in

5 Filem Paling Romantik Sepanjang Zaman Ni Confirm Buat Korang Percaya Cinta Semula!

Collage 7 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara genre filem yang paling disukai ramai dan buatkan orang boleh tengok berulang kali adalah cinta dan romantik. Sepanjang zaman, ada ratusan filem romantik terbaik yang pernah dikeluarkan dan berjaya membuatkan ramai orang-orang yang “keras hati” melelehkan air mata.

Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita explore filem romantik terbaik sepanjang zaman dengan pelbagai tema seperti cinta itu buta dan cinta itu adalah untuk semua orang. Filem-filem ni, korang boleh tengok sendiri di perkhidmatan penstriman popular seperti Netflix, Hulu, Prime dan HBO GO.


1. The Notebook (2004)

Salah satu filem romantik terbaik yang tak jemu ditonton dan tentulah filem lakonan Rachel McAdams dan Ryan Gosling sebagai Noah dan Allie melalui cerita adaptasi dari penulis terkenal Nicholas Spark.

Dalam filem ini, chemistry di antara Rachel McAdams dan Ryan Gosling memang sangat kuat sampai penonton pun boleh rasa!

Filem ini mengisahkan tentang Noah dan Allie yang jatuh cinta antara satu sama lain ketika cuti musim panas namun percintaan mereka ini telah dihalang oleh keluarga Allie sehingga menyebabkan mereka terpisah lama sebelum bertemu kembali.

2. Casablanca (1942)

Filem klasik Casablanca lakonan Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman ni memang patut ditonton. Kisah cinta ketika zaman perang ini mengetengahkan tema yang cinta tetap kekal walaupun dah lama. Lebih menarik, filem ini juga berani untuk lepaskan happy ending yang sering diharapkan apabila menonton filem romantik.

Casablanca mengisahkan tentang Rick Blaine yang mempunyai sebuah kelab malam di Casablanca telah menemui cinta lamanya, Ilsa di bandar yang sama bersama suaminya, Victor Laszlo. Laszlo merupakan seorang pemberontak terkenal dan ekoran dia diburu oleh Jerman, Ilsa telah meminta pertolongan Rick untuk keluar dari negara.

3. Pride & Prejudice (2005)

Filem yang diadaptasi dari karya penulis terhebat, Jane Austen ini menceritakan tentang Mr. Darcy seorang lelaki yang mempunyai perasaan cinta dengan seorang wanita Elizabeth Bennet tapi mempunyai masalah untuk mengakui perasaannya.

Pride & Prejudice lakonan Keira Knightley dan Matthew Macfayden ni memang menusuk betul lagi-lagi bila dengar dialog dorang!

4. In the Mood for Love (2000)

Filem dari pengarah hebat, Wong Kar-wai ni memang susah betul nak dilupakan. Mana tidaknya, cerita In the Mood for Love ini telah mempamerkan warna-warna yang terang dan sangat popular di kalangan peminat filem.

Filem ini mengisahkan tentang seorang wartawan Chow Mo-wan dan isterinya yang telah berpindah ke sebuah apartment di Hong Kong. Isteri Chow sering sibuk dengan kerjanya sehinggalah Chow mula berkawan dengan jirannya Su Li-zhen yang juga sunyi kerana suaminya sibuk.

Apabila dua rakan ini mengetahui yang pasangan dorang telah berlaku curang, mereka mula jatuh cinta dengan satu sama lain tapi mereka berdua enggan berlaku curang dengan pasangan.

5. Loving (2016)

Joel Edgerton dan Ruth Negga telah bekerjasama untuk melakonkan watak sebagai pasangan Richard dan Mildred Loving di dalam biopik tentang pasangan berlainan bangsa.

Filem ini adalah berdasarkan kisah benar tentang perkahwinan di antara Richard dan Mildred yang telah membawa perubahan kepada undang-undang yang tidak membenarkan perkahwinan di antara pasangan berbeza bangsa.

Richard dan Mildred telah jatuh cinta dan berkahwin pada tahun 1958. Kedua-dua mereka telah membesar di sebuah bandar kecil di Virginia. Namun, Virginia yang merupakan tempat untuk mereka memulakan kehidupan mereka sebagai keluarga telah memenjarakan pasangan ini sebelum membuang mereka dari negeri tersebut. Richard dan Mildred kemudiannya telah berpindah ke Washington D.C bersama anak-anak mereka tapi masih mencuba untuk kembali ke Virginia.

Sumber: Harpers Bazaar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.