in

5 Kafe Halal Anda Perlu Cuba Jika Melancong Ke London

Page1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

London adalah salah satu destinasi percutian pilihan ramai. Tak kira bersama keluarga, rakan-rakan, suami atau bercuti secara solo, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang untuk merasakan pengalaman indah ketika berada di sana.

Antara tempat dan makanan yang anda perlu cuba adalah kafe yang menyediakan kopi serta pencuci mulut popular di sana. Jangan risau, sudah pasti kami senaraikan yang halal untuk anda… Hehehe


Ini dia 5 Kafe Halal Anda Perlu Cuba Jika Melancong Ke London!

 

1. BB Routemaster Bus

Bus

Uniknya di BB Routemaster Bus ini adalah anda boleh nikmati hi tea sambil melihat suasana kawasan tumpuan di sekitar London. Harga untuk menaiki bas ini agak mahal tetapi pengalaman yang dijanjikan sememangnya berbaloi. Anda pasti tidak mahu lepaskan peluang melihat Eye of London sambil menghirup teh atau kopi bersama pencuci mulut yang disediakan!

Alamat: Bas mengambil penumpang di 8 Northumberland Ave ATAU Victoria Coach Station

Waktu bas bertolak: 2.30pm or 3.30pm di Northumberland Ave ATAU 12 tengahari, 2.30pm dan 5.00pm di Victoria Coach Station

Harga: Dewasa bermula dengan RM272 dan kanak-kanak berumur 6 hingga 11 tahun bermula dengan RM194

Bus1

Bus2

Bus3

Bus4

 

2. Tiosk, Broadway Market

Tiosk

Kafe ini terkenal dengan pelbagai jenis teh yang boleh anda pilih untuk dinikmati bersama sandwic dan makanan lain. Sangat mudah untuk anda cari kerana kedudukannya strategik iaitu di Broadway Market; kawasan membeli belah yang penuh dengan produk segar, barangan seni dan kraf tangan serta bermacam-macam lagi. Selain teh, makanan untuk orang vegetarian juga ada di sini!

Alamat: 3 Broadway Market, London E8 4PH

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.30AM hingga 6.00PM), Ahad (10.30AM hingga 6.00PM)

T

Tiosk1

Tiosk2

Tiosk3

 

3. Motown Desserts

Motown

Jika anda seseorang yang sukakan pencuci mulut dihidangkan bersama aiskrim, ini lah tempat yang paling sesuai untuk anda cuba! Kafe yang berkonsepkan musikal ini menamakan menu di sini dengan nama seperti “Greatest Hits” dan “Tea-ckle Your Vocals”. Menarik kan? 

Alamat: 157 Bethnal Green Rd., London E2 7DG

Waktu operasi: Isnin-Ahad (12.00PM hingga 12.00AM)

Motown1

Motown2

Motown3

Motown4

 

4. Monmouth Coffee, Covent Garden

Mon

Anda seorang pencinta kopi yang sangat mementingkan bagaimana cara pembuatannya? Tak perlu kata apa-apa lagi kerana ini lah tempat yang perfect untuk anda cuba. Walaupun sudah mempunyai beberapa cawangan di sekitar London, tetapi anda dicadangkan untuk melawat cawangan yang pertama iaitu di Covent Garden.

Alamat: 27 Monmouth Street, Covent Garden, London, WC2H 9EU

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (8.00AM hingga 6.30PM), ditutup pada hari Ahad

Mon1

Mon2

Mon3

Mon5

 

 

 

5. The Hummingbird Bakery, Soho

Hum

Anda penggemar kek dan pencuci mulut? Jangan risau, The Hummingbird Bakery menyediakan pelbagai jenis kek dan pencuci mulut yang lain untuk anda cuba. Jangan lupa cuba best seller di sini iaitu Red Velvet!

 

 

Alamat: 55A Wardour Street, Soho, London W1F 8WG

Waktu operasi: Isnin-Sabtu (9.30AM hingga 8.00PM), Ahad (10.00AM hingga 7.00PM)

Hum1

Hum2

Hum4

Hum5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.