in

5 Pegawai Kadet ALK Dari UPNM Dibatal Lantikan & Perlu Bayar Ganti Rugi

Ft Upnm Digantung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lima orang Pegawai Kadet (PK) Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit kes buli dikenakan tindakan pembatalan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kelima-lima pegawai yang terlibat adalah PK Amirul Iskandar Ahmad Norhanizan yang dituduh di mahkamah di sini atas kesalahan menekap seterika pada tubuh pelatih junior baru-baru ini.


Artikel berkaitan : Lagi Kes Buli Di UPNM, Senior Pij*k Junior Guna Kasut ‘Spike’

Artikel berkaitan : Lagi Kes Buli, Kali Ini Pelajar UPNM Retak Tulang Rusuk Dipijak Senior

Tak termasuk dengan hukuman lain

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelantikan PK kelima-lima individu terbabit juga dibatalkan dan diarahkan untuk membayar ganti rugi kepada kerajaan Malaysia.

3038150

“Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang semalam meluluskan syor daripada ALK ke ata lima PK ALK UPNM yang terlibat dalam tiga kes penganiayaan terhadap PK lain.”

“ALK mengesyorkan tindakan terhadap lima pelaku terbabit kepada MAT, termasuk pembatalan pelantikan sebagai PK dan pemberhentian kerja daripada perkhidmatan ATM.”

“Kesemua mereka harus membayar ganti rugi kepada kerajaan Malaysia yang dikira daripada keseluruhan perbelanjaan yang dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian mereka.”

Tambah Mohamed Khaled, tindakan yang dikenakan itu tidak termasuk dengan hukuman lain yang mungkin diambil oleh pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) atau UPNM sendiri.

“Kes ini dikesan oleh seorang jurulatih bertugas di ALK semasa melaksanakan pemeriksaan tubuh berkala pada 28 Oktobersusulan itu satu siasatan dijalankan dan pelaku sudah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.”

“Dalam kes kedua melibatkan tiga pelaku iaitu Izzat Izuddin Mohammad Arif (pelaku 1), Muhammad Hidayat Haqimi Mohd Yuslan (pelaku 2), dan Ku Muhammad Irfan Ku Zaimi (pelaku 3).”

“Ketiga-tiga pelaku melakukan antaranya salah laku secara fizikal, serta mengarahkan mangsa untuk melakukan kerja-kerja peribadi dan tindakan pengasingan yang menyebabkan gangguan emosi terhadap mangsa.”

Menurut sumber, kesemua tiga pelaku dalam kes kedua ditamatkan perkhidmatan dan masing-masing diarahkan membayar ganti rugi berjumlah RM48,452; RM19,481 dan RM44,600.

Dalam kes ketiga, ia membabitkan penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Ammar Hafiy Muhammad Habib yang didapati mendatangkan kecederaan fizikal kepada mangsa.

Katanya, tindakan salah laku Ammar Hafiy telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan pada tisu lembut di bahagian bawah belakang tubunya.

Download

“Pelaku dibatalkan pelantikan sebagai PK, ditamatkan perkhidmatan dalam ATM dan dikenakan bayaran ganti rugi kepada kerajaan Malaysia berjumlah RM32,115.95.”

“Kementerian Pertahanan (Mindef) memberi komitmen untuk memastikan sebarang tindakan bertentangan dengan etika serta peraturan yang ditetapkan akan ditangani dengan tegas dan keras.”

Oleh itu, Mindef berharap agar keputusan ini menjadi pengajaran kepada semua pihak serta dapat memulih dan memperkasa nilai-nilai ketenteraan yang sepatutnya diamalkan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.