in

5 Kes Banduan Larikan Diri Dari Penjara Ni Memang ‘Confirm’ Buat Korang Cemas!

collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banduan melarikan diri dari penjara ni bukanlah perkara yang luar biasa. Malah di Amerika Syarikat, hampir 2,000 banduan telah melarikan diri dari penjara setiap tahun.

Kebanyakan yang lari ni biasanya apabila dorang keluar dari penjara untuk membuat kerja yang diberikan atau ketika mendapat izin untuk keluar sebentar jadi tak ada apa yang hebat tentang perkara ini.


Namun, apa yang nak diceritakan pada artikel kali ini adalah antara kes banduan larikan diri dari penjara dengan cara yang epic! Ada yang gali lubang sampai berbatu-batu jauhnya di bawah penjara dan ada juga yang menipu sehingga dapat keluar. Jom baca!

1. Lari dari Penjara Alcatraz

60840290 compalcatraz

Penjara Alcatraz merupakan penjara yang terletak di sebuah pulau berhampiran San Francisco ini telah dianggap sebagai penjara yang paling mustahil untuk melarikan diri.

Mana tidaknya, penjara ini telah dikawal oleh pengawal penjara bersenjata di setiap sudut, jeriji besi di setiap sel dan dikelilingi oleh air yang sejuk beku dan sangat deras.

Penjara yang menempatkan penjenayah-penjenayah terkenal seperti Al Capone ini telah menyaksikan sebanyak 13 cubaan melarikan diri dari tahun 1934 ke 1962 namun semuanya gagal.

Namun pada pagi 12 Jun 1962, pengawal di Penjara Alcatraz telah dikejutkan dengan kehilangan tiga orang banduan mereka iaitu Frank Morris dan dua adik beradik, John dan Clarence Anglin.

Ketiga-tiga banduan ini telah melarikan diri pada 11 Jun 1962, setahun sebelum penjara tersebut ditutup selama-lamanya. Namun perancangan mereka untuk melarikan diri ini telah bermula beberapa bulan sebelumnya.

Morris yang merupakan seorang penjenayah pecah rumah dan perompak bersenjata ini merupakan salah seorang banduan yang paling bijak di Alcatraz. Dia telah mengajak adik beradik Anglins dan seorang pencuri kereta Allen West untuk turut serta dalam rancangannya.

Mereka bertiga telah membesarkan saluran pengudaraan di dalam sel mereka selepas setengah tahun menggunakan sudu dan mata gergaji yang mereka curi. Bagi mengurangkan bunyi “kerja” mereka ini, Morris telah mainkan alat muzik akordian pada waktu malam.

Habuk-habuk dari hasil korekan mereka itu telah ditutup dengan kadbod yang mempunyai warna yang sama dengan dinding sel. Saluran pengudaraan itu menuju ke terowong utiliti di mana mereka simpan satu rakit sepanjang 14 kaki yang diperbuat daripada baju hujan yang mereka curi dan kumpulkan.

Mereka juga turut membuat kepala boneka menggunakan kertas dan gam dan tinggalkan ia di atas katil.

Ketika masa untuk melarikan diri tiba, Allen West telah ditinggalkan selepas dia gagal mengalihkan pagar saluran pengudaraan di selnya. Morris dan Anglins kemudiannya tiba di terowong utiliti dan mengambil rakit yang mereka simpan di situ sebelum meluncur ke bawah paip dari bumbung penjara. Mereka tiba ke pantai dan mengembangkan rakit mereka. Mereka bertiga tak pernah lagi dilihat selepas itu.

Pihak berkuasa yang menyiasat kes ini merumuskan bahawa ketiga-tiga banduan ini sebenarnya tidak berjaya lari dan telah mati ketika percubaan tersebut namun adik perempuan Anglins mendakwa dia telah menerima panggilan telefon dari Clarence pada tahun 2012.

2. Lari guna pos

Richard Lee McNair

Richard Lee McNair bukan seorang pelarian yang biasa. Malah dia telah menggunakan cara yang bijak untuk larikan diri dengan poskan dirinya untuk keluar dari penjara. Walaupun dia telah ditangkap semua dan dimasukkan ke dalam penjara kawalan maksimun, kebijaksanaannya ini jelasnya telah menjadi buah mulut orang!

