in

5 ‘Cult’ Paling Menakutkan Dalam Sejarah & Kepercayaan ‘Gila’ Dorang!

Collage 7 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cult atau dalam Bahasa Melayu dipanggil kultus merupakan kumpulan “agama” yang setia kepada pemimpin mereka yang masih hidup, ajaran baru atau membuat amalan yang luar biasa. Bagi cult yang lebih ekstrem, ketuanya akan brainwash pengikut-pengikutnya untuk mengikuti ajaran dan peraturan mereka yang luar biasa.

Untuk artikel kali ini, kita akan tengok beberapa kultus ekstrem dan paling menakutkan dalam sejarah. Cult dekat bawah ni, ada yang menggunakan kanak-kanak dan wanita atas nama agama, melakukan penipuan wang atau mengambil kesempatan ke atas orang yang sakit.


Artikel berkaitan: Kontroversi Ajaran Sesat: Ini 5 Fakta Mengenai Kerajaan Langit ‘Ayah Pin’

Artikel berkaitan: 5 ‘Sisi Gelap’ Influencer Yang Ramai Tak Fikir Sebelum Jadi Viral, Betul Ke?

1. Peoples Temple

Wp Hero Image 1920X1080Px 66

Pada tahun 1950-an, Jim Jones telah menubuhkan sebuah gereja yang didakwa mempromosikan sosialisme dan kesamarataan yang disertakan dengan elemen agama Kristian. Jim telah mendapat pengikut dengan melakukan proses penyembuhan ajaib palsu dan lama-kelamaan lelaki ini mahu lebih ramai pengikut.

Kemudian, pada awal 1970-an, Jim telah memindahkan kumpulannya di California dan membuat satu penempatan komuniti di Redwood Valley. Jim kemudiannya percaya bahawa satu peperangan nuklear sedang dirancang dan sekali lagi memindahkan pengikutnya ke negara Amerika Selatan, Guyana yang dirasakan selamat dari ancaman tersebut.

Kumpulan ini telah tinggal di sana selama beberapa tahun sebelum salah seorang bekas ahlinya telah mula bercakap tentang keburukan gereja tersebut. Ahli Kongres San Francisco, Leo Ryan telah membuat keputusan untuk pergi ke Jonestown bagi menyiasat dakwaan penderaan yang dikatakan oleh bekas ahli tersebut.

Setibanya di sana, pengawal yang menjaga kuil tersebut telah menembak mati rombongan Leo dan kemudiannya Jim mengarahkan pengikutnya untuk minum air yang telah diletakkan racun sianida.

Ekoran ini, seramai 918 telah meninggal dunia akibat insiden tersebut dan ia merupakan kehilangan nyawa terbesar rakyat Amerika sebelum 9/11.

Kepercayaan Peoples Temple

Pengikut-pengikut Jim Jones percaya dengan asas agama Kristian beserta ideologi komunis dan sosialis serta hak kesamarataan di antara kaum.

2. Order of the Solar Temple

On October 5 1994 Joseph Di Mambro And Luc Jouret Forced 48 V0 Gjmu2Ponoc6C1.Jpg

Diasaskan di Switzerland pada 1984 oleh Joseph di Mambro dan Luc Jouret, Order of the Solar Temple ini percaya bahawa dunia akan berakhir pada tahun 1990-an. Jadi bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi kiamat ini, pengikut ajaran ini percaya yang mereka perlu mencapai kerohanian yang lebih tinggi dengan membunuh satu sama lain dan membakar bangunan tempat mereka mati.

Pada tahun 1994, dilaporkan bahawa Mambro telah membunuh seorang bayi di Quebec dan tak lama kemudian, 50 ahli kumpulan mereka telah terbunuh atau membunuh diri. Namun begitu, dikatakan bahawa Order of the Solar Temple ini masih lagi aktif sehingga hari ini dan mempunyai ratusan ahli.

Kepercayaan Order of the Solar Temple

Kiamat bakal berlaku pada tahun 1990-an dan perlu mencapai kerohanian yang tinggi sebelum kiamat terjadi.

3. Aum Shinrikyo

2254Baee 994D 11E8 9A20

Diasaskan oleh Shoho Asahara pada tahun 1984, Aum Shinrikyo telah mendapat perhatian ramai pada akhir 80-an apabila terdapat beberapa tuduhan mengatakan bahawa Shoho Asahara telah mengugut pengikutnya untuk mendermakan duit dan tak benarkan dorang keluar.

