in

5 Kisah Benar Yang Menyayat Hati Jadi Inspirasi Disebalik Lagu-Lagu Ini!

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap lagu yang dibuat mesti diinspirasikan dari sesuatu, sama ada ia terhasil dari perasaan gembira atau pun kekecewaan. Sebab tu kadang-kadang bila kita dengar lagu, kita boleh rasa emosinya sehingga buat kita nak dengar berulang kali.

Namun begitu, ada juga beberapa lagu yang kita ingat kita tahu apa yang cuba disampaikan tapi sebenarnya ia memberikan maksud yang lain. Dekat bawah ni merupakan lagu-lagu yang korang mungkin pernah dengar tapi sebenarnya disebalik lagu ni terdapat kisah-kisah hitam yang dijadikan inspirasi.


1. Wake Me Up When September Ends – Green Day

Lagu Wake Me Up When September Ends ini adalah dari album kumpulan Green Day yang bertajuk American Idiot. Kebanyakan lagu dalam album ini bertemakan sebagai protes tapi kalau korang dengar balik, lagu Wake Me Up When September Ends ni macam tak sesuai je ada dalam album ni.

Kalau korang nak tahu, lagu yang ditulis oleh penyanyi utama Green Day Billie Joe Armstrong, ini adalah mengenai kematian bapanya. Bapa Billie Joe meninggal dunia akibat kanser pada September 1982. Dikatakan, ketika itu dia baru sahaja berumur 10 tahun dan ekoran kematian ini, Billie Joe telah mengurung dirinya di dalam bilik dan memberitahu ibunya untuk “Wake me up when September ends.”

Saya rasa ia hanyalah sesuatu yang melekat dalam diri saya. Bulan Septembar adalah ulangtahun yang suram untuk saya. Ia merupakan sesuatu yang pelik bila perkara seperti ini berlaku sewaktu kita sangat muda, ia seperti kehidupan bermula kembali.

Saya fikirkan ayah saya setiap hari. Saya elak untuk tulis tentang dia dan akhirnya saya tulis juga dan saya rasa bebas. Ia bukan emosi yang negatif, lagu ini dibuat sebagai penghormatan untuknya.”

2. The Hurricane – Bob Dylan

Ramai pemuzik yang menggunakan lagu mereka untuk memberitahu pendapat mereka mengenai sesuatu topik. Ini juga apa yang dilakukan oleh Bob Dylan untuk lagunya yang bertajuk “The Hurricane.

Lagu ini adalah mengenai protes Bob Dylan terhadap ahli gusti Rubin ‘Hurricane’ Carter dan rakannya John Curtis yang telah dijatuhkan hukuman atas tuduhan membunuh. Rubin dikenali sebagai seorang yang sering bercakap mengenai hak sivil dan menentang kekejaman yang dilakukan oleh polis terhadap orang berkulit hitam.

Ekoran ini, ramai orang percaya bahawa Rubin dan John telah dianiaya oleh polis atas tuduhan membunuh dua lelaki dan seorang wanita berkulit putih. Ini kerana, Rubin dan John mempunyai alibi yang kukuh serta fizikal mereka juga tak sama dengan apa yang dicari oleh polis selain mereka berkulit hitam. Pihak pendakwa raya pula hanya bergantung kepada dua saksi yang kemudiannya mengaku telah diasak oleh polis sehingga tertekan.

Bob Dylan telah membuat lagu ini bagi menyatakan sokongannya terhadap Rubin ketika perbicaraan semula namun lelaki ini sekali lagi dituduh bersalah dan dimasukkan semula ke penjara. Tuduhan ke atas peninju ini akhirnya digugurkan pada tahun 1988 selepas 20 tahun lelaki ini dipenjarakan atas kesalahan yang tidak dilakukan.

3. All My Love – Led Zeppelin

Robert Plant merupakan vokalis utama Led Zeppelin untuk lebih 10 tahun. Ketika ini, dia telah menulis dan mempersembahkan beratus-ratus lagi tapi antara lagu-lagu ini, “All My Love” merupakan lagu paling bermakna untuknya. Ini kerana, lagu tersebut ditulis sebagai penghormatan untuk anak lelakinya yang meninggal dunia secara tiba-tiba di usia lima tahun.

Robert telah mendapat berita mengenai kematian anaknya ketika dia hampir menghabiskan konsert jelajahnya di Amerika Utara. Dia telah mendapat panggilan mengenai tragedi tersebut tak lama selepas menetapkan tarikh 30 Julai 1977 untuk bermain di New Orleans.

Robert diberitahu bahawa anak lelakinya itu telah meninggal dunia kerana penyakit perut. Led Zeppelin telah membatalkan semua persembahan yang telah dijadualkan dan tidak membuat apa-apa persembahan selama dua tahun.

Selepas kembali membuat persembahan, kumpulan ini kemudiannya berpecah pada 1980 selepas pemain drum mereka, John Bonham meninggal dunia ekoran pengambil alkohol yang melampau.

4. Tears in Heaven – Eric Clapton

Lagu Tears in Heaven yang didendangkan oleh Eric Clapton ini memang lagu yang sangat beremosi. Ia ditulis dari tragedi peribadi yang menimpa penyanyi ini.

Pada tahun 1991, anak lelaki Eric, Conor telah terjatuh dari tingkap tingkat 53 sebuah bangunan ketika Eric tinggal di hotel berhampiran. Eric sepatutnya menjemput Conor di sana selepas makan tengahari namun ia berubah menjadi dia perlu mengenal pasti mayat anaknya.

Eric telah berhenti dari bermain muzik untuk proses kehilangannya ini namun kembali semula dan mula menulis lirik untuk lagu Tears in Heaven dengan bantuan rakannya Will Jennings.

Menurut Eric, kelahiran anaknya ini telah membuatkan dia berhenti dari mengambil dadah dan kematian anaknya ini juga akan menjadi motivasi untuk dia terus jauh dari dadah.

5. Ibu Tunggal – Khid Buck

Korang masih ingat lagi tak satu video menunjukkan seorang ibu tunggal anak sembilan telah meraung dan menangis selepas dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati ekoran mengedar dadah?

Ekoran video tular ini, sebuah lagu telah ditulis mengenai ibu tunggal ini dan hukuman yang diterimanya. Lagu ini menceritakan tentang bagaimana seorang ibu tunggal yang terpaksa memilih jalan hitam untuk menyara anak-anaknya telah dihukum gantung ekoran statusnya sebagai orang biasa yang tiada pangkat.

 

Baca: “Ada masa sedih, ada masa seram” – Lagu Baru Malique ‘Remix’ Mona Fandey Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Screenshot 2023 07 04 At 2.35.05 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.