McNair telah dibesarkan oleh seornag pegawai polis dan sejak kecil dia telah menunjukkan kebijaksanaannya. Malangnya, dia telah menggunakan kelebihannya ini untuk merompak tempat penyimpanan bijirin di Minot, North Dakota pada 17 November 1987.

Ketika membuat rompakan tersebut, dia telah menembak dua lelaki yang mengejutkannya dan salah seorang dari mereka mati akibat kecederaan yang dialami. Oleh kerana ini, McNair telah disabitkan kesalahan kerana membunuh dan cubaan membunuh membuatkan dia mendapat dua hukuman penjara seumur hidup.

McNair sangat terdesak untuk lari dari penjara di mana dia telah mencuba untuk lepaskan diri melalui paip pengudaraan pada 1992 dan ditangkap semula pada tahun 1993.

Namun pada 5 April 2006, ketika dia dipenjarakan di Pollock, Louisiana, McNair telah menggunakan cara yang bijak dengan membuat satu kotak besar yang boleh memuatkan dirinya lengkap dengan corong pernafasan. Dia telah meletakkan dirinya di longgokan barang-barang untuk dipos dan dibawa ke sebuah gudang dengan menggunakan forklift di luar penjara.

Ketika saya berada dalam kotak tersebut, keadaannya memang sangat-sangat panas. Saya rasa macam terbakar. Peluh mengalir dari badan dan kepala saya rasa berkabus. Saya risau saya akan pengsan. Saya juga tak boleh bergerak kerana kotak tersebut sempit. Saya tak boleh nak lap peluh di dahi yang dah mengalir ke mata, leher, hidung dan tempat-tempat lain.”

Apabila pekerja gudang keluar untuk makan tengah hari, McNair telah melarikan. Dia telah ditahan oleh seorang pegawai polis di sebuah landasan kereta api berhampiran namun berjaya meyakinkan polis tersebut bahawa dia bukan banduan yang dicari.

McNair telah berjaya hidup bebas sehingga penghujung 2007 apabila dia ditahan semula kerana memandu kereta curi.

3. Catch Me If You Can

NYPICHPDPICT000007835619.jpg

Kalau korang pernah tengok filem Catch Me If You Can yang dilakonkan oleh Leonardo DiCaprio ini, korang mesti pernah dengar nama Frank Abagnale.

Frank Abagnale menghabiskan masa remajanya dengan membuat cek palsu. Dia juga turut berjaya menipu syarikat penerbangan Pan American dengan menjadi seorang juruterbang, bertahun-tahun berlakon menjadi pensyarah muda di Universiti Brigham Young dan mendapatkan wang tunai sebanyak US$2 juta dari cek palsu.

Abagnale kemudiannya ditahan di Montpellier, Perancis pada tahun 1969 dan menghabiskan enam bulan di penjara sana dan enam bulan di penjara Sweden sebelum dihantar pulang ke Amerika Syarikat. Di sana, Abagnale telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Abagnale yang memang mempunyai bakat menipu ini bagaimana pun telah cuba melarikan diri pada tahun 1971. Seorang pegawai polis yang membawa Abagnale ke penjara telah terlupa untuk membawa dokumen. Lelaki ini telah menggunakan kelalaian pegawai tersebut untuk melepaskan diri.

Dengan ketiadaan dokumen ini, Abagnale sedar yang pegawai-pegawai penjara mungkin menyangka yang dia merupakan seorang polis undercover. Jadi dia telah meminta kebenarkan untuk menggunakan telefon dan menghubungi rakannya Jean Sebring untuk membuat kad palsu sebagai Ejen FBI.

Selepas mendapat kad tersebut, Abagnale memberitahu pegawai penjara yang dia merupakan pegawai pemeriksa penjara dari FBI, sekaligus mengesahkan rasa curiga mereka.

Selepas berjaya meyakinkan pegawai di sana, Abagnale mendakwa yang dia perlu berjumpa seseorang di luar penjara dan perlu meminjam kereta. Apabila mereka berikan kereta tersebut, Abagnale telah melarikan diri.

Namun dua bulan selepas itu, dia ditahan semula di Washington dan dipenjarakan semula selama empat tahun.

