mana Johnny Depp yang melakonkan watak Willy Wonka mengatakan yang dia telah melatih sendiri tupai-tupai di kilang tersebut untuk pecahkan kacang untuk diproses.

Apa yang korang tak tahu, Tim sendiri telah menempah berpuluh-puluh tupai untuk dilatih selama berbulan-bulan bagi mendapatkan babak tersebut tau. Jadi apa yang korang tengok dalam filem tu memang tupai sebenar tau! Bukan tu je, babak tupai serang Veruca Salt tu pun dorang gunakan tupai yang telah dilatih untuk melakonkan babak tersebut. Fuh!

4. Stanley Kubrick

The Shining 008.jpg

Stanley Kubrick merupakan salah seorang pengarah filem terbaik dalam sejarah filem namun reputasinya ini bukanlah datang dari jadi pengarah yang memahami. Stanley turut dikenali sebagai pengarah yang gigih dan sangat teratur, dan “perangainya” ini dapat dilihat dalam filem The Shining.

Pelakon filem Shelley Duvall yang melakonkan watak Wendy Torrance ini pernah mengatakan, babak terkenal dalam filem ini “Here’s Johnny!” telah mengambil masa tiga hari untuk dilakonkan dan mereka gunakan lebih 60 pintu yang ditukar apabila Jack Nicholson pecahkan pintu tersebut menggunakan kapak.

movies the shining shelley duvall

Tapi itu belum cukup gila, Stanley juga sanggup untuk mendesak pelakonnya lebih-lebih lagi Shelley. Bagi memastikan lakonan Shelley nampak real dia telah memaksa wanita ini untuk lakukan penggambaran babak yang sama berulang-ulang kali sehingga berjam-jam.

Malah dia turut meminta anaknya untuk tak bersimpati dengan Shelley bagi menampakkan yang wanita ini betul-betul tertekan seperti wataknya. Sehinggakan ketika penggambaran tersebut, rambut Shelley mula gugur kerana tekanan dan dia telah jatuh sakit di akhir penggambaran.

Untuk orang yang sangat cool dan disayangi, dia (Stanley) boleh jadi sangat kejam ketika penggambaran filem” – Shelley Duvall

5. Christopher Nolan

o featured.jpeg

Pengarah terkenal Christopher Nolan yang sering menghasilkan filem-filem di luar kotak pemikiran manusia seperti Interstellar dan Inception. Bulan depan, filem terbarunya Oppenheimer bakal keluar di pawagam.

Ia menceritakan mengenai J Robert Oppenheimer seorang ahli fizik yang telah mencipta bom atomik pertama untuk kerajaan Amerika Syarikat.

Sebagai seorang pengarah yang terkenal dengan kegemarannya untuk filemnya nampak real, dalam temubual bersama Total Filem Magazine, Nolan mendedahkan yang dia telah membuat letupan nukleur sebenar tanpa menggunakan kesan CGI.

Bukan tu sahaja, bagi mendapatkan effect hitam putih, Nolan telah menggunakan kamera filem untuk beberapa babak dan kerana Oppenheimer dibuat untuk skrin IMAX, dia terpaksa membuat sendiri gulungan filem mengikut spesifikasi IMAX. Yelah, zaman dulu mana ada IMAX kan? Tak sabar nak tengok!

Antara kerja-kerja gila yang Nolan pernah buat sebelum ini adalah letupkan kapal terbang Boeing 747 untuk Tenet, terbalikkan trak besar untuk The Dark Knight dan buat penggambaran di atas bongkah ais yang sedang cair untuk filem Interstellar.

Sumber: What Culture, The Guardian

 

Baca: 6 Filem Plot Twist Sepanjang Zaman, Ending Dia Confirm Buat Korang Terkejut!

feat 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.