in

5 Negara Jadi Pilihan Popular Untuk Pelajar Malaysia Sambung Belajar Di Luar Negara

Collage 36

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, pelajar-pelajar SPM 2023 baru sahaja dapat keputusan peperiksaan mereka Isnin lepas. Kali ini, seramai 11,713 calon telah mendapat semua A dalam mata pelajaran dorang sekaligus mencatatkan peningkatan berbanding tahun lalu.

Jadi sekarang ni, pelajar-pelajar lepasan SPM ni memang tengah sibuk memohon untuk melanjutkan pelajaran mereka ke universiti tempatan. Seperti biasa, akan ada juga yang membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ke luar negara bagi menyambung pelajaran di universiti terkemuka dunia serta merasai pengalaman tinggal di tempat orang.


Bagi yang nak memohon pelajaran di luar negara, korang mesti nak tahu negara mana yang paling popular dan jadi pilihan kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia kan? Jom baca kat bawah ni.

5. Kanada

Istock 1178852373

Kanada dikenali sebagai negara dengan budaya yang pelbagai dan sistem pendidikan yang berkualiti tinggi. Universiti-universiti di Kanada diraikan kerana penyelidikan dan inovasi mereka menjadikan ia destinasi utama untuk pelajar yang berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang teknologi, sains alam sekirat dan disiplin kesihatan.

Selain itu, pemandangan yang cantik, bandar yang selamat dan persekitaran yang mesra menjadikan ia satu tarikan untuk pelajar Malaysia yang mencari pengalaman belajar yang holistik.

Antara universiti yang ada di Kanada:

  • University of Toronto
  • McGill University
  • University of British Colombia
  • Université de Montréal
  • University of Alberta

4. Amerika Syarikat

Baker Library Harvard Business School Boston University.jpg

Menduduki tempat ke-4 sebagai negara popular pilihan pelajar Malaysia, Amerika Syarikat menawarkan pelbagai universiti dari segala jenis bidang. Daripada institusi Liga Ivy ke universiti awam besar dan kolej seni liberal, Amerika memang sukar ditandingi dalam kepelbagaian pilihan yang ditawarkan.

Negara ini juga turut menekankan inovasi yang dipadankan dengan peluang untuk pelajar melibatkan diri dalam penyelidikan terkini menjadikan ia negara pilihan pelajar Malaysia.

Antara universiti yang ada di Amerika Syarikat:

  • Harvard University
  • Yale University
  • Princeton University
  • University of Pennsylvania
  • Columbia University
  • New York University

3. Australia

5F3424F2988Ee31668198A09

Australia merupakan negara popular yang menjadi pilihan pelajar Malaysia ekoran jaraknya dengan Malaysia dan iklim yang seakan sama. Universiti Australia dikenali dengan fokus mereka dalam penyelidikan terutamanya dalam bidang seperti perubatan, sains alam sekitar dan kejuruteraan.

Tak cukup dengan itu, kehidupan negara yang tenang dan kehidupan meriah pelajar-pelajar di sana di luar sesi pembelajaran membuatkan ia pilihan yang menarik untuk pelajar antarabangsa.

Antara universiti yang ada di Australia:

  • Australian National University
  • The University of Sydney
  • University of Melbourne
  • University of New South Wales
  • University of Queensland
  • Monash University

2. United Kingdom

View University Of Oxford England

Memang tak pelik UK menduduki tangga tangga kedua sebagai destinasi pilihan popular untuk pelajar Malaysia. Mana tidaknya, UK memiliki universiti-universiti berprestij di dunia seperti Oxford dan Cambridge yang menjadi tarikan kepada ramai pelajar di seluruh dunia.

Kualiti pendidikan British dan negaranya yang kaya dengan sejarah dan budaya menjadikan ia antara negara popular di kalangan pelajar Malaysia. Sistem pendidikan UK juga turut dikenali dengan piawaian yang ketat dan mengamalkan pemikiran kritikal dan mementing keperibadian individu.

Antara universiti yang ada di UK:

  • University of Oxford
  • University of Cambridge
  • University of London
  • The University of Manchester
  • University of Edinburgh
  • University of Bath

1. Korea Selatan

15974366 Sunrise Over Traditional Shop Houses In Seoul

Negara paling popular yang menjadi pilihan pelajar Malaysia adalah Korea Selatan. Budayanya yang popular serta dunia hiburan di sana telah mempengaruhi minat ramai pelajar Malaysia untuk menyambung pelajaran di sana.

Selain budaya pop, Korea Selatan turut menawarkan sistem pendidikan mantap dengan universiti yang cemerlang dalam bidang teknologi, perniagaan dan seni. Negara ini juga turut menggabungkan nilai-nilai moden dan tradisional serta menawarkan pelajar-pelajarnya campuran unik budaya serta akademik.

Antara universiti yang ada di Korea Selatan:

  • Seoul National University
  • Korea University
  • Sungkyunkwan University
  • Yonsei University
  • Sejong University
  • Hanyang University

Sumber: GL UHAK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.