4. Alexander Solonik

solonik3

Alexander Solonik merupakan seorang yang penuh misteri dan merbahaya. Dia merupakan seorang bekas anggota polis dan pakar pembunuh upahan yang mahir dalam seni mempertahankan diri.

Seorang pembunuhan upahan dengan gelaran seperti “Russian Jackal” dan Alexander the Great”, Solonik dibayar beribu-ribu untuk satu pembunuhan dan tak pernah mendedahkan identiti orang yang mengupahnya.

Dilahirkan pada 1960, Solonik telah berjaya membunuh pegawai berpangkat tinggi NATO ketika perang dingin.

Solonik turut menjadi seorang pegawai polis namun dipecat dalam masa enam bulan selepas melakukan kekejaman terhadap tahanan. Dia kemudiannya ditahan atas kesalahan merogol tak lama selepas itu. Ketika dia sedang dibicarakan, dia telah lompat keluar dari tingkap mahkamah dua tingkat dan terbang ke Siberia.

Lelaki ini kemudiannya telah ditahan ketika dia cuba mendapatkan pembedahan kosmetik di sebuah salon dan dipenjarakan selama dua tahun sebelum dia melarikan diri melalui sistem pengudaraan pada April 1990.

Mafia Rusia kemudiannya mengupah Solonik sebagai pembunuh upahan sebelum dia ditangkap dan dipenjarakan di pusat tahanan di Matrosskaya Tishina di Moscow selepas tercedera dalam pertempuran tembakan pada 1995.

Kerana tak mahu memberikan kerjasama dengan pihak polis, kumpulan mafia Rusia ini telah memberikan ganjaran kepada Solonik dengan memberikan dana untuk lari dari penjara. Dengan memberi rasuah kepada salah seorang pengawal penjara, mereka telah menyediakan tali dan alat memanjat serta pistol untuk Solonik lari dari penjara dan masuk ke dalam BMW yang menantinya di luar penjara.

Solonik kemudiannya melarikan diri ke Greece pada tahun 1997 selepas hampir ditangkap semula. Namun mafia yang mengupahnya tak mahu rahsia mereka bocor dan telah mengupah salah seorang rakan Solonik untuk membunuhnya.

Sasha Soldat menemui Solonik di sebuah rumah agam yang terletak berdekatan dengan Athens dan telah mencekik lelaki tersebut sehingga mati.

5. The Texas Seven

Texas 7 poster

Pada 13 November 2000, sekumpulan banduan yang dikenali sebagai “Texas Seven” telah melarikan diri dari penjara Texas. Tujuh lelaki ini, George Rivas, Michael Anthony Rodriguez, Randy Halprin, Donald Keith Newbury, Larry James Harper, Joseph Garcia, dan Patrick Henry Murphy sepatutnya menjalani hukuman berpuluh-puluh tahun di penjara.

Dipercayai, George Rivas merupakan orang yang bertanggungjawab merancang pelarian ini sebelum kongsikan rancangannya dengan yang lain-lain.

Waktu makan tengahari pada 13 Disember, kumpulan ini telah menjalankan tugas yang diberi. Waktu ini merupakan waktu yang paling kurang kawalan oleh pengawal penjara dan merupakan masa yang paling sesuai untuk bertindak.

Rancangan mereka sangat mudah, salah seorang perlu memanggil seorang pengawal penjara sementara seorang lagi memukul pengawal tersebut sehingga tak sedarkan diri.

Texas Seven berjaya menawan sembilan pihak pengurusan dan empat pengawal penjara. Selepas mengikat mangsa-mangsanya, kumpulan ini telah mencuri pakaian, kad kredit dan telefon mereka.

Menyamar menjadi orang biasa, tujuh lelaki ini telah keluar dari penjara dengan berpura-pura menjadi pekerja kamera CCTV untuk menukar monitor baru. Mereka kemudiannya mencuri sebuah trak dan keluar dari premis tersebut.

Mereka kemudiannya berpecah dan merompak beberapa kedai di seluruh Texas. Dengan ganjaran sebanyak US$500,000, kesemua Texas Seven ini telah ditangkap pada 23 Januari 2001.

Baca: 4 Penjenayah Malaysia Paling Digeruni & Diingati Sehingga Hari Ini

collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.