Pada tahun 1995, kumpulan ini telah membuat serangan gas sarin di kereta api bawah tanah Tokyo sehingga menyebabkan kematian 12 orang dan mencederakan seramai 50 orang. Selepas serangan tersebut, pihak berkuasa Jepun mendapat tahu bahawa kumpulan ini juga merupakan dalang disebalik pembunuhan seorang peguam, Tsutsumi Sakamoto yang sedang menjalankan tuntutan mahkamah ke atas Aum Shinrikyo. Malah isteri dan anaknya juga turut dibunuh.

Ashara kemudiannya telah dijatuhkan hukuman mati pada tahun 2018 dan seorang pembikin filem Jepun, Atsushi Sakahara yang juga bekas pengikut telah membuat dokumentari bertajuk Me and the Cult Leader.

Kepercayaan Aum Shinrikyo

Percaya yang kiamat bakal berlaku disebabkan perang dunia yang akan dimulakan oleh Amerika Syarikat dan hanya pengikut Aum Shinrikyo yang akan terselamat. Untuk selamat, mereka perlu membuat serangan pengganas dan membunuh orang.

4. Keluarga Manson

Charles Manson.jpg

Kalau korang peminat cerita crime, mesti korang tahu tentang Charles Manson. Manson mulakan kultusnya di San Francisco pada tahun 1967 sebelum berpindah ke Los Angeles di mana dia telah cuba untuk menjadi pemuzik namun gagal.

Pada Ogos 1969, Manson telah menghantar pengikutnya ke sebuah rumah di Benedict Canyon dan menyuruh mereka untuk membunuh semua orang di sana. Mangsa-mangsanya termasuklah pelakon Sharon Tate yang sedang sarat mengandung, suaminya iaitu seorang pengarah, Roman Polanski dan pendandan rambut selebriti Jay Sebring. Malam berikutnya, pengikut Manson telah membunuh Rosemary dan Leno LaBianca di rumah mereka di Los Feliz.

Ada yang percaya, motif disebalik pembunuhan ini adalah permulaan kepada kepercayaan “Helter Skelter”nya dan ada juga percaya rumah Tate itu adalah milik produser muzik yang enggan mengambilnya sebagai penyanyi.

Kepercayaan keluarga Manson

Charles Manson telah menjadi obses dengan lagu Helter Skelter yang didendangkan oleh The Beatles dan mula percaya bahawa lagu tersebut mengandungi kod rahsia tentang manifesto peperangan kaum yang akan berlaku di antara orang kulit putih dan orang kulit hitam.

5. Heaven’s Gate

Images 4 1

Cult estetik yang diasaskan oleh Marshall Applewhite dan Bonnie Nettles pada 1970, Heaven’s Gate mempunyai kepercayaan yang sukar untuk difahami melibatkan alien, kapal angkasa dan proses kitar semula yang akan berlaku kepada bumi.

Selepas Nettles meninggal dunia pada 1985, Applewhite telah menjadikan kultus ini semakin ekstrem. Pada 1997, dia mendakwa bahawa satu kapal angkasa telah mengikut satu komet bernama Hale-Bopp dan kapal angkasa itu akan membawa pengikut Heaven’s Gate ke kehidupan yang lebih tinggi.

Ketika tiggal di sebuah rumah sewa di San Diego, Applewhite dan 38 pengikutnya telah meninggal dunia kerana membunuh diri secara beramai-ramai dengan mengambil racun yang dicampur dengan sos epal. Mereka semua ditemui mati dengan pakaian yang sama, berkasut Nike dan mempunyai wang sebanyak US$5.75 di dalam poket.

Sehingga hari ini, laman web Heaven’s Gate masih lagi wujud dan diuruskan oleh dua pengikut kumpulan ini.

Kepercayaan Heaven’s Gate

Marshall Applewhite yang mendakwa bahawa dia berkawan baik dengan Jesus percaya bahawa bumi bakal dibersihkan dan satu-satunya cara untuk melepaskan diri adalah dengan membunuh diri  dan tinggalkan jasad di bumi manakala roh mereka akan menaiki satu kapal angkasa yang membawa pintu untuk ke syurga.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.