in

5 Fakta Tentang Penjara Pudu Yang Kini Dah Jadi Pusat Beli Belah Lalaport

F3 Pudu Penjra

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan lepas, sebuah pusat beli belah iaitu Lalaport yang terletak di Bukit Bintang City Centre telah pun dibuka kepada ramai. Antara tarikan utama shopping mall berkenaan ialah sebuah taman yang terletak di rooftop pusat beli belah itu. 

Memang cantik & ramai lah anak-anak muda datang untuk ambil gambar OOTD sebab nak upload di Instagram kan. 


Namun, tahukah anda bahawa pusat beli belah itu sebenarnya dibina di tapak penjara Pudu?

Oleh itu, kali ini, kami nak kongsikan dengan anda lima fakta tentang Penjara Pudu sebelum ia dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembinaan Lalaport. 

#1 Ia dibina di atas bekas tapak perkuburan Cina 

Penjara Pudu ini telah mula dibina pada tahun 1891 oleh pihak British untuk dijadikan tempat tahanan penjenayah pada zaman itu. 

10

Menurut Free Malaysia Today, ia memang dibina di atas bekas tanah perkuburan. Mungkin sebab itu lah, ramai yang kata penjara ni memang ‘keras’ sikit.  

#2 Tahanan penjara pernah diserang wabak Kolera 

Wabak Kolera telah menyerang sebagian besar tahanan penjara ini pada Ogos 1895 dan ini telah menyebabkan ramai banduan meninggal dunia ketika berada di dalam penjara. 

Difahamkan, selepas tiga tahun, barulah wabak itu betul-betul reda dan hasil siasatan daripada pihak penjara mendapati bahawa penyakit kolera dalam penjara itu berpunca daripada sistem perpaipan air di penjara yang kotor 

Ini kerana mayat-mayat yang ditanam di tapak perkuburan sebelum ini telah mencemarkannnya.

#3 Berlaku rusuhan dalam penjara pada tahun 1986 

Rusuhan yang diketuai oleh banduan yang dikenali sebagai Jimmy Chua bersama lima orang lagi banduan lain telah mencetuskan kekecohan dalam penjara ini. 

Pada ketika itu, Jimmy Chua bertindak menjadikan beberapa orang di klinik penjara termasuklah seorang doktor sebagai tebusan. 

Banduan-banduan ini bertindak sedemikian kerana dikatakan mereka menuntut agar hukuman mereka dikurangkan. 

Ini kerana Jimmy Chua sebelum ini telah ditahan akibat membunuh seorang pegawai polis. 

Namun, dengan kebijaksanaan dan ketangkasan pihak polis, kesemua banduan tersebut berjaya ditangkap semula oleh pihak berkuasa enam hari kemudian, lapor Iluminasi. 

#4  Penjara Pudu pernah tersenarai dalam Guinness World Records 

Kalau dulu-dulu korang pernah lalu di sekitar jalan depan penjara ini, mesti akan perasan ada mural yang menghiasi tembok dinding luar tempat tahanan ini. 

Tahukah anda, mural sepanjang 394 meter di luar tembok penjara itu pernah diiktiraf dalam Guinness World Records sebagai mural terpanjang di luar penjara di dunia. 

11

Ia telah dilukis oleh salah seorang banduan pada 1984 iaitu Khong Yen Chong dan beberapa orang lagi banduan. 

Difahamkan, sekitar 2,000 liter cat telah digunakan untuk menghasilkan mural berkenaan. 

#5 Penjara Pudu kemudiannya ditutup sepenuhnya pada 2009 

Memandangkan keadaan penjara Pudu yang semakin rosak dan tidak sesuai lagi untuk didiami, pihak kerajaan Malaysia telah menutup penjara ini dan membina penjara lain iaitu Penjara Sungai Buloh dan Kajang untuk menggantikannya. 

Kemudian, pada tahun 2018, pusat beli belah Lalaport telah mula dibina setelah penjara itu siap dirobohkan pada sekitar 2012. 

12

Kini, yang tinggal hanyalah pintu gerbang penjara itu yang terletak di kawasan pintu masuk utama pusat beli belah Lalaport. 

Kalau korang naik monorel untuk ke Bukit Bintang, mesti akan perasan ada pintu gerbang yang dicat putih ini. 

Sumber: Free Malaysia Today, Wikipedia

Baca: [VIDEO] Pintu Buka & Tutup Sendiri di Lalaport, Ingat ‘Berhantu’ Rupanya…

9

Sumber: Wikipedia
